HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, February 4, 2015

Risalah Dakwah. Siri 095

 Risalah Dakwah. Siri 095

Isu Denda Gadis Bertudung berpelukan dengan Artis K Pop

1. Menghukum denda hanya ke atas remaja bertudung yang berpelukan dengan artis K PoP bukanlah satu penyelesaian yang tuntas bagi menangani gejala sosial yang melanda negara hari ini. Tanpa saya menafikan bahawa tindakan mereka salah di sisi agama, namun saya kira mereka keliru dan tidak menghayati ajaran Islam dengan baik. 

2. Mereka perlu dipanggil oleh pihak berkuasa agama untuk diberi nasihat dan bimbingan disamping penguatkuasaan undang - undang. Bagi kesalahan pertama, mungkin peluang untuk mereka bertaubat dan memperbaiki kesalahan itu lebih afdhal.

3. Lebih malang, persekitaran atau iklim sosial negara kita sekarang sangat terdedah kepada maksiat dan mungkar. Menyekat gejala maksiat dan mungkar ini selayaknya menjadi agenda utama pihak berkuasa agama. Inilah pokok isu. Mematahkan ranting sedang pokoknya masih subur hanya menumbuhkan ranting yang lain. 

4. Sebelum ini saya lihat terdapat pemimpin negara yang berpelukan dengan artis dan peminat mereka di khalayak ramai.  Perbuatan ini menjadi contoh yang buruk kepada rakyat. Tetapi tidak pula saya dengar mereka dihukum dan didenda sedang kesalahan mereka serupa disisi Islam.

5. Berbeza dengan Islam dan syariatnya, tiada siapa yang boleh dikecualikan sekalipun ia adalah orang besar negara. Selagi jerung tidak dihukum maka janganlah bilis sahaja yang dipilih untuk dihukum. Inilah antara kezaliman yang wajib dihapuskan.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat


0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive