HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, February 23, 2015

Risalah Dakwah. Siri 100

Risalah Dakwah. Siri 100

Tawaazun (pertimbangan) Antara 2 Perkara Negatif.

1. Apabila TELAH berlaku 2 perkara negatif yang memerlukan kita mengambil sikap terhadap keduanya, maka pastinya kita diajar oleh syara' untuk menilai timbang kesan negatif dari keduanya terlebih dahulu sebelum memutuskan sikap yang muktamad terhadapnya. Kaedah biasa digunakan untuk tawaazun (menimbang kedudukan) ialah 

"mudharat yang kecil (ringan) didahulukan keatas mudharat yang besar (berat)."

2. Situasi ini pernah dihadapi oleh Nabi saw apabila Baginda saw berdepan dengan 2 perkara negatif iaitu :

Situasi ~ i~ ancaman dan tekanan musuh yang memalingkan ummat dari agama dan perjuangan.

Situasi ~ ii ~ peperangan yang berlaku dan melibatkan para sahabat Rhm. pada bulan yang diharamkan berperang.

Allah swt memutuskan sikap syara' terhadap dua situasi tersebut dengan firmanNya :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ 
عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang diharamkan berperang; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalang perjuangan Fi Sabilillah dan perbuatan kufur kepadaNya juga perbuatan menyekat (orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang diharamkan berperang). 

Surah Al Baqarah : 217

3. Kita perlu berhati - hati agar tidak teralih fokus dan salah memandang. Kita perlu bijak menilai. Saya pernah diajar oleh seorang guru di sekolah yang telah membuat satu titik putih dengar kapur tulis disebuah papan hitam. Lalu bertanya kepada saya , sekarang apa yang kamu nampak dihadapan ? Lalu saya penuh yakin dan muktamad mengatakan "saya nampak satu titik putih" . Lalu sang guru meningkah , inilah masaalah kamu ! Papan hitam sebegini besar kamu tak nampak , titik putih yang kecil ini juga yang kamu nampak !

4. Saya ditingkah sedemikian sewaktu usia 15 tahun. Sehingga hari ini, ia meninggalkan kesan dalam diri saya. Terutama apabila saya saksikan betapa ramai hari ini masyarakat hanya nampak "titik putih" itu tetapi tidak nampak atau buat - buat tidak nampak terhadap "papan hitam" yang sedemikian besar terpampang dihadapan. Realiti ini memudahkan pihak tertentu khasnya musuh kita manipulasikan situasi agar kita tidak nampak "papan hitam" yang menghadang dihadapan sebaliknya hanya membicarakan "titik putih". Siapa yang buat titik putih ini ? Kenapa "titik putih" ini dibuat ? bla bla bla .... 

5. Persoalannya, kenapa tidak nampak "papan hitam" itu ? atau sengaja tidak mahu berbicara mengenai "papan hitam" ? atau apa sebenarnya disebalik "papan hitam" itu ? atau memang ada pihak mahu mengalih pandangan dari bercakap mengenai "papan hitam" tersebut ? Akhirnya ..... kisah "papan hitam" ini semakin menarik malah jauh lebih besar persoalannya dari sekadar "titik putih"

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive