HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 10, 2014

Risalah Dakwah. Siri 089

Risalah Dakwah. Siri 089

Jangan Tinggalkan Perjuangan ini

1. Ujian perjuangan ini semakin mencabar. Ia datang dari pelbagai arah yang sukar kita jangka, samaada dari luar dan lebih parah lagi ia datang dari dalam. Namun itulah tabiat perjuangan ini. Firman Allah swt :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Surah Muhammad. Ayat 31

2. Asal kita yakin perjuangan kita benar dan berlandaskan syara', maka bertahanlah semampu mungkin. Jangan mengalah dengan ujian yang berupa mehnah dan ibtila' ini. Ia adalah tribulasi yang hadir dalam wajah fitnah dan tohmahan kepada kita, kepada alim ulamak kita, pimpinan kita dan jamaah kita. Bersabar lah ! Hayatilah seerah perjuangan Nabi kita Muhammad saw. Baginda saw yang paling dahsyat diuji. Tekanan musuh dari luar dan munafiq dari dalam, namun teguh memimpin ummah. Bak kata sahabat saya Dr Riduan Mohamad Nor "dunia hanya ditakluki sang pemberani"

3. Masihkah anda ingat melalui seerah Baginda saw. Apabila kuffar Quraisy mengancam Baginda saw, tetiba Abu Talib bapa saudara Baginda saw yang selama ini menjaga dan mempertahankan Baginda, juga beralah dengan tekanan Quraisy lalu meminta Nabi saw berhenti dari menjalankan kerja - kerja dakwah dan perjuangan Baginda . Tanpa jejas dengan apa yang berlaku, Nabi saw menegaskan :

يا عمّ، واللهِ لو وَضَعُوا الشمسَ في يمينى والقمرَ في يساري على أن أترُكَ هذا الأمر حتى يُظهره الله، أو أهلك فيه ما تركتُه

Wahai bapa saudaraku ! Demi Allah ! Jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan pejuangan ini, nescaya aku sekali - kali tidak akan meninggalkannya sehinggalah perjuangan ini menang atau aku mati binasa kerananya.

Seerah Ibnu Ishak.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

www.perjuanganku.com
www.instagram.com/tantawy
https://twitter.com/tantawi100
tantawy08@yahoo.com

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive