HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, February 17, 2015

Risalah Dakwah. Siri 097

Risalah Dakwah. Siri 097

Rijalud Dakwah

1. Dakwah adalah satu kewajipan dan amanah Islam kepada semua penganutnya. Justeru Islam berkembang dengan dakwah sepanjang masa. Kita semua adalah pendakwah dengan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ini walau dengan satu ayat. Kita semua adalah agen dakwah yang memikul beban amanah membasmi kejahilan, memerangi kemungkaran dan menegakkan kebenaran.

2. Syarat utama untuk menjadi Rijalud Dakwah ( orang - orang dakwah ) yang baik dan berkesan ialah terhenti di atas 3 noktah.

🎾 Ilmu

فاقد شئ لا يعطي
Maksudnya : orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberi sesuatu.

Rijalud Dakwah wajib memiliki ilmu untuk menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Jangan pernah berhenti dari menuntut ilmu. Talaqqi ( menghadap guru menuntut ilmu) , banyak membaca dan menganalisa antara mekanisma untuk memiliki ilmu. Ilmu menjadi bahan asas bagi dakwah Islamiyah ini. Pencerahan, pemahaman dan pendidikan masyarakat serta perubahan minda memerlukan ilmu. Rijalud Dakwah tidak boleh turun bergelanggang dengan tangan dan dada yang kosong tanpa ilmu.

 🎾 Amalan

Amalan ibadat khusus dan Taqarrub kepada Allah seperti solat fardhu berjamaah, solat sunat dhuha, solat tahajjud, bacaan Al Quran dan Al Mathurat adalah mengukuhkan peribadi luar dan dalam seorang Rijalud Dakwah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di jalan dakwah.

Amalan ibadat khusus ini juga menjadikan dakwah lebih berkesan secara spiritual dan lebih touching serta meninggalkan kesan mendalam kepada madu'u (sasaran dakwah).

🎾 Kemahiran

Teknik dan taktik menyampai serta mengolah bahan (ilmu) dakwah sangat penting dalam berdakwah. Peka terhadap waqi' (realiti), memahami kesesuaian dan mempunyai skil yang unik dalam mengaplikasikan method dakwah.

Juga kemahiran mengurus dan menguasai perasaan mendepani tekanan dan cabaran di medan dakwah.

Firman Allah swt :

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Berdakwahlah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Surah An Nahl : 125

3. Aplikasi dakwah di zaman langit terbuka ini semakin banyak, luas dan mencabar. Rijalud Dakwah tidak boleh duduk diam atau banyak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada perjuangan Islam ini. Rajin, tekun, teliti, tidak jemu, berani, fikir, zikir dan seumpamanya adalah nilai kesempurnaan dan keberkesanan dakwah.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
www.perjuanganku.com

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive