HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, February 24, 2015

Satu Kata Untuk DAP

Satu Kata Untuk DAP

1. Jika DAP tidak boleh menerima hasrat PAS khasnya Kerajaan Negeri Kelantan membawa pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 ke sidang DUN Kelantan pada 18 Mac kelak, maka itu hak DAP. Apa lagi yang boleh kita buat ? Penerangan telah diberi, perbincangan telah dilakukan mengenai Kanun Jenayah Syariah ini bersama DAP. Keputusan agree to disagree telah diambil. Maka DAP tidak boleh mengherdik dan mengertak PAS dengan memberi kata dua kepada PAS.

2. Isu perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ini sebenarnya telah jauh mendahului pembentukan Pakatan Rakyat. Kenapa DAP harus gelisah dan panasaran dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri Kelantan sedang langkah itu adalah demokratik pula legal dalam mematuhi lunas undang - undang dan perlembagaan negara. Sementelah ia adalah kewajipan agama yang mesti dilaksana oleh hamba Allah yang soleh. Firman Allah swt : 

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al Maaidah : 49

3. Seorang muslim tiada helah untuk tidak mematuhi perintah Allah swt. Justeru itu, hanya satu kata buat DAP,  bahawa DAP tidak boleh mematikan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama. Siapa pun tokoh dan figure yang digunakan oleh DAP untuk mengherdik dan mengugut PAS, PAS tidak akan berganjak terhadap dasar dan prinsip perjuangannya. DAP pernah meninggalkan PAS semasa era Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan Kanun Jenayah Syariah yang diperjuangkan oleh PAS. Kenapa hari ini DAP  perlu mengugut PAS sedang bila - bila masa DAP boleh berangkat pergi, namun mengharap PAS berhenti berjuang ke arah melaksanakan syariat Allah swt, maka ia bagai menanti sang keli tumbuh sisik .

Nasrudin bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya
Dewan Ulamak PAS Pusat.
www.perjuanganku.com

Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive