HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, February 17, 2015

Risalah Dakwah. Siri 098

Risalah Dakwah. Siri 098

Jangan Ulangi Kesilapan Serupa

1. Pemergian Al Marhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru Nik Aziz) mendapat liputan luar biasa dari seluruh chanel radio dan tv. Rata - rata membuat liputan hiba meratapi pemergian Tok Guru Nik Aziz sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Tokoh akademi diundang untuk menganalisa jasa, pemikiran dan keperibadian Tok Guru Nik Aziz secara langsung menerusi chanel tv. Semuanya mengakui kehebatan peribadi, ketinggian ilmu dan ketokohan Tok Guru sebagai tokoh agama, pemimpin politik dan pentadbir yang baik.

2. Malangnya, penyiaran negara hanya memanafaatkan ruang ini setelah Tok Guru selamat menemui Tuhannya Rabbul Jalil. Semasa hidup, ilmunya tidak dimanafaatkan oleh negara untuk membina minda masyarakat dan membasmi kejahilan melata di negara ini. Kebanyakan masa dan saluran dihabiskan dengan hiburan dan rancangan yang tidak membantu untuk bina minda dan syaksiah masyarakat yang soleh.

3. Jangan ulangi kesilapan lalu. Tok Guru Nik Aziz ada meninggalkan warisannya. Penyambung baton perjuangan dan anak didik penerus ilmu dan amalnya. Selain itu masih terdapat para alim ulamak yang tinggi ilmunya, hebat amalannya dan wibawa  peribadinya. Manafaatkan ilmu mereka sementara mereka masih hidup ke arah menjana pertumbuhan tamadun yang Toyyibah dan penghuninya mendapat keampunan Allah swt. Antara tokoh yang boleh saya cadangkan disini seperti Yb Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai seorang mufassir yang hebat. Wujudkan chanel Tafseerul Quran di tv 1  atau lainnya sebagai medium membekal ilmu dan mendidik ummah. Jangan ulangi kesilapan serupa sebanyak dua kali.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive