HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 26, 2015

Catatan Dakwah Agar Istiqamah

  • Sehari dua ini dunia penulisan menjadi meriah. Secara peribadi saya sangat seronok. Saya suka membaca tulisan rakan-rakan yang saya kenal. Membaca tulisan orang yang kita kenal sangat berbeza dengan membaca tulisan orang yang kita tidak kenal.
  • Sebelum ini, saya banyak membaca tulisan sahabat saya Yb. Ustaz Nik Mohd Abduh dan Dr Riduan Mohd Nor. Kedua-dua mereka sangat gemar menulis dan bahasa penulisan yang mereka ketengahkan sangat menarik. Sejak zaman blog berpengaruh tinggi, saya banyak belajar dari mereka berdua untuk memperkaya seni tulis.
  • Sementara penulisan ilmiah pula saya sering ikuti tulisan Yb. Dr Khairudin Aman Razali at Takiri melewati buku-buku karya beliau sejak beliau menjadi pensyarah universiti sehinggalah sekarang melalui kenyataan media dan kupasan isu semasa sebagai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
  • Mutaakhir ini, di era Whatsapp dan Facebook. Banyak masa membaca saya tertumpu arah kepada membaca artikel atau tulisan di Facebook dan Whatsapp. Tulisan-tulisan ringkas tetapi bernas dan membekas. Namun jika dikumpul maka ia menghasilkan satu koleksi tulisan yang menarik. Antaranya tulisan adinda saya Ustaz Mohd Asri Daud yang terkenal dengan tulisan Usrah Whatsapp atau singkatannya USWAH yang sehingga hari ini telah masuk siri ke 125.
  • Tulisan Yb. Ustaz Idris Ahmad juga mempunyai sentuhan tersendiri dengan judul Catatan Dhuha. Walaupun tidak dicatat nombor siri terbitannya, saya percaya ia telah melewati ratusan siri dek kerana penulisan yang istiqamah sejak lama dulu. Ringkas dan rileks membacanya, itulah ciri-ciri catatan dhuha milik Yb Ustaz Idris Ahmad.
  • Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pula telah establish dengan skil penulisan motivasi yang sarat dengan nasihat umum kepada semua. Telah berjaya dihasilkan beberapa siri tulisan beliau dalam bentuk buku bersiri yang berjudul Senyum. Kebelakangan ini beliau tegas menjawab pelbagai isu terutama yang berkait dengan kredebiliti jamaah. Sahabat saya Yb Ustaz Marzuk Saari pula tampil dengan tulisan beliau berjudul Catatan Dzuhur yang telah berada pada siri ke 32 sehingga kelmarin. Tulisan ini bertukar topik menjadi Catatan Jumaat jika melewati hari Jumaat.
  • Yb. Dr Khairudin pula mutaakhir ini mengolah tulisan beliau menjadi judul Renungan Pagi atau Renungan Malam jika karya itu dihasilkan di waktu malam. Seorang lagi sahabat saya yang rajin menulis ialah Tuan Hj Razman Zakaria. Tulisannya sering diolah sebagai catitan dan kupasan isu semasa dalam perjalanan beliau ke tempat program dan sebagainya.
  • Hampir kesemuanya membawa format tulisan yang berani dan berterus terang membawa idea pemikiran dan pandangan dalam pelbagai isu yang disinggung. Harapan saya buat yang ke sekian kalinya agar semua tulisan ini istiqamah. Bukan sekadar memeriahkan suasana menghadapi muktamar PAS yang akan berlangsung pada awal bulan depan.
  • Seminggu ini muncul lagi pelbagai catatan yang menambah koleksi penulisan berskala Whatsapp dan twitter. Saya mengharapkan tulisan-tulisan tersebut bukan hanya menjadi bunga api yang bergemerlapan untuk memeriahkan musim muktamar tetapi terus istiqamah mewarnai dunia baru dalam smart phone ini.
  • Saya menegaskan demikian kerana saya juga penulis dan saya tahu bagaimana mood seorang penulis. Itu bergantung kepada keikhlasan penulisnya dalam menghasil atau menerbitkan karyanya. Mudah-mudahan lebih ramai penulis berskala Whatsapp ini lahir dan memampatkan talian cyber dengan bahan yang berguna dan bermanfaat.
Sekian. Catatan Sebelum Muktamar

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive