Risalah Dakwah. Siri 110
Risalah Dakwah. Siri 110
Istiqamah & Ikhlas Berjuang
Makna pada perjuangan ialah Istiqamah. Istiqamah dengan maksud pro aktif dalam melunaskan amanah perjuangan tanpa jemu dan bosan, pula ikhlas hanya kerana Allah swt tanpa membilang dan mengisytiharkan bentuk serta jumlah pengorbanan kita untuk meraih simpati manusia dan mencari publisiti. Sebaliknya terus menyumbang dan berkorban masa, tenaga, wang ringgit bahkan darah dan nyawa untuk menegakkan Agama Allah swt.
Hayatilah sabda Rasulullah saw :
قَالَ أَعْرَابِيٌّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه
Telah berkata Seorang A'rabi kepada Nabi saw: terdapat seorang tokoh yang berjuang bagi memperolehi harta ghanimah (rampasan perang), terdapat tokoh yang berjuang supaya disebut namanya dan terdapat tokoh yang berjuang untuk dilihat berketerampilan. Siapakah dari kalangan mereka yang dikira berada di atas jalan Allah swt ?
Maka jawab Rasulullah saw : Siapa yang berjuang hanya untuk menjadikan Kalimah Allah swt itu tinggi mengatasi segalanya maka dia lah orang yang berada di atas Jalan Allah swt.
Riwayat : Imam Bukhari
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
0 comments:
Post a Comment