HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, December 8, 2014

Risalah Dakwah. Siri 086

Risalah Dakwah. Siri 086

Kepimpinan Ulamak ~ vol 3

1. Ulamak yang terlibat dengan gerakan Islam dikenali sebagai Ulamak Haraki. Iaitu Ulamak yang aktif mengamalkan ilmunya dan menggerakkan kebangkitan ummah untuk mendaulatkan syariat Allah swt diatas muka bumi tercinta ini.

2. Sifat haraki pula ialah pro aktif, responsif, kreatif, sensitif dan agerasif. Maka Ulamak yang Haraki terdedah kepada teguran, kritikan dan nasihat terbuka dari pelbagai pihak. Sementelah berada dipentas politik terbuka di era globalisasi ini. Tanggapan ulamak haraki ini tidak boleh ditegur dan dikritik lalu disamakan dengan kepimpinan mullah juga adalah fitnah berangkai yang tiada sudahnya untuk menjatuhkan reputasi dan prestasi mereka.

3. Ulamak haraki dalam PAS pula jelas kelihatan sifat keterbukaan mereka dalam menerima kritikan dalaman mahupun luaran. Mereka dihujani kritikan dan teguran yang keras dari pelbagai pihak. Bermula dari Al Mursyidul Am PAS dan ahli Majlis Syuranya sehinggalah kepada Presiden parti dan seluruh anggota Dewan Ulamak PAS Pusat juga negeri, mereka menyerap segala kritikan dan teguran itu dengan tabah dan cekal serta mengambil pengiktibaran dari sudut yang wajar.

4. Pengamatan saya, sesekali mereka tampil memberi penjelasan dan pencerahan di atas kekeliruan dan salah faham anggota parti dan masyarakat awam terhadap sesuatu isu, maka ia bukanlah bermaksud mereka tidak boleh menerima teguran dan kritikan. Sebaliknya mereka bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing ummah berasaskan ilmu Islam yang mereka bawa tanpa memperkecilkan teguran, nasihat dan kritikan membina yang dihantar kepada mereka.

5. Malah secara jujurnya, saya lihat perkembangan mutaakhir aksi para ulamak haraki juga sebahagiannya hasil dari "ambil kira" teguran dan kritikan membina yang dihantar kepada mereka secara dalaman mahupun secara terbuka. Kepimpinan Ulamak yang dipraktiskan dalam PAS sebagai sebuah Gerakan Islam unggul di Malaysia adalah sebuah kepimpinan yang sangat berkesan dan teruji khasnya apabila Negeri Kelantan mempamerkan skil dan skima pemerintahan di bawah Kepimpinan Ulamak sejak 1990 yang lalu. Ia sangat dihormati dan disayangi oleh semua termasuk majoriti masyarakat.

~ bersambung ~

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive