HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, December 8, 2014

Risalah Dakwah. Siri 084

Risalah Dakwah. Siri 084

Kepimpinan Ulamak ~ vol 1

1. Kepimpinan ialah suatu institusi, sementara Ulamak adalah merit ilmu yang dimiliki. Ringkasnya kepimpinan ulamak adalah institusi kepimpinan secara kolektif (jamaei) yang memiliki ilmu untuk memimpin jamaah (parti) dan ummah (masyarakat). Ianya satu kewajipan yang mesti ditegakkan.

2. Berlawanan dengan kepimpinan ulamak ialah kepimpinan juhalak. Iaitu institusi kepimpinan secara kolektif tanpa ilmu (jahil) untuk memimpin jamaah dan ummah. Ianya satu kebatilan yang mesti dicegah. 

3. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Bukhari di dalam shohihnya , Kitabul Iman bab :الإغْتِبَاطِ فِي الْعِلْمِ وَالْحِكْمَةِ:  bahawa Saidina Umar Al Khattab Rha pernah berkata :

تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا

" dalami olehmu (akan ilmu) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin."

4. Merit utama untuk memimpin ialah memiliki ilmu. Tanpa ilmu bagaimana seseorang itu manpu untuk memimpin. Pemimpin persatuan matematik selayaknya mempunyai ilmu matematik yang baik. Pemimpin persatuan alam sekitar sayugianya mempunyai ilmu alam sekitar yang baik. Selayaknya juga pemimpin Jamaah (Gerakan) Islam adalah terdiri dari kalangan mereka yang memiliki ilmu Islam yang baik dan mendalam (alim - ulamak).

5. Tidak masuk aqal jika kepimpinan gerakan Islam adalah kepimpinan tanpa ilmu yang baik dan mendalam. Kaedah umum yang diterima pakai ialah :

فاقِدُ الشئ لا يُعْطِيْه

"yang tidak memiliki apa - apa (kosong/jahil) ia tidak boleh memberi apa - apa."

~ bersambung ~ 

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive