HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 27, 2015

Tuduhan ISIS: Puzzle Sedang Bercantum

Dr Mujahid Rawa baru-baru ini menuduh PAS, parti lamanya umpama gerakan ISIS yang bersifat radikal, ektsremis dan takfiri. Beliau mengaitkan dengan beberapa contoh seperti Amanat Haji Hadi, Al Maunah, mengkafirkan Umno dan isu-isu lama yang menjadi senjata ampuh rejim BN setiap kali pilihanraya. Beliau turut mempertikaikan soal baiah laknat yang turut dilafazkannya sendiri dahulu.

Ironinya, Dr Mujahid pernah menganggotai parti yang dituduh radikal dan ekstremis ini malah menjadi pimpinan utamanya beberapa bulan dahulu. Sewaktu beliau melafaz baiah laknat, apakah hanya dibolehkan pada masa itu sebab mahu jadi calon wakil rakyat sahaja? Kenapa baru sekarang segalanya baru ditimbulkan walhal selama ini beliau mendukungnya? Apakah kerana dendam kekalahan dalam Muktamar lepas masih bernanah pekat?

Umum mengetahui, ISIS adalah produk rekaan CIA dan kuasa barat untuk memburukkan wajah pejuang Islam dan menimbulkan Islamophobia. Dengan kewujudan ISIS dan kumpulan tajaan barat lain, barat mendapat lesen dari kongres dan masyarakat dunia untuk menjarah bumi Iraq, Afghanistan, Syria, Yaman serta mengorbankan jutaan orang awam yang tidak bersalah.

Kini senjata itu turut dikongsi oleh Dr Mujahid. Nama ISIS cuba ditampal pada jasad PAS bagi mendapatkan lesen simpati rakyat terhadap Pan lalu menggunakannya untuk mengorbankan kepercayaan rakyat terhadap PAS sekian lama. Sisi-sisi baik PAS yang menganjurkan berbagai aktiviti kebajikan dan bantuan bencaan digelapkan begitu sahaja. Kisah penganiyaan PAS seperti isu Memali dan tangkapan ISA yang mana PAS tidak melawan walaupun berhadapan senjata api rejim langsung tidak dikenang.

Secara tidak langsung, Dr Mujahid memberikan klu tentang kaitannya dengan kuasa besar yang menjadi penjenayah perang terbesar di dunia itu. Sebelum ini Barack Obama dalam pertemuan sulitnya dilaporkan menyokong gerakan NGO-NGO liberalis di Malaysia seperti SIS, IFC, COMANGO, IDEAS dan sebagainya. Sikap Mujahid dan beberapa pimpinan Pan pula amat mesra dengan gerakan ini, bahkan pernah membela dan menyokong SIS ketika isu fatwa sesat terhadap NGO tersebut.

Dap yang menjadi teman sekatil Pan usah dikata lagi. Mereka cukup rapat dengan Amerika dan proksinya. Lahirnya dari rahim Pap Singapura, yang terang-terangan menjadi pengawal kuasa barat di Asia. Hubungannya dengan gereja dan kaitan beberapa pimpinannya dengan gerakan kristianisasi tajaan Yahudi memang sudah dikenali umum. Dokongan mereka terhadap gerakan liberalisme tiada siapa dapat menyangkal.

Dalam waktu yang sama, sehingga kini tiada sebarang kata putus dari mana-mana parti dalam PH berhubung TPPA samada menyokong atau membantah. TPPA dipercayai menjadi matlamat utama Obama sehingga sanggup datang ke Malaysia sampai dua kali dalam setahun, suatu perkaran yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 50 tahun yang lepas. Walaupun TPPA adalah isu terbesar negara; lebih besar dari skandal 1MDB dan GST, PH belum mengeluarkan apa-apa pandangan rasmi tentangnya. Maka kaitan hubungan sulit antara mereka semakin jelas.

TPPA adalah senjata barat untuk melemahkan hubungan Malaysia dengan China; seteru ekonomi terbesar mereka. Keprihatinan Obama terhadap Malaysia menunjukkan negara ini berada dalam pemerhatian kuasa besar itu. Malaysia sedang cuba diheret ke kancah politik antarabangsa. Sebelum ini Amerika telah banyak campurtangan dalam urusan negara-negara umat Islam menyebabkan semakin porak peranda. Terbaru menjadikan Turki sebagai mangsa dalam konflik Amerika-Rusia.

Pan bersama Dap bercita-cita besar mahu menguasai Malaysia. Tidak mustahil pakatan ini boleh menguasai Malaysia dengan muslihat yang terancang. Mereka sedang bergerak aktif ke arah itu melalui pemindahan pengundi dan daftar pemilih. PAS yang tegas dengan prinsip Islam adalah ancaman utama mereka lebih daripada BN.

Sebelum ini wakil Amerika pernah datang berjumpa parti-parti utama pembangkang termasuk PAS. Reaksi parti lain selain PAS amat positif terhadap bantuan Amerika, terutama dalam bab memburukkan Malaysia di mata dunia. Tanpa memikirkan masa depan negara, niat mereka supaya kepimpinan BN hilang kredibiliti. Hanya PAS menjadi halangan barat untuk melicinkan gerakerja mereka.

Mana-mana pihak yang rapat dengan Amerika tidak sepatutnya diberi muka dalam politik tanahair. Akibatnya bakal mengancam kedaulatan negara. Benar kerajaan yang ada hari ini mungkin akan akur tuntutan Amerika dek ugutan skandal 1MDB. Tetapi adakah berhasil menyelamatkan negara dengan menggantikan kerajaan yang ada dengan pihak berwatak mesra-Amerika juga?

Kita perlu belajar dari sejarah kejatuhan Uthmaniyyah dan yang terkini tragedi Syria. Walaupun negara mempunyai masalah, kita tidak boleh benarkan kuasa luar campurtangan kedaulatan negara ini. Ianya ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar kerana akibatnya bukan sahaja kerajaan yang ada boleh tumbang, malah kestabilan dan keharmonian negara juga boleh bertukar sebaliknya. Cukuplah kesilapan Arab dan Turki menjadi pengajaran buat kita.

Kesimpulannya, perkukuhkan jamaah PAS. Thabat bersama alim ulama yang telah diiktiraf menjadi rujukan dunia dalam menghadapi perancangan licik barat bermain bidak-bidak liberal. Peringatkan Dap, Pan dan mana-mana pihak yang menunjukkan sikap pro-barat dan anti perjuangan Islam hendaklah diperingatkan sentiasa akan bahaya mereka terhadap kelangsungan gerakan Islam agar kita tidak menjadi mangsa seterusnya.

Katakanlah! Inilah jalanku yakni Islam dan janganlah turutkan jalan-jalan yang terpesong. Berilah ingatan kepada mereka yang sering menimbulkan fitnah dan labelan buruk terhadap ajaran Allah.


Biodata Penulis

Muhammad Marwan M.Shukrimun berasal dari Kuala Terengganu. Beliaumerupakan EXCO DPP Kuala Nerus. Salah seorang tenaga pengajar di MDQ.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive