HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, February 4, 2015

Risalah Dakwah. Siri 091

Risalah Dakwah. Siri 091

Musafir Kelana

1. Islam menggalakkan ummatnya bermusafir dan berkelana. Ia sebahagian dari keunikan dan keindahan agama ini. Berjalan di atas muka bumi ini meluaskan pandangan dan menambah pengalaman. Ia menjadi ilmu yang tiada dalam kitab. Sebagaimana yang kita tahu bahawa ayat (tanda kebesaran Allah swt) terbahagi kepada dua: 

i~ ayat Maqrua'h (مقروءة) iaitu ayat yang dibaca dan ia adalah Al Quranul Karim yang diwahyukan oleh Allah swt.

ii ~ ayat  (Manzurah (منظورة) iaitu ayat yang dilihat dan ia adalah alam semesta yang dicipta oleh Allah swt.

2. Ikhtiarlah supaya dapat bermusafir atau berkelana, keluar dari kampung halaman atau negeri dan negara sendiri ke rantau orang. Kita akan memahami kehendak alam, mempelajari beza budaya, menikmati keagungan ciptaan Allah swt. Segalanya itu membina minda, spiritual malah fizikal sang daei (pendakwah).

3. Perkara penting juga boleh dipelajari dari musafir kelana ini ialah menyaksikan akibat manusia yang derhaka kepada Allah swt. Sebagai contoh melihat piramid dan mumia dinasti firaun, kota peninggalan kaum Aad dan Thamud, Laut Mati bumi kaum Nabi Luth yang diterbalikkan dan lain - lain. Firman Allah swt :

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

Surah Al Ana'am : Ayat 11

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive