Apabila Baiah Menjadi "Janji Manis"
Kita berjanji untuk hidup dan mati demi Islam. Menyertai PAS adalah atas tujuan untuk merealisasikan janji tersebut yang telah kita lafaz setiap kali menunaikan solat. Kita mahu hidup dan mati bersama dengan Islam dan perjuangannya. Memilih PAS sebagai wadah perjuangan adalah tepat kerana PAS konsisten meletakkan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya.
Janji telah kita lafazkan dengan tenang serta insaf sebagai hamba yang taat kepada Tuhan Yang Maha Mencipta dan kiranya kita menunaikan janji tersebut, Allah swt pula akan menunaikan janji-Nya kepada hamba yang taat. Antara janji yang manis dari Allah swt buat pejuang-Nya ialah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu berjuang membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu. (Surah Muhammad: ayat 7)
Mudah-mudahan kita tidak menodai janji kita. Jangan biarkan janji kita sekadar janji yang hanya manis dibibir sedang kita pula mudah patah hati dan hilang kecekalan bila berdepan dengan cabaran luar atau dalam perjuangan yang kita dokong ini. Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar sekalipun kita dalam jumlah yang kecil.

Firman Allah swt :
كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar. (Surah Al Baqarah: ayat 249)
Optimislah bahawa masa depan adalah milik Islam. Jangan rasa janggal untuk terus bersama Islam. Jangan rasa bersalah dan asing untuk terus bersama dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam walaupun ramai yang tidak bersetuju dan menentangnya. Jangan lepaskan pegangan dan genggaman dari terus berpaut pada Islam dan jamaahnya.
Hayatilah sabda Rasulullah saw :
بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
Islam telah bermula dalam keadaan asing (kemudian ianya berkembang ke serata dunia) dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah orang yang dianggap asing (kerana terus bersama dengan perjuangan Islam). (riwayat Muslim)
Nabi saw memberikan satu janji yang sangat manis kepada semua pejuang Islam bahawa kebahagiaanlah (di dunia dan akhirat) buat mereka yang terus berjuang untuk menegakkan Islam sekalipun mereka dianggap pelik dan asing kerana perjuangannya. Bersabarlah teman! Allah swt bersama hamba-Nya yang sabar.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment