HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, March 1, 2015

Sekali Serban di Lilit. Siri 02

Sekali Serban di Lilit. Siri 02

Cuaca Panas

Oleh : Pendekar Sakti
www.perjuanganku.com

1. "Minum air banyak - banyak tau ! Sekarang ni musim panas dan kurangkan aktiviti dibawah bahang mentari" Pesan doktor yang merawat saya kelmarin. Saya sekadar mengangguk membenarkan apa yang disebut oleh doktor. "Tuan tunggu sebentar, saya tuliskan senarai ubat yang perlu tuan ambil di kaunter farmasi nanti". Saya tak terkata apa - apa. Kepala saya melintuk ke dinding keletihan. Namun saya akur apa yang di sebut oleh doktor tadi. Kerana ini dibawah bidang pengetahuannya sebagai doktor berpengalaman di Poliklinik Beserah. Tak kan saya nak bantah pula nasihat doktor tersebut. Saya pun memang menyedari kurang minum air masak.

2. Tuan Nasrudin !!  huh , tersentak saya dipanggil oleh pegawai farmasi. Mama saya terus ke kaunter untuk mendapatkan ubat sementara saya perlahan - lahan melangkah longlai. "Ini Paracetamol, 2 biji sekali makan untuk 3 kali sehari. Ini chlorpeniramine, satu biji sahaja sekali makan untuk 3 kali sehari. Tapi, ubat ini boleh menyebabkan mengantuk. Elakkan memandu selepas makan ubat ini". "Eh dia ni, cenggini keadaan aku, macam manalah nak memandu" getus hati saya. "Ini Erythromycin, satu biji sekali makan untuk 2 kali sehari."  Aduss banyaknya ubat nak kena telan. Tu tak termasuk ubat batuk lagi. "Padan kenyang dengan ubat jer lah" rungut saya spontan tanpa perasan ianya didengari oleh mama saya. Lalu mama cepat jer pintas "kalau nak sihat ikutlah aturan ubat yang doktor bagi tu"  Insyaallah, jawab saya tanpa banyak soal kerana sekali lagi mengakui bahawa ini memang dibawah kepakaran ilmu pengetahuan seorang doktor. Justeru itu juga lah saya datang ke hospital ini intuk mendapatkan rawatan. 

3. Sangat tidak munasabah apabila saya datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor, kemudian saya pula nak bantah apa yang doktor jelaskan. Sebagai pesakit yang pastinya nak cepat sembuh dan sebagai langkah ikhtiar, saya perlu benar - benar mematuhi arahan dan aturan doktor berkait dengan ubat yang diberi. Walau sepahit mana ubat yang diberi, saya terpaksa menelannya kerana itu arahan doktor. Terutama ubat Erythromycin  ni, dah lah besar bijinya, doktor kata ubat ini mesti dihabiskan. 14 biji kesemuanya, ertinya saya kena habiskan dalam tempoh seminggu.

4. Selama 3 atau 4 hari di pembaringan ini, saya hanya banyak membaca untuk hambat rasa bosan dan boring. Selain isteri yang selalu menemani saya di sisi dengan cerita ceritinya. Saya dapati iklim politik pun tidak kurang juga panasnya. Hu hu, kalau begini keadaannya, mana mana ahli politik yang kurang 'minum air' juga boleh jatuh sakit ni ! Buat seketika ini , saya menyorot politik dalaman parti saya sendiri iaitu PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang unggul di Malaysia. Rupa - rupanya didalam lebih panas. Macam api dalam sekam. Luarnya nampak macam biasa - biasa sahaja, tetapi didalam, suhunya sangat tinggi. Masa yang banyak terluang ini saya gunakan untuk membuat nilaian sendiri terhadap isu yang berlaku berpandukan pengalaman menyertai PAS sejak 1985 yang lalu.

5. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah krisis dalaman ini tercetus apabila sendi - sendi Arkanul Baiah yang sepuluh itu telah runtuh. Bermula dengan salah faham tentang definisi atau takrif PAS sebagai sebuah Gerakan Islam atau hanya sebuah parti politik semata - mata ? Salah dalam membuat takrif maka salah lah hala tuju yang digariskan. Ramai pula yang tercalar keikhlasan berjuang. Melobi sana sini menjaja fitnah untuk membunuh karektor dan kewibawaan pucuk pimpinan. Hilang wala' kepada jamaah dan luntur ketaatan kepada pucuk pimpinan. Ulamak jadi punching bag. Pertikaian terkini, siapa yang layak jadi Presiden PAS ? Menjawab soalan ini terpulang kepada bagaimana kita mentakrifkan PAS. Kalau PAS ditakrifkan sebagai sebuah Gerakan Islam maka presidennya atau amirnya atau ketuanya mestilah yang berilmu dan faham (alim dan faqeh)  mengenai Islam. Mana mungkin mereka yang tidak memahami Islam memimpin Gerakan Islam. Sebagaimana tidak mungkin seorang yang jahil mengenai ubat dan kaedah rawatan boleh bertugas sebagai seorang doktor di hospital. Demikian jugalah, sebagaimana kita perlu patuh pada arahan doktor untuk rawatan yang betul maka kita juga perlu taat kepada arahan amir atau ketua yang layak dan dipilih.

Sekian.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive