HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, February 23, 2015

Risalah Dakwah. Siri 101

Risalah Dakwah. Siri 101

Awasi Kerja buat Syaithan.

1. Syaithan adalah musuh tradisi bani Adam dan ia adalah musuh tertua ummat Islam. Malah ia telah berjanji untuk menggoda anak Adam dan menyesatkan mereka. Firman Allah swt :

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Surah Al Hijr : 40 - 41

2. Kita mesti berhati - hati. Syaithan ini punya keupayaan berlari dalam pembuluh darah kita. sebagaimana disebut oleh Nabi saw, inikan pula dalam jamaah Islam yang besar dan terbuka ini.

 إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم 

Sesungguhnya Syaithan boleh berlari dalam tubuh anak adam melalui pembuluh darah.

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

3. Ia adalah makhluk perosak. Merosakkan iman, akhlak dan ibadah anak adam. Malah ia juga pasti menyelinap masuk dalam jamaah ummat Islam untuk melagakan sesama anggota pejuang, menghasut supaya hilang ketaatan , thiqah dan wala' kepada pemimpin dan jamaah. Membisikkan syak wasangka , khianat dan tikam belakang lalu akhirnya jamaah menjadi lemah. Justeru itu perangilah Syaithan sebagaimana kamu perangi musuh. Firman Allah swt :

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah menyeru golongannya supaya menjadi sebahagian dari penghuni api neraka.

Surah Faathir : 6

Nota Tambah ;

Kita mesti teliti untuk mengenali syaithan dan watak - watak dari kalangan pendokongnya. Umumnya apabila ia jelas bertindak menyanggahi syara', merosakkan jamaah Islam dan kesatuan ummah serta menyebarkan fitnah justeru itulah mungkar yang dihidup suburkan oleh syaithan dimana sahaja ia berada.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive