HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, March 2, 2015

Sekali Serban di Lilit. Siri 03

Sekali Serban di Lilit. Siri 03

Musuh Dalam Selimut

Oleh: Panglima Sakti
www.perjuanganku.com

1. Hari ini saya berpeluang membaca beberapa lembaran dan topik dari buku Sun Tzu The Art of War . ( The new illustrated edition ~ Translated by Samuel B. Griffith. ) Bukanlah kerana saya mahu belajar teknik perang klasik itu, tetapi sekadar menghayati bagaimana strategi disusun dan semangat yang mereka miliki. Lebih penting daripada itu sebenarnya saya sedang belajar bahasa Inggeris.

2. Sepanjang dipembaringan ini, saya juga berkesempatan mengulangkaji beberapa Ghazwah (peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad saw). Satu dari cabaran getir dan serupa dialami oleh perang klasik dan moden ini ialah bagaimana mereka berdepan dengan "musuh dalam selimut". Ironinya, hampir semua kisah perang yang melibatkan musuh dalam selimut mengakibatkan porak peranda , fitnah memfitnah malah bunuh membunuh sesama sendiri. Hanyalah dipenghujung kisah, baru dikenalpasti bahawa ia angkara musuh dalam selimut.

3. Pastinya lebih menarik untuk dikongsikan juga dari persamaan perang klasik dan moden ini ialah hampir semua faktor yang mendorong kewujudan musuh dalam selimut adalah terhenti atas 4 faktor. 

Pertama : takhta atau pengaruh 
Kedua : harta atau kekayaan
Ketiga : wanita atau nafsu
Keempat : dendam kesumat

4. Zaman ini bukan lagi zaman perang persenjataan kecuali beberapa blok negara sahaja lagi yang masih belum dapat keluar dari zon perang senjata. Kebanyakkan negara lain sedang berdepan dengan perang ekonomi, budaya dan pemikiran. Pun begitu, musuh dalam selimut masih berperanan besar untuk mengucarkacirkan keadaan. Tidak sukar untuk mengenal pasti musuh dalam selimut kerana ia satu selimut dengan kita. Apa yang sukar ialah menampilkan bukti kerana berdepan dengan dua keadaan. Tidak kemukakan bukti maka orang tak percaya dakwaan kita. Mahu dikemukakan bukti maka ia mendedahkan apa yang ada dalam selimut sendiri.

5. Sememangnya sukar. Musuh tidak sepatutnya ada dalam selimut kita. Tapi, kalau disuruh keluar, maka orang kata kita halau orang kita sendiri. Ini pernah dihadapi oleh Nabi saw. Sewaktu Saidina Umar Rha mahu membunuh bapa munafiq (musuh dalam selimut) Abdullah Ubai, Nabi saw pantas menghalang seraya berkata : aku bimbang orang berkata Muhammad membunuh umatnya sendiri. Tidak mudah untuk mengeluarkan musuh dari selimut. Dia berbahasa dengan bahasa kita. Dia bercakap dengan ungkapan kita. Malah dia pun rujuk kitab yang sama dengan kitab kita. Namun usaha mengeluarkan musuh dari selimut wajib diteruskan kerana kita tidak akan lena tidur selagi musuh bersarang dalam selimut kita. 

Sekian.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive