HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, December 8, 2014

Risalah Dakwah. Siri 087

Risalah Dakwah. Siri 087

Kepimpinan Ulamak ~ vol 4

1. Pentas demokrasi adalah hikmah yang dimanafaatkan oleh PAS dengan Kepimpinan Ulamaknya yang terlebih awal telah mengemukakan ijtihad pendekatan juang yang diambil iaitu  مواجهة  سلمية (pendekatan secara aman)

2. PAS memanafaatkan ruang demokrasi selama mana ia memberi ruang dan tidak menyalahi prinsip syara'. Mana - mana bahagian amalan demokrasi yang bertentangan dengan syara' maka ia tidak boleh diterima. Contoh klasik yang boleh saya bawa disini ialah "majoriti menyokong supaya mesyuarat diteruskan sedang minoriti pula mahu hentikan mesyuarat untuk beri laluan kepada solat yang telah hampir tamat waktunya". Saat sebegini, majoriti adalah batil dan bertentangan dengan syara' walaupun ia menepati konsep demokrasi yang meletakkan suara majoriti adalah keputusan.

3. Ertinya, kepimpinan Ulamak akan memandu jamaah agar perjalanannya tidak beralih arah dan memastikan ianya melandasi jalan perjuangan yang benar berasaskan manhaj an Nabawi. Firman Allah swt ;

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Surah Al Ana'am : Ayat 153

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive