HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, December 8, 2014

Risalah Dakwah. Siri 085

Risalah Dakwah. Siri 085

Kepimpinan Ulamak ~ vol 2

1. Kepimpinan ulamak bukan isu batang tubuh figure si anu bin si anu, tetapi adalah berkait nilai merit yang dimiliki iaitu ilmu Islam yang mendalam untuk melayakkan ia menduduki amanah kepimpinan Gerakan Islam. Justeru nilai merit inilah yang akan membawa kebaikan dalam kepimpinan. 

Dari Muawiyah bin Abi Sufian Radhiallahua'nhuma telah berkata bahawa aku telah mendengar Nabi saw telah bersabda : 

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّين

"barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah swt, nescaya diberikan kefahaman mendalam pada urusan agama"

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

2. Justeru inilah usul dan asal Kepimpinan Ulamak khasnya yang diterima pakai dalam PAS. Sebuah gerakan atau jamaah yang meletakkan Ilmu Islam yang mendalam sebagai merit kepimpinan. Maksudnya siapa jua yang memiliki merit ini maka ia layak menggalas amanah kepimpinan gerakan Islam ini. Kerana sangat tidak munasabah bagi seseorang yang mahu memimpin Gerakan Islam tetiba ia sendiri jahil atau lemah ilmu mengenai Islam.

3. Seorang juru jual yang baik dan cemerlang serta berjaya ialah juru jual yang memiliki "product knowledge" yang baik. Sementara pemimpin yang baik, cemerlang dan berjaya ialah pemimpin yang memahami dasar perjuangannya. Sementara dasar perjuangan PAS ialah Islam maka pemimpinnya mesti memahami Islam dengan baik untuk memacu perjuangannya.

4. Ertinya Kepimpinan Ulamak dalam PAS adalah berasal dari pedoman Islam dan kesedaran terhadap tuntutan syariatnya. Menganggap ianya sebagai salinan (copy paste) dari "Wilayah Fakeh" sebagaimana amalan syiah di Iran adalah merupakan tohmahan yang tidak wajar. 

5. Sekali lagi saya tegaskan bahawa Kepimpinan Ulamak adalah institusi murni berteraskan prinsip kepimpinan yang diasuh oleh Islam. Firman Allah swt :

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah (wajar) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian dari kalangan mereka untuk mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila mereka kembali kepada kaum mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Surah At Taubah : ayat 122

~ bersambung ~

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive