HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 7, 2014

Risalah Dakwah. Siri 083

Risalah Dakwah. Siri 083

5 Perhatian.

Saya bawa 5 perhatian untuk diteliti oleh kita semua para pendakwah.

🔴 Perhatian 1 :

Dakwah kita jangan hanya berlegar dengan skima atau trend pengupasan isu semata - mata sebaliknya kita mahu dakwah yang berjaya membentuk thaqafah ( knowledge ) ahli dan wa'iyah ( kesedaran ) ummah. 

🔴 Perhatian 2 :

Orientasi perjuangan kita mesti bebas sepenuhnya dari tanggapan atau prinsip songsang yang hanya membawa mesej dakwah kita berhenti di pintu bilik pembuangan undi di hari pilihanraya semata - mata. Apa yang kita mahu ialah dakwah yang berjaya meledakkan daya insaf dan sedar dikalangan masyarakat terhadap masuuliyah (tanggungjawab) mereka menjadi seorang khalifah Allah dan akhirnya melayakkan mereka menjadi warga syurga Allah swt . Inilah prinsip dakwah nabi Muhammad saw. Inqaazunnas a'nin Naar (menyelamatkan manusia dari api neraka)

🔴 Perhatian 3 :

Jangan biarkan unjuran dan kitaran dakwah kita tidak melepasi garis sempadan daerah sendiri. Dakwah yang hanya berfungsi dari pintu surau ke pintu masjid , dari pintu markaz ke pintu pusat tarbiyah . Sedang sasaran ( madu'u ) dakwah kita diwakili oleh pelbagai lapisan masyarakat , budaya dan agama malah juga pelbagai latar belakang politik , ekonomi dan sosial . Demikian juga pendekatan dakwah kita jangan hanya di atas platform majlis rasmi tetapi juga di majlis tidak rasmi.

🔴 Perhatian 4 :

Realiti dakwah kita dewasa ini sedang melintasi zon kelabu iaitu zon demokrasi yang tidak demokratik . Satu zon yang menyaksikan sandiwara negara demokrasi yang sangat jelek dan memualkan kita. Lantaran itu , dakwah kita mesti peka dan sensitif dalam menghadapi suasana seperti ini . Lajnah Dakwah disemua peringkat sewajarnya menjadi organ yang paling sibuk mengendali dan mendepani situasi sebegini .

Bertindak laksana Tariq bin Ziyad yang membakar kapal untuk tidak memungkin mereka berpatah pulang melainkan terus mara membawa panji Islam . Begitu juga Uqbah bin Nafiq yang bermunajat : " Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana " .

Jangan rasa kerdil dan hina untuk membawa risalah Islam ini ke tengah masyarakat biarpun 1001 nista dilemparkan kepada kita. Prinsip kita turun ke medan ialah :

عِشْ كَرِيْـمًا أَوْ مُتْ شَهِيْدًا

Hidup ( kalau nak hidup ) sebagai orang yang mulia dan Mati ( kalau nak mati ) sebagai orang yang syahid .

🔴 Perhatian 5 :

Aktiviti dakwah kita mesti dipastikan agar tidak bersifat stereo type dan terikat dengan aktiviti tradisi . Saya tidak menafikan keupayaan dan keberkesanan aktiviti tradisi dalam dakwah kita seperti ceramah , kuliah dan sebagainya, tetapi wajar kita responsif dengan perkembangan semasa yang memerlukan kita lebih advance dari pihak musuh .

Inilah yang telah dipertegaskan oleh al Marhum Abu Hasan Ali An Nadwi :

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan - penemuan baru yang bermanafaat.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.



0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive