HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, February 4, 2015

Risalah Dakwah. Siri 093

Risalah Dakwah. Siri 093

Pemerintah, Ulamak dan Ummah

Cabaran dunia Islam hari ini ialah kejahilan ummah, kezaliman pemerintah dan kelesuan ulamak. Akhirnya satu persatu nilai tamadun ummat Islam dihakis dengan dakyah dan doktrin barat yang pastinya disogok saat kepincangan ketara 3 sendi tamadun tersebut. Memulihara 3 sendi tamadun ini sangat mendesak demi kelangsungan i'zzah atau kecemerlangan ummat Islam. Kembalikan 3 sendi ini kepada peranan dan amanahnya masing - masing.

i ~ Amanah Pemerintah :

Al Imam Ghazali rhm pernah menyebut  di dalam kitabnya al Iqtisad fil I'tiqad

الدّينُ أُسٌّ و السُّلطانُ حارسٌ و ما لا أُسَّ له فَمَهْدومٌ و ما لا حارسَ له فَضائِعٌ

 Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang.

ii ~ Amanah Ulamak :

Allah SWT menjelaskannya dalam surah al-Taubah ayat 122 :

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar berjihad semuanya, hendaklah ada sekumpulan dari mereka yang mendalami ilmu agama agar mereka memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepada mereka semoga mereka berawas.

iii ~ Amanah Ummah :

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Surah Aali Imran : 104

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive