HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, February 4, 2015

Risalah Dakwah. Siri 094

Risalah Dakwah. Siri 094

Banjir 

1. Sempena banjir besar yang sedang melanda negara kita khasnya pantai timur, marilah kita mohon pertolongan dari Allah swt  dengan sabar dan solat, agar kita semua terhindar dari musibah dan bencana yang tidak diingini. Firman Allah swt :

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Surah Al Baqarah : 45

2. Kesempatan begini jua sayugianya kita bertaubat atau memohon ampun banyak - banyak daripada Allah swt. Semoga kita dekat dengan Allah swt serta doa dan munajat kita diterima oleh Allah swt. Banyakkan ibadah secara fardi (individu) begitu juga secara jamaei (jamaah). Suburkan diri, keluarga dan masyarakat kita dengan aktiviti kebajikan, dakwah dan aktiviti kekeluargaan yang mewujudkan keharmonian dan keamanan.

3. Hentikan semua aktiviti lagha, maksiat dan mungkar. Samaada mungkar itu anjuran individu yang tersembunyi, lebih - lebih lagi anjuran mungkar secara terbuka oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Sebagai contoh sambutan tahun baru ini, usahlah lagi disambut dengan pesta yang melalaikan dan mengundang kemurkaan Allah swt.terlalu banyak aktiviti alternatif yang boleh dianjur bagi memenuhi jadual sambutan yang dirancang.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

www.perjuanganku.com
www.instagram.com/tantawy
https://twitter.com/tantawi100
tantawy08@yahoo.com

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive