HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, February 23, 2015

Risalah Dakwah. Siri 099

Risalah Dakwah. Siri 099

Alim Ulamak di Fitnah

1. Antara fitnah akhir zaman ialah ulamak ditolak dan dijauhi. Mereka takut mendekati para alim ulamak kerana bimbang tingkah laku mereka di nasihati dan ditegur. Satu sudut lain pula, terdapat pihak yang menghina para alim ulamak dengan pelbagai kata nista. Sebahagiannya pula tidak segan silu melakukan maksiat dan mungkar dihadapan para alim ulamak ini.

2. Sabda Rasulullah saw : 

عن سهل بن سعد الساعدى رضى الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لا يُدْرِكْني زمانٌ أو لا تُدْرِكوا زماناً لا يُتَّبَعُ فيه العليمُ و لا يُسْتَحْيى مِنَ الحَليمِ قُلوبُهم قُلوبُ الأَعاجِمِ و ألْسِنَتُهُم ألْسِنَةُ العَرَبِ

Dari Sahl bin Saad as Saai'di  berkata : Rasulullah saw bersabda : Ya Allah, Janganlah Kau temukan aku dan mudah - mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman dimana para ulamak sudah tidak diikut lagi dan orang yang berakhlak tinggi sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang A'jam (pada fasiqnya) sementara lidah mereka seperti lidah A'rab (pada fasihnya)

Riwayat Imam Ahmad.

3. Berhati - hatilah ! Agar kita tidak terperangkap dan terpengaruh dengan fitnah zaman cyber ini yang menyaksikan ulamak terus menjadi subjek belasahan mereka. Gerak saraf musuh mensasarkan alim ulamak tanpa simpati. Sebahagian ahli politik pula tidak selesa dengan ulamak yang memandu tindakan berasaskan hukum hakam Islam justeru mereka mempunyai agenda politik yang rakus melepasi sempadan hukum. 

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive