HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, February 4, 2015

Risalah Dakwah. Siri 092

Risalah Dakwah. Siri 092

Bumi Haramain

1. Terlalu banyak lokasi yang indah dan menarik dilawati. Bumi al Haramain adalah antara lokasi yang sangat dituntut oleh Islam agar ummat menziarahinya. Umum mengetahui di bumi Al Haramain (dua tanah haram) ini terdapat Masjidin Nabawi (Madinah) dan Masjidil Haram (Makkah). Sementara dua Masjid inilah yang sangat dituntut oleh Nabi kita Muhammad saw agar diziarahi. Sabda Rasulullah saw :

لا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاثَةِ مَسَاجِد: المَسْجِدِ الحَرَام وَمَسْجِدِي هَذَا وَالمَسْجِدِ الأَقْصَى

Janganlah bersangatan kemahuan bermusafir melainkan kepada 3 masjid : Masjidil Haram (Makkah), Masjidku ini (Madinah) dan Masjidil Aqsa (Palestin).

Riwayat : Imam Bukhari dan Muslim

2. Menziarahi bumi Al Haramain ini bukan sahaja untuk melakukan ibadah rutin seperti umrah dan haji tetapi juga menjejak kesan sejarah Islam yang mampu membina semangat juang dan peribadi mulia seorang muslim.

3. Lebih menarik, keberadaan di bumi berkat ini menjadikan diri tenang dan insaf. Terasa diri dekat dengan Allah swt dan nabiNya saw sungguhpun lebih 1400 tahun Baginda saw meninggalkan kita. Sebagai pejuang dan pendakwah, kita memerlukan situasi begini guna membekalkan nilai tambah pada diri. Justeru itu, berilah peluang pada diri untuk menziarahi bumi Al Haramain ini, nescaya anda akan terasa kelainan yang sangat positif.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive