Saturday, December 16, 2017
Bicara Santai Selain Politik. 01
25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017
RUMAHKU SYURGAKU
Oleh : Pendekar Sakti
1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut atau tidak tenteram. Peringkat awal “serabut kepala” dan boleh jadi lebih parah bila sampai ke tahap “serabut perut”.
2. Kata orang serabut kepala boleh tampak “koyok”, tapi kalau serabut tu dah sampai ke perut, maka sesiapa yang alami masalah begini memang sukar. Bahkan nak tidur malam pun payah lelap. Hilang ceria, selalu marah-marah dan membebel tidak tentu pasal. Semua orang disalahkan.
3. Sensitif dan mudah emosional. Perkara kecil selalu dibesar-besarkan. Air muka tidak manis. Membengis kebanyakkan waktu. Bahasa lidahnya, hilang kelunakan dan keindahan kata-kata. Cakapnya sinis dan “menyekit” perasaan orang. Panas baran.
4. Akhirnya masalah serabut ini boleh jadi makin parah. Boleh jadi hypertension atau boleh juga jadi kemurungan. Pendek kata, sebahagian besar kebahagian dan kedamaian hidup diragut oleh masalah serabut.
5.Mengatasinya, saya lihat ada dua faktor penting yang boleh kita beri perhatian.
Pertama : Cara hidup soleh (peribadi)
Kedua : Bina rumahtangga bahagia
6. Cara hidup soleh ini melalui pembentukan peribadi. Bermula dengan melahirkan spiritual yang murni kemudian meluruskan akhlak.
a) Mudahnya, pemurnian spiritual melalui aqidah yang betul dan amalan yang benar. Jangan sekali-kali tinggalkan amalan fadhu seperti solat, puasa dan lain-lain, lalu sempurnakan dengan amalan sunat seperti baca Al Quran, wirid zikir dan solat malam (qiamulail).
b) Luruskan akhlak dan hiaskan diri dengan attitude atau sikap yang positif, berbahasa pada lidah dan anggota dengan tertib dan cermat.
7. Sementara faktor penting yang boleh membekalkan “vaksin ketenangan” kepada hidup kita ialah ahli keluarga. Memiliki pasangan hidup dan anak-anak yang soleh dan solehah.
a) bentuk sebuah keluarga bahagia dengan kasih sayang tanpa curang, percaya mempercayai tanpa curiga dan kemesraan tanpa telingkah.
b) letakkan keluarga adalah segalanya. Ahli keluarga lah anggota meeting untuk bincang sesuatu yang dihadapi. Mereka juga anggota team kita untuk riadhah. Pendek kata “Keluarga didahulukan Kerjaya diutamakan.”
8. Insyaallah, jika kita dapat miliki 2 faktor ini iaitu pembentukan peribadi yang soleh dan pembinaan rumahtangga yang bahagia, maka kita bebas “serabut”.
9. Kesannya, kita akan ceria dan manis wajah. Segak pada paras dan luhur pada pekerti. Fikiran jadi positif dan bahasa lidah menjadi indah. Tentu sahaja kita bahagia dan orang pun gembira berinteraksi dengan kita.
10. Kesan luar yang boleh dirasai ialah tahap konfiden menghadapi cabaran hidup, kerjaya dapat diurus dengan cemerlang, perjuangan boleh dilangsungkan dengan yakin dan lebih karismatik dalam enggagement dengan pihak lain. Malah kepimpinannya juga, menyerlahkan wibawa dan energy yang mantap.
Lestari Kehidupan Positif
Sekian
Monday, March 13, 2017
Redha Allah swt. Matlamat Perjuangan PAS
Monday, March 13, 2017 | No Comments |
Redha Allah swt. Matlamat Perjuangan PAS
Oleh : Nasrudin bin Hassan
1. Masih terdapat mereka yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Bagaimana PAS beraksi di pentas politik. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangannya. Cemburu mereka bukan kepalang apabila PAS terus meraih sokongan ummah meskipun diselubungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.
2. Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat dari pelbagai latar. Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS dari saingan politik negara lalu menggesa supaya PAS menyertai Jamaah Tabligh. Secara tidak langsung mereka sebenarnya telah memberi penghormatan tinggi kepada PAS dengan gesaan tersebut justeru Jamaah Tabligh adalah sahabat PAS dipentas dakwah Islam.
3. Mereka jahil tentang perjuangan PAS. Mereka gagal memahami seni politik yang dibawa oleh PAS. Tidak tergapai dek aqal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam. Mereka sangka, Islam tidak boleh diperjuangkan dipentas politik.
4. Secara peribadi, saya maafkan mereka justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masakini. Biarlah saya tegaskan kembali bahawa ;
i - Dasar perjuangan PAS adalah Islam. Penegasan ini boleh dirujuk pada Perlembagaan PAS Fasal ke 3. Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kepatuhan dan ketundukan itu adalah bermaksud untuk meraih Redha Allah swt.
ii - PAS pula ditubuhkan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah swt. Juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Objektif ini tercatat di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke 5.
iii - Antara usaha PAS ialah menyeru ummat manusia kepada Syariat Allah swt dan Sunnah RasulNya saw melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilasi-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke 6 dibawah tajuk usaha-usaha PAS.
5. Biarpun halangan sebesar gunung, PAS tidak pernah gentar mendepaninya demi melunaskan cita-cita perjuangan Islam. Perlembagaan PAS, Fasal ke 4 menegaskan bahawa Seruan PAS ialah Allahu Akbar (Allah Yang Maha Besar). Tiada yang lebih besar dan hebat selain Allah swt. Tiada siapa yang boleh menghalang dan menyekat perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt.
Sekian
Sunday, August 28, 2016
PAS Sedia Bersemuka
Sunday, August 28, 2016 | No Comments |
Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.
Saya melihat “report” polis yang diambil oleh NGO ini ialah kerana melihat tindakan mereka menghasut golongan bukan Islam supaya menolak pindaan Akta 355 yang menjadi urusan khusus ummat Islam tanpa terlebih dahulu mereka mendapatkan maklumat yang betul dan jelas mengenainya. Sedang tindakan itu boleh mencetus kebencian dan ketegangan sesama masyarakat negara kita yang melibatkan muslim dan non muslim.
Justeru itu, bagi pihak PAS in’sya-Allah kami sedia bersemuka dan memberi penjelasan terhadap isu Pindaan Akta 355 ini kepada mana mana pihak termasuk Persatuan Hokkien. Ia penting bagi meredakan salah faham dan mengelak ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Inilah Penyelesaian Kita”

Friday, August 26, 2016
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
Friday, August 26, 2016 | No Comments |
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom?
Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan desas-desus ini juga berkaitan dengan sentimen politik kem Najib (kerajaan) dan kem Mahathir-Muhyiddin (DRB-Hicom).
DRB-Hicom telah cuba memohon pembiayaan mudah daripada kerajaan berjumlah RM 1.5 bilion sejak suku pertama tahun 2016. Namun, status pembiayaan tersebut masih belum jelas kerana kerajaan telah menetapkan pelbagai syarat untuk menstruktur semula perniagaan syarikat automotif negara termasuk membayar hutang kepada vendor-vendor Proton. Penjualan saham Proton juga boleh berlaku bagi mendapatkan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan keupayaan Proton ke aras yang lebih baik.
Persoalannya, ke manakah hala tuju Proton? Adakah desas-desus ini disebabkan oleh sentimen politik-bisnes yang sedang berlaku dalam UMNO hari ini? DRB-Hicom sedang bergelut dengan komitmen kewangan yang tinggi akibat daripada prestasi jualan Proton yang semakin lemah disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Disebabkan itu, tidak mustahil penjualan keseluruhan atau sebahagian besar saham Proton boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya DRB-Hicom gagal untuk meneruskan komitmen perniagaannya.
Adakah hasrat penjualan Proton kepada pelabur luar adalah jalan terbaik untuk memulihkan status kewangannya?

Adakah Proton boleh diselamatkan atau ia akan mengulangi nasib seperti MAS?
Proton bukan sekadar syarikat automotif bahkan ia mempunyai nilai sentimen dan maruah rakyat serta negara. Saya berharap pelan pemulihan Proton mesti diagendakan supaya ia tidak lagi terus menanggung kerugian pada masa-masa akan datang.
Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN
Friday, August 26, 2016 | No Comments |
Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini.
Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Jun yang lalu mengusulkan agar sistem wakaf dijadikan teras kepada pembiayaan pendidikan tinggi negara dengan nama Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) sebagai alternatif bagi menggantikan seribu satu masalah yang dihadapi PTPTN.
Sistem wakaf pendidikan tinggi telah diaplikasi semasa era pemerintahan Islam dahulu. Universiti Al-Qarawiyin di Fes, Morocco yang dibina pada tahun 245 Hijrah merupakan universiti pertama yang dibina berasaskan sistem wakaf diikuti Universiti Al-Azhar di Kaherah yang dibina pada tahun 359 Hijrah. Model pembangunan dana wakaf yang sama juga dijadikan ikutan di universiti-universiti terkemuka.
Sistem dana wakaf pendidikan tinggi bukan sahaja mengelakkan bebanan hutang yang ditanggung selepas tamat belajar, malah memberikan peluang seluas-luasnya kepada para pelajar bagi menyambung pelajaran mereka dan dalam masa yang sama melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi di kalangan semua pihak bagi membentuk modal insan yang signifikan kepada pembangunan negara.
Sistem wakaf PTWPN perlu diluncurkan ke tengah masyarakat dengan asas permuafakatan dan dijana oleh semua pihak atas prinsip “fastabiiqul-khairat”. Perkara ini selaras dengan gagasan melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berilmu pada masa akan datang.

Thursday, August 25, 2016
Hutang PTPTN : Teliti Semula Mekanisme Hutang Pendididkan Tinggi
Thursday, August 25, 2016 | No Comments |
Isu hutang pendidikan tinggi negara (PTPTN) merupakan isu yang seringkali mendapat perhatian rakyat terutamanya golongan muda yang ingin menyambung pelajaran mereka di IPTA dan IPTS. Status kegagalan para peminjam membayar semula hutang tersebut seharusnya dijadikan isu teras kepada perbincangan mekanisma pembiayaan dalam pendidikan tinggi negara.
Kenyataan Pengerusi PTPTN yang mengakui ketidakmampuan untuk memberikan pinjaman sepenuhnya kepada pelajar disebabkan kekurangan terhadap kadar kutipan balik pinjaman membuktikan mekanisma “hutang” bagi pembiayaan pendidikan tinggi negara memerlukan kepada transformasi yang lebih segar.
Saya berpandangan belenggu kegagalan melangsaikan hutang bukan sahaja melanda pada aspek pinjaman pendidikan, malah juga pada aspek pinjaman-pinjaman yang lain.
Jabatan Insolvensi Malaysia mengeluarkan laporan pada 2015 menunjukkan seramai 24,953 orang berusia 35 tahun ke bawah telah diisyhtiharkan muflis. Maka, tidak mustahil puluhan ribu yang lain berada dalam keadaan yang tidak menentu bagi melunaskan hutang mereka. Statistik ini perlu mendapat respon yang proaktif daripada pihak kerajaan dan PTPTN.
Kerajaan seharusnya meneliti semula mekanisma hutang dalam pembiayaan tinggi negara. Di sebalik tekanan yang diberikan pihak kerajaan supaya para peminjam membayar balik pinjaman, langkah yang wajar ketika ini juga adalah melihat kepada aspek yang lebih effektif dalam membiayai pendidikan tinggi negara iaitu menerusi sistem wakaf seperti yang menjadi amalan di beberapa institusi pengajian awam dalam dan luar negara.

Monday, August 22, 2016
Kutuk Serangan di Syria dan Gaza
Monday, August 22, 2016 | No Comments |
Saya menggesa Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil kesempatan mengutuk tindakan kejam negara-negara tertentu yang mengakibatkan ribuan rakyat Syria dan Palestin yang terkorban sehingga ke hari ini.
Beliau akan mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang bermula pada 22 hingga 26 Ogos di New York.
Gambar viral seorang kanak-kanak lelaki, Omran Daqneesh yang berlumuran darah dan berdebu kerana serangan bom di Aleppo sudah cukup menjustifikasikan tindakan regim ke atas orang awam yang tidak berdosa. Malah, menurut laporan Local Coordination Committee (LCC), lebih 500 rakyat Syria terbunuh dalam tempoh 7 hari minggu lalu. Kita harap TPM tegas dan berani menyuarakan kutukan atas nama kemanusiaan dan keadilan.
Hari ini, di Gaza juga sedang berlaku serangan jet tentera zionis Israel dan membedil kawasan-kawasan tertentu sehingga memusnahkan kediaman dan kematian orang awam. Ramai rakyat di negara ini telah mengambil inisiatif menghantar bantuan ke negara bergolak seperti Syria dan Palestin menerusi beberapa NGO.
Kini, rakyat Malaysia mahukan penegasan politik di atas satu platform yang berautoriti untuk mengutuk tindakan kejam regim Rusia dan Amerika Syarikat sepertimana yang telah dilaporkan oleh pihak media.
Selain itu, selayaknya TPM terus menuntut keadilan di atas ruang antarabangsa yang lebih terbuka ke atas mangsa-mangsa pesawat MH17 yang terkorban pada bulan Julai 2014 yang lalu. Kita tidak mahu isu perbalahan Rusia-Ukraine menenggelamkan nasib mangsa yang terkorban.
Pra perbahasan UNSC beberapa hari lalu telah menyaksikan Rusia dan Ukraine bertikam lidah mengenai provokasi perang di wilayah Crimea, manakala laporan interim pasukan penyiasat antarabangsa MH17 yang diketuai oleh Belanda telah ditolak secara simplistik oleh Rusia.

Sunday, August 14, 2016
Gesa Kerajaan Lebih Fokus Selesai Isu FGV
Sunday, August 14, 2016 | No Comments |
Krisis yang melanda syarikat korporat Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Daripada konflik kepimpinan yang menerajuinya sehinggalah kepada prestasi pasaran semasa dan kedudukan saham FGV yang masih kekal di bawah RM2.00.
Ketiadaan fokus yang lebih jitu bagi menyelesaikan masalah yang semakin membengkak, FGV pula sebaliknya dilihat menyalurkan sejumlah besar wangnya bagi kempen melindungi beruang matahari di Terengganu.
Fokus kerajaan bagi memulihkan kedudukan saham FGV merupakan suatu perkara yang sangat mustahak. Jika jutaan ringgit dapat disalurkan bagi menyelamatkan kepupusan spesis haiwan tersebut, apakah suatu yang terlalu sukar bagi kerajaan memenuhi harapan 100,000 peneroka yang pernah dijanjikan dengan keuntungan berlipat kali ganda hasil pelaburan daripada FGV suatu ketika dahulu.
Namun, persoalan yang masih tinggal tanda tanya adalah apakah langkah strategik kerajaan bagi meningkatkan prestasi pasaran saham yang pernah mencapai nilai RM5.39 pada awal-awal hari saham tersebut diniagakan pada 2012 yang lalu?
Apakah faktor tersebut benar-benar berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dunia atau sememangnya krisis kepimpinan Felda telah mengalami 'deficit-trust' yang menyumbang kepada kesan negatif terhadap keyakinan para pelabur. Rakyat khususnya peneroka Felda berhak mendapatkan jawapannya.

Peratus Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi Masih Rendah
Sunday, August 14, 2016 | No Comments |
Malaysia akan terperangkap dengan kelembapan peningkatan tenaga kerja berkemahiran tinggi sekiranya tiada inisiatif baru yang diambil menjelang tahun 2020. Secara tidak langsung, pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan dan banyak bergantung kepada sumber luar. Malaysia mesti mencapai sekurang-kurangnya 45 peratus jumlah tenaga kerja mahir untuk meningkatkan produktiviti negara berbanding hanya sekadar 28 peratus sahaja pada tahun ini.
Saya bimbang kerana peningkatan jumlah siswazah tidak disokong dengan kewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan kategori ini semakin menurun daripada 27.6% pada tahun 2010 kepada 25.2% pada tahun 2014. Ini bermakna lambakan jumlah siswazah kebanyakannya mungkin memenuhi kategori tenaga kerja berkemahiran separuh mahir. Fakta menunjukkan peratusan tenaga kerja berkemahiran separuh mahir meningkat secara signifikan daripada 7.3% (2010) kepada 8.4% (2014).
Pada masa yang sama, keadaan ini bertambah buruk apabila pergantungan negara terhadap buruh asing semakin tinggi bagi mengisi tenaga kerja berkemahiran rendah. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah pekerja asing yang berdaftar telah mencecah lebih 2 juta orang dan ia meningkat secara mendadak sebanyak 150% sejak dari tahun 2000. Hal ini bermakna, kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia tempatan mungkin akan melebar kerana tidak dapat memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Keadaan ‘mismatched’ dalam pasaran buruh akan menjejaskan rentak pertumbuhan ekonomi dan tidak mustahil ramai golongan berpendidikan tinggi akan mendapat pulangan yang tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka. Malah, lebih parah lagi jika mereka berhijrah ke negara-negara luar. Keadaan ini menunjukkan pasaran buruh di Malaysia semakin tidak kompetetif dan satu penggemblengan usaha mesti dilakukan dengan lebih segera.

Monday, August 8, 2016
Ummat Islam Akan Bangkit!
Monday, August 08, 2016 | No Comments |
Pahat sejarah mengukir nama YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang yang telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta 355 berkait bidang kuasa mahkamah syariah di Parlimen pada 26 Mei 2016 bersamaan 19 Sya’ban 1437.
Ukiran sejarah ini bukanlah semata-mata merakamkan detik pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang tetapi apa yang lebih penting dan menakjubkan ialah detik ini turut menyaksikan bibit bibit kesedaran dan keberanian bersuara ummat Islam dari segenap lapisan masyarakat tanpa lagi menghirau sempadan parti politik dan bangsa.
Terutama apabila ummat Islam menyaksikan bagaimana “menggelijat”nya musuh-musuh Islam sebaik sahaja isu pindaan Akta 355 ini terpampang di semua dada akhbar dan media tanahair. Ada yang sampai tahap “menggelupur” bagai terkena “sawan tarik”. Mereka disampuk “histeria politik”. Terpekik terlolong tidak ketentuan hala dalam keadaan mereka sendiri tidak jelas betul duduk isu sebenar atau sengaja mereka mahu mempamerkan sikap anti Islam kepada umum.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, atas ketentuan dan kehendak-Nya jua, umat Islam mula celik mata dan mengenali satu-persatu siapakah yang tebal sikap permusuhan mereka terhadap Islam, siapa pula yang mengaku Muslim tapi bersekongkol dengan musuh Islam.
Manakan tidak, baru sahaja PAS mengusulkan pindaan Akta 355, ke arah memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan urusan umat Islam, pula merealisasikan titah Yang Di Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah negara ini diperkasakan, mereka tidak menunggu lama untuk terus membantah keras hasrat murni ini.
DAP, MCA, MIC dan sebahagian parti-parti lain yang menunjuk sikap anti Islam sama ada dari blok pembangkang mahupun pemerintah bersatu suara dan berpadu tenaga mahu menghalang usaha mempertingkatkan kedudukan Islam di bumi bertuah ini, sedang perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa Islam sememangnya Agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.
Nampaknya apa yang berlaku, sementara agama lain bebas diamalkan, agama Islam pula terhalang dan cuba dihalang daripada mengambil kedudukan yang selayaknya sebagai agama yang tinggi dan tiada yang tinggi mengatasinya, sama ada di sisi perlembagaan negara apatah lagi di sisi Allah. Sabda Rasulullah:

الإسلامُ يَعْلُوْ و لا يُعْلَى عَلَيْهِ
“Islam adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi mengatasinya” (Riwayat al-Daruquthni dan al-Baihaqi)
Umat Islam selayaknya bersatu dalam mempertahan dan memperjuangkan Islam agar ia tegak di atas tanahair tercinta dan tidak lagi boleh dipersenda oleh musuh durjana. Inilah yang diperintah oleh Allah:
Umat Islam selayaknya bersatu dalam mempertahan dan memperjuangkan Islam agar ia tegak di atas tanahair tercinta dan tidak lagi boleh dipersenda oleh musuh durjana. Inilah yang diperintah oleh Allah:
أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ
“Bahawa kamu berjuang menegakkan agama dan jangan sekali-kali kamu berpecah belah padanya” (surah al-Syura, ayat 13)
Detik ini adalah tika dan masa yang paling sesuai dan tepat untuk ummat Islam bangkit. Saat mereka bersatu dan berpadu menyerang Islam, tidak mungkin ummat Islam masih leka berpeluk tubuh. Mereka boleh bersatu untuk menghalang usaha Islam tanpa peduli sempadan parti, kenapa pula kita teragak-agak untuk bersatu hanya kerana pelbagai sempadan yang memisahkan kita? Sedang kita memiliki Tuhan yang satu, Kitab al-Quran yang satu, arah kiblat yang satu dan bersaksi syahadah yang sama iaitu لا إله إلا الله محمد رسول الله
Bangkitlah wahai Umat Islam! Kembali kepada Islam dan pertahankannya! Usah berpecah lagi!

Saturday, May 28, 2016
Dadah : Cegah Di Pintu Sempadan
Saturday, May 28, 2016 | No Comments |
RUU Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016 yang dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari ini adalah berkenaan dengan penambahbaikan pada bidang kuasa agensi dan pegawainya dalam mengendalikan kesalahan dadah. Secara umumnya ia sangat baik untuk maksud itu.
Namun, isu penyeludupan dan pengedaran serta penyalahgunaan dan penagihan adalah isu utama dadah di negara ini yang mesti diberikan perhatian serius oleh Kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasa serta masyarakat.
Kejayaan sindiket-sindiket penyeludupan dadah menembusi sempadan negara ini menunjukkan bahawa sempadan negara tidak dikawal secara efektif serta merupakan suatu cabaran terhadap kredibiliti undang-undang negara ini khususnya yang berkaitan dengan kedaulatan (sovereignity) dan integriti sempadan (territorial integrity).
Kedudukan geografi Malaysia yang mempunyai jajaran pantai yang amat panjang serta dikelilingai oleh Selat Melaka dan Laut China Selatan yang merupakan perairan yang sangat penting di rantau ini, ditambah pula negara ini bersempadanan dengan banyak negara iaitu Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand menyebabkan Malaysia sangat terdedah kepada ancaman untuk dibolosi oleh sindiket-sindiket haram ini.
Oleh itu, PAS menggesa agar suatu audit yang menyeluruh dan konsisten dibuat ke atas semua agensi atau jabatan serta pegawai-pegawainya yang terlibat dalam menjaga keselamatan sempadan negara ini. Semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan kawalan keselamatan sempadan juga mesti disemak dan ditambahbaik.

Pengambilan Pekerja Asing, Rakyat Mesti Diutamakan
Saturday, May 28, 2016 | No Comments |
PAS masih khuatir dengan keputusan Kabinet untuk menarik balik arahan pembekuan pengambilan pekerja asing terhadap empat sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pembuatan perabot seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai.
Sekalipun wujud keperluan untuk mengambil 1.95 juta pekerja asing untuk sektor pembinaan menjelang 2020 seperti yang dianggarkan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) dan lebih-lebih lagi dalam keadaan 300 hingga 400 pekerja asing pulang ke negara masing-masing setiap bulan dalam tempoh suku pertama tahun ini berikutan kejatuhan nilai Ringgit seperti yang dinyatakan oleh Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB), namun keupayaan Kerajaan untuk mengurus dan mengawal sejumlah 6.7 juta orang warga asing sedia ada di negara ini secara berkesan adalah sangat meragukan.
Sedangkan, telah diakui bahawa kemasukan dan keberadaan ramai warga asing di telah menjejaskan rakyat negara ini pada 3 aspek utama;
Sedangkan, telah diakui bahawa kemasukan dan keberadaan ramai warga asing di telah menjejaskan rakyat negara ini pada 3 aspek utama;
- Peluang pekerjaan
- Keselamatan, dan;
- Kesihatan
Kerajaan sepatutnya melihat kepentingan rakyat ini sebagai keutamaan dalam pengambilan pekerja asing disamping keperluan terhadap golongan ini bagi memajukan industri-industri tertentu di negara ini.
Kegagalan atau ketidakberkesanan program-program pemutihan seperti Program 6P dan Program Rehiring dalam mencapai objektifnya menjadi bukti yang jelas bahawa Kerajaan tidak berupaya untuk menyelia warga asing di negara ini. Pengambilan yang bakal dibuat nanti dikhuatiri akan lebih menjejaskan kepentingan rakyat di negara ini.
Kerajaan juga sepatutnya menetapkan nisbah antara pekerja asing dan pekerja tempatan dalam sesuatu sektor bagi mengelakkan monopoli pekerja asing di negara ini. Melalui penetapan nisbah seumpama ini akan memastikan majikan tidak hanya akan menggaji pekerja asing dan ia juga dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan gaji minimum.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

Keluarga Haraki Asas Kekuatan Gerakan Islam
Saturday, May 28, 2016 | No Comments |
Seorang muslim yang berjuang untuk
menegakkan agamanya pasti mempunyai kesedaran dan kefahaman yang jelas
bahawa perjuangan ini mempunyai maratib (peringkat-peringkat) amal
Islami yang mesti diselesaikan oleh setiap individu pejuang Islam.
Peringkat yang paling asas kepada perjuangan ini ialah pembentukan
peribadi atau syakhsiah yang solehah. Subjek utama dalam pembentukan
peribadi pejuang ini pula berpaksi pada 3 noktah :-
- Pembentukan aqidah yang benar
- Pembentukan fikrah Islam yang jelas
- Pembentukan akhlak yang soleh
Peribadi
yang lahir dari acuan aqidah Islam yang benar, fikrah Islam yang jelas
dan akhlak Islam yang soleh inilah yang akan mewarnai kehidupan yang
sejahtera di dunia dan terpelihara di akhirat.
Justeru
peribadi-peribadi yang soleh dan solehah ini akan berpasangan membina
rumahtanga dan kemudiannya akan lahirlah keluarga yang besar seterusnya
membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun. Masyarakat ini pula akan
menegakkan sebuah negara yang mempunyai sistem pentadbiran dan
pemerintahan guna menyelia dan mengendali sebuah kehidupan bermasyarakat
pada skala yang lebih besar dan luas peradabannya.
Pembentukan Rumahtangga Pejuang
Mendirikan
rumahtangga adalah impian semua orang. Namun bagi seorang pejuang
Islam, ia bukan sekadar impian apatah lagi sekadar melempiaskan sebuah
keinginan sebaliknya ia adalah untuk merealisasikan sunnah Rasulillah
sallallahu’alaihi wasallam dan berusaha untuk memberi kegembiraan kepada
baginda Rasulillah sallallahu’alaihi wasallam. Sabda Rasulullah
sallallahu’alaihi wasallam dari Anas bin Malik telah berkata :-
جَاءَ
ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا
فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ
قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا
وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا
أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ
قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ
وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ
وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
“Telah
datang 3 orang lelaki ke rumah isteri Rasulullah sallallahu’alaihi
wasallam dan mereka bertanya mengenai ibadat Nabi sallallahu’alaihi
wasallam. Tatkala diberitahu mengenai ibadat Rasulullah
sallallahu’alaihi wasallam, keadaan mereka seperti tertanya-tanya apalah
kedudukan kami berbanding Nabi sallallahu’alaihi wasallam sehingga Nabi
sallallahu’alaihi wasallam diampunkan dosanya yang terdahulu dan
kemudian. Telah berkatalah salah seorang dari mereka berazam sembahyang
malam sepanjang masa. Berkata yang lainnya, aku berpuasa dan tidak
berbuka sepanjang hari, berkata sebahagian yang lain pula, aku
meninggalkan perempuan, aku tidak berkahwin selamanya. Maka datang
Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam lantas berkata : adakah kamu yang
berkata begitu dan begini? Adapun demi Allah sesungguhnya aku orang yang
paling takut kepada Allah dari kalangan kamu dan yang paling bertaqwa
kepada Allah, akan tetapi aku berpuasa kemudian aku berbuka, aku
sembahyang kemudian aku tidur dan aku mengahwini perempuan, maka
barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka dia bukan dari
kalanganku.” (Riwayat al-Bukhari, 5063 dan Muslim, 1401)
Dari Ma’qil bin Yaasar berkata, Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam pernah bersabda :-
تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الأُمَمَ
“Kahwinilah wanita yang penyayang dan melahirkan maka sesungguhnya aku bergembira dengan ramainya ummat.” (Riwayat Abi Daud)
Rasulullah
sallallahu’alaihi wasallam turut menggariskan pedoman asas pembentukan
sebuah rumahtangga yang diredhai dan diberkati oleh Allah :-
تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ
“Dikahwini
perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kedudukannya,
kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah kerana agama lantaran
ia akan membahagiakanmu.” (Muttafaqun A’laihi)
Rumahtangga
yang dibina bertiangkan taqwa kepada Allah, berlantaikan syariat,
beratapkan ilmu, berdindingkan syiar dan bertanggakan akhlak Islam
adalah sebuah rumahtangga yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh
Nabi sallallahu’alaihi wasallam. Perabot utama kepada rumahtangga
pejuang Islam ialah kepercayaan antara satu sama lain, kasih sayang yang
sentiasa mekar dan bersemi cinta kerana Allah. Motto pembentukan
rumahtangga pejuang ialah “Sakinah” (tenang), “Mawaddah” (cinta) dan
“Rahmah” (kasih) berasaskan firman Allah :-
وَمِنْ
آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا
إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan keagungan-Nya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu tenang hati dengannya dan Ia menjadikan di antara kamu perasaan
cinta dan kasih. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi golongan yang berfikir.” (Surah al-Ruum : ayat 21)
Jangan Bina Rumahtangga di Lembah Dosa
Seorang
pejuang jangan sekali-kali terjebak dalam perkara dosa sewaktu berusaha
membina rumahtangga. Tidak kira pasangan muda-mudi yang belum berkahwin
atau orang dewasa yang merancang perkahwinan kedua. Mereka mesti
mengetahui batas-batas syariat dalam pergaulan dan hubungan yang
melibatkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Harus
disedari bahawa Islam bukan sahaja mengharamkan perbuatan berdua-duaan
tetapi juga mengharamkan perbuatan, tulisan, perkataan yang
membangkitkan nafsu liar diluar batas perkahwinan. Demikian juga Islam
tidak hanya membataskan aurat anggota badan pada kaum wanita dan lelaki
tetapi Islam juga menghadkan keperluan interaksi serta komunikasi yang
melibatkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram justeru ia mencetus
fitnah.
Feqh
pelaksanaan amal Islami dalam kehidupan seorang pejuang Islam sudah
tentu berbeza dengan orang awam apatah lagi berbanding dengan manusia
fasiq yang sering bergelumang dalam dosa dan noda. Usahkan pada hukum
yang jelas maksiat dan mungkar, hanya pada perkara biasa seperti minum
berdiri di khalayak dengan lagak seorang samseng dan bengis sudah tentu
amat tidak wajar dilakukan oleh seorang pejuang Islam yang telah dihiasi
dengan akhlak Islam.
Rumahtangga
yang terbina di tebing noda dan lembah dosa tentu sahaja tidak berkat
dan tiada rahmat dari Allah. Rumahtangga sedemikian tidak akan mencapai
ketenangan dan cinta kasih yang diharapkan. Malah ia berpotensi menjadi
igauan ngeri bagi pasangan rumahtangga tersebut. Impian Rumahku Syurgaku
hanya tinggal kenangan sebaliknya rumah mereka akan dirundung malang
yang bertimpa-timpa.
Rumahtangga Sebagai Markaz Dakwah
Pejuang
Islam tentunya akan mewaqafkan diri dan rumahtangganya untuk Islam.
Bahkan pembinaan rumahtangganya juga adalah sebahagian daripada usaha
para pejuang untuk menyempurnakan perjuangan Islam yang didukung.
Lantaran Islam tidak menggalakkan pembujangan, sebaliknya pemuda-pemudi
Islam digesa berkahwin untuk menyempurnakan urusan hidup, ibadah dan
perjuangan mereka. Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam telah bersabda
:-
يا
مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ،
فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ
يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
“Wahai
pemuda! Barangsiapa yang mampu dari kalangan kamu maka hendaklah ia
berkahwin maka sesungguhnya perkahwinan menundukkan pandangan dan
memelihara faraj. Barangsiapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah
ia berpuasa" sesungguhnya puasa itu adalah perisai.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rumahtangga
yang dibina adalah menjadi markaz pertama para pejuang untuk menyusun
langkah dan mengendali kehidupan dengan lebih teratur dan sistematik
berbekalkan ketenangan jiwa yang dianugerahkan oleh Allah melalui
institusi perkahwinan tersebut. Markaz pertama ini berfungsi untuk
menyediakan persiapan awal para pejuang sebelum turun ke medan dakwah
sekaligus melahirkan tunas-tunas pejuang yang soleh guna mewarisi
perjuangan Islam agar terus berkesinambungan disepanjang zaman.
Persiapan
awal yang dimaksudkan adalah melibatkan persediaan ruhiyah (spiritual),
fikriyah (mental) dan syakhsiyah (jatidiri) seorang pejuang itu
sendiri. Malah turut melibatkan persediaan dari aspek disiplin dan
pengurusan hidup.
Rumahku Syurgaku
Kita
biasa mendengar ungkapan “Baiti Jannati” atau “Rumahku Syurgaku” yang
pastinya menjadi idaman setiap insan. Namun ianya tidak mudah dipraktis
melainkan kita mempunyai kesungguhan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi
bermodalkan kefahaman dan ilmu Islam yang mantap.
Rumahku
Syurgaku mempunyai objektif tersendiri. Kejayaan membina Rumahku
Syurgaku adalah diukur sejauh mana kita mencapai objektifnya. Objektif
ini pula adalah manifestasi daripada tiga (3) matlamat utama pembentukan
institusi rumahtangga yang telah digariskan oleh Allah dalam surah
al-Ruum ayat 21, iaitu :-
- Sakinah / سكينة (tenang)
- Mawaddah / مودّة (cinta)
- Rahmah / رحمة (kasih)
Objektif “Rumahku Syurgaku” adalah sebagaimana butiran berikut :-
- Mendirikan rumahtangga atas dasar taqwa dan kesinambungan perjuangan serta dakwah Islamiyah. Jangan bina atas kepentingan lain seperti harta, pengaruh, rupa paras, nafsu syahwat dan kedudukan duniawi.
- Menghiasi rumahtangga dengan bi’ah (persekitaran) Islamiyah. Jangan izinkan maksiat dan mungkar bersarang dalam rumahtangga yang dibina.
- Mengisi rumahtangga dengan pengisian ruhiyah (spiritual), fikriyah (pemikiran) dan syakhsiyah (akhlak) berteraskan Islam yang syumul. Jangan jadikan rumahtangga seperti kubur yang sunyi tanpa aktiviti amal Islami.
- Rumahtangga sebagai Markaz Dakwah yang merencana orientasi dan gerakkerja melalui perbincangan dan penglibatan bersama seisi keluarga di arena dakwah sekaligus mengkaderkan anak-anak supaya menjadi pejuang. Jangan benarkan seorang pun anggota keluarga memisah diri dari suasana perjuangan.
- Mewujudkan budaya Tanasuh (nasihat menasihati) dan Tafahum (saling memahami) dalam mendepani apa jua situasi rumahtangga. Jangan terlalu emosi apatah lagi menggunakan kekerasan seperti memukul isteri dan mengherdik menggunakan bahasa yang kasar dan kesat.
- Melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak isi keluarga (suami, isteri dan anak). Jangan abaikan tanggungjawab seperti nafkah zahir dan batin jua jangan rampas hak yang wajib ditunai terhadap keluarga seperti hak mendapat perhatian, kasih sayang dan perlindungan.
- Menangani permasalahan rumahtangga yang melanda secara matang dan harmoni. Jangan buat keputusan terburu-buru dan emosi seperti cepat menjatuhkan talak atau suka meminta cerai.
- Menghindari 1001 anasir negatif seperti buruk sangka, fitnah dan sebagainya. Jangan izinkan anasir yang merosakkan kedamaian rumahtangga seperti hilang thiqah (kepercayaan) kepada pasangan tumbuh dan berbunga di laman rumahtangga kita.
- Pengurusan ekonomi yang stabil dan kreatif menambah sumber kewangan untuk keluarga dan dakwah Islam. Jangan malas berdikari untuk mencari rezeki pula malas berfikir untuk merancang kebahagiaan masa depan keluarga.
- Melibatkan diri dengan Amal Jamaei (aktiviti berjamaah) dan Amal Ijtimaei (aktiviti bermasyarakat). Jangan jadi kera sumbang tanpa penglibatan aktif dalam amal Jamaei seperti menghadiri usrah, tamrin, liqa fikri, dakwah fardiah, majlis ilmu dan sebagainya.
Keluarga Sakinah
Ketenangan
atau sakinah dalam rumahtangga banyak bergantung kepada keharmonian dan
kebahagiaan yang berjaya dicipta. Sementara keharmonian dan kebahagiaan
itu pula terhasil dari pasangan yang saling percaya mempercayai, cinta
mencintai dan faham memahami antara satu sama lain. Kekayaan dan
kemewahan tidak boleh menjamin kebahagiaan. Kebahagiaan bukan nilai
tukaran semasa dengan material. Kebahagiaan adalah anugerah Allah yang
dikurnia kepada mereka yang menepati objektif “Rumahku Syurgaku”.
Seorang
pejuang yang hebat adalah pejuang yang memiliki keluarga sakinah.
Keluarganya menjadi markaz atau pusat tarbiyah yang akan membekalkan
“energy” dan motivasi perjuangan. Ia akan lebih bertenaga dan hebat di
medan juang. Benarlah kata hukama’, “Mujahid yang hebat di medan, di belakangnya Mujahidah yang gigih berperanan...”
Para
pejuang Islam mesti menginsafi betapa perlunya keluarga sakinah dalam
kehidupan mereka. Setelah lesu anggota beraksi dan tepu otak berfikir,
maka keluarga sakinah ini akan menjadi destinasi berlabuh. Ia bagai
sebuah dermaga damai dan indah untuk mengumpul kembali tenaga dan daya
fikir. Isteri penyayang menanti di pintu rumah dengan penuh beradab dan
menyambut kepulangan seorang pejuang dengan penuh rindu. Ia menjadi
protokol rutin keluarga sakinah. Anak-anak riang lantas menerpa ke arah
ayahnya sang pejuang dengan kegembiraan yang bukan kepalang.
Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam pernah ditanya, bagaimana isteri yang solehah?
Jawab Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam :-
التي تَسُرُّهُ إذا نَظَرَ و تُطِيْعُهُ إذا أَمَرَ و لا تُخاَلِفُه فيما يَكْرَهُ في نَفْسِها و مَالِهِ
“(Isteri)
yang menyenangkan dia apabila memandang (kepada isterinya) dan yang
mentaatinya apabila dia menyuruh (isterinya) dan dia tidak menyanggahi
suaminya dengan melakukan perkara yang dibenci di dalam dirinya (isteri)
dan harta suaminya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Saban
hari suami ke medan juang, perginya diiringi doa munajat penuh redha
dan percaya, sementara pulangnya disambut dengan peluk cium penuh kasih
dari isteri yang solehah demi berkongsi pahala perjuangan. Isteri
seorang pejuang bagai “the first secretaries” tanpa jemu dan lelah
membantu mengurus keceriaan di rumah, menyelenggara pembesaran dan
pendidikan anak-anak serta mengendali amanah keluarga dengan penuh
tanggungjawab dan dedikasi.
Suami
pula tidak mempersia-siakan keadaan. Fokus memacu perjuangan Islam
dengan penuh optimis dan semangat. Menghargai kepercayaan isteri dan
pengorbanannya. Berhari-hari bahkan berminggu-minggu di tengah medan
perjuangan, biarpun sibuk dan sukar bagaimana sekalipun, tanggungjawab
dan keperihatinan terhadap anak dan isteri dirumah tidak pernah
dialpakan. Memanafaatkan teknologi komunikasi untuk bertanya khabar anak
isteri dan melepaskan kerinduan mereka di rumah, tika jauh musafir ke
tengah medan dakwah lalu menitipkan buah tangan biarpun tidak seberapa
buat anak dan isteri tika menjengah pulang.
Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam telah bersabda :-
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا , وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِكُم
“Orang
beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik
akhlaknya dari kalangan mereka dan orang yang paling baik dari kalangan
kamu ialah orang yang paling baik melayani isteri mereka.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Hibban)
Virus Perosak Keluarga Sakinah
Ketenangan
dan kedamaian keluarga pejuang boleh bergoncang dan mungkin retak lalu
berakhir dengan belah dan pecah apabila virus perosak berjaya menembusi
dinding rumahnya. Justeru itu, sangat wajar buat sang pejuang memasang
“firewall” pada keluarganya serta mampu untuk “detect” dan “remove”
virus perosak yang menyerang. Jenis-jenis virus itu antaranya ialah :-
- Hilang Kepercayaan
- Benih Maksiat dan Mungkar
- Tiada Tolak Ansur
Hilang
kepercayaan adalah virus yang paling merbahaya. Sukar dikesan dan
sangat cepat merosakkan sel-sel kebahagian rumahtangga kita. Tanpa
cegahan awal, struktur utama rumahtangga boleh lumpuh dan runtuh.
Justeru selayaknya seorang pejuang mengemudi bahtera kehidupan
berkeluarga ini dengan bijak dan matang. Pastikan keluarga pejuang
dibentengi kebahagiaan dan keharmoniannya dengan “firewall” yang
berkesan :
- Kenali pasangan secara mendalam
- Amalkan sikap berterus terang
- Selidik maklumat yang diterima
- Jangan layan fitnah liar
- Berlapang dada
- Banyak berbincang
- Suburkan kasih sayang
- Jangan khianati kepercayaan
Keluarga
seorang pejuang mesti bebas daripada sebarang benih maksiat dan
mungkar. Andai tumbuh benih-benih maksiat dan mungkar di dalam
rumahtangganya, maka hilanglah keberkatan dan redha Allah. Bukan sahaja
pasangan dan anak-anak tetapi juga mesti bermula dari diri sendiri.
Jadikan rumahtangga yang dibina laksana sebuah masjid yang di-imarah
dengan pelbagai aktiviti amal Islami yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selayaknya
rumahtangga seorang pejuang tidak dijadikan seperti kelab malam untuk
berhibur sepanjang masa dengan hiburan yang bertentangan dengan syariat,
bertukar ganti pasangan, rumah menjadi tempat singgah sekadar
melepaskan nafsu tanpa tanggungjawab.
Struktur
Keluarga Haraki tidak boleh menjadikan isteri seolah-olah “perempuan
simpanan” sebagaimana suami pula seolah-olah “sugar daddy”. Keluarga
Haraki adalah sebuah institusi yang diperkukuh dengan syariat Islam dan
diperkaya dengan syiar Islam yang mulia dan terpuji.
Virus
seterusnya ialah hilang tolak ansur. Lagikan lidah tergigit, inikan
pula suami isteri. Khilaf, berbeza pandangan, salah faham dan sebagainya
mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa. Penting bagi pasangan suami
isteri untuk bertolak ansur dalam menghadapi karenah hidup
berumahtangga.
Terima
kelemahan pasangan kita sebagaimana kita menerima kelebihan yang ada
padanya. Sentiasa fikir positif mengenainya dan mudah memaafkan
kesalahan yang dilakukan terutama pada kesalahan kecil dan tidak
disengajakan. Jangan mudah memperbesarkan perkara kecil dan jangan
mendedahkan masaalah rumahtangga kecuali pada pihak yang berkenaan untuk
tujuan penyelesaian.
Ketua
keluarga berstatus suami, pula seorang pejuang selayaknya melayani
isteri dengan sebaiknya. Tidaklah hebat seorang suami menyelesaikan
masalah dengan memukul isterinya sedang ia seorang perempuan yang lemah.
Sebaliknya suami sebegitu adalah lelaki pengecut dan tidak
bertanggungjawab. Justeru tanggungjawab suami ialah melindungi isteri
bukan menyakitinya. Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam :-
تُطْعِمُها إذا أَكَلْتَ و تَكْسُوْها إذا اكْتَسَبْتَ و لا تَضْرِبِ الْوَجْهَ و لا تُقَبِّحْ و لا تَهْجُرْ إِلّاَ في الْبَيْتِ
“Engkau
berilah makan kepadanya (isteri) apabila engkau makan dan berikan
pakaian kepadanya apabila engkau berpakaian dan jangan engkau pukul
wajahnya dan jangan engkau perlekehkannya dan jangan engkau menjauhinya
melainkan di dalam rumah (jika berlaku nusyuz).” (Riwayat Ahmad, Abi Daud dan al-Nasa’ie
Isteri
sebagai sumber sakinah (ketenangan) dengan layanan mesra dan
mendamaikan suami setelah penat dan lelah berjuang di medan. Jangan
sekali-kali meninggikan suara dihadapan suami, menghilangkan seri
rumahtangga dengan bebelan dan mencemek wajah yang meresahkan hati
suami. Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam :-
خَيْرُ
النِّسَاءِ إِذَا نَظَرْتَ إِلَيْهَا سَرَّتْكَ وَإِذَا أَمَرْتَهَا
أَطَاعَتْكَ، وَإِذَا غِبْتَ عَنْهَا حَفِظَتْكَ فِي مَالِكَ وَنَفْسِهَا
“Sebaik-baik
wanita ialah apabila engkau memandang ke arahnya, ia menyenangkanmu dan
jika engkau menyuruhnya ia mentaatimu dan jika engkau tinggalkannya ia
menjaga hartamu dan dirinya.” (Riwayat Abi Daud)
Aktif di Medan Amal Islami
Keluarga
Haraki ialah sebuah keluarga yang seluruh anggotanya berjuang dan aktif
melaksanakan aktiviti amal Islami bersama gerakan Islam. Malah
sebagaimana yang telah ditegaskan pada awalnya bahawa rumahtangga atau
keluarga haraki adalah markaz pertama untuk mengkaderkan tenaga juang
yang soleh peribadi, mantap fikrah dan kental aqidahnya.
Firman Allah :-
وَالْمُؤْمِنُونَ
وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ
بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ
سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi
penolong bagi sebahagian yang lain; mereka berjuang menegakkan yang
makruf (syariat) dan mencegah kemungkaran; dan mereka mendirikan
sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Taubah : ayat 71)
Ertinya
suami, isteri dan anak-anak mesti mempunyai penglibatan dengan gerakan
Islam berasaskan feqh perjuangan (jihad) yang telah ditetapkan oleh
Islam. Jangan hanya encik suami sahaja ke hulu dan ke hilir berdakwah
dan berjuang untuk menegakkan Islam, sementara puan isteri diperap dalam
rumah dan berteleku di hadapan skrin tv melayani agenda astro dengan
pelbagai channelnya.
Puan
Isteri jua sedemikian. Jangan lincah di medan tetapi encik suami pula
dipacak dalam rumah bagai menara pemancar yang kemudiannya di-remote
control pada jarak jauh.
Anak-anak
pejuang pula mesti dilatih penyertaan mereka bersama amal Islami.
Bebaskan mereka dari pengaruh gajet dan aneka game yang memenjara mereka
tanpa interaksi dengan dunia luar. Sebaliknya bina fikrah dan dedahkan
mereka agar terlibat di lapangan dakwah dan perjuangan Islam yang mulia
ini.
Paling
penting dalam mengurus keluarga haraki agar aktif berjuang ialah
pengurusan masa dan jadual penglibatan. Memahami bahawa urusan dalaman
rumahtangga perlu diselia dengan baik dan sempurna maka schedule
penglibatan di pentas perjuangan mestilah disusun dengan teratur dan
seimbang. Jangan pula keaktifan kita di medan juang membuatkan
tanggungjawab dan perhatian pada rumahtangga terabai atau tidak
sempurna. Begitu jua sebaliknya, jangan sampai kita tidak memperuntukan
masa bagi bersama dengan jamaah dan berbakti kepada ummah serta memimpin
dan mendidik mereka bersama Islam dan syariatnya.
Tidak
dinafikan betapa ia adalah suatu yang sukar namun inilah cabaran yang
terpaksa ditangani oleh pejuang. Rumahtangga pejuang mesti menjadi
qudwah dan uswah (teladan) kepada pihak lain. Malah sayugia diamati oleh
pejuang agar rumahtangganya tidak menjadi fitnah kepada diri, jamaah
dan agama.
Tatkala
kita mewaqafkan diri dan keluarga untuk perjuangan Islam. Maka diri dan
keluarga bukan lagi milik kita, sebaliknya ia adalah milik Islam.
Anggota keluarga haraki mesti siap sedia pada bila-bila masa untuk
memenuhi tuntutan dan melengkapkan keperluan gerakan Islam tanpa syarat.
Tugas
ini berat namun menjadi ringan apabila semua pihak saling memahami.
Encik suami mesti faham bahawa, adakalanya ia terpaksa membantu tugasan
di rumah, mengurus anak dan menghantar puan isteri ke medan juang
sebagaimana puan isteri sentiasa sabar menahan rindu, menanggung beban
kerja rumah dan memahami kerapnya ketiadaan encik suami di sisi kerana
tanggungjawab perjuangan di medan.
Memahami Feqh Perjuangan Satu Kewajipan
Setiap
individu muslim wajib berjuang bagi mempertahankan Islam dan
mendaulatkannya di atas tanahair tercinta ini. Firman Allah :-
انفِرُوا
خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي
سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Berangkatlah
kamu (untuk berjuang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan
(mudah) ataupun dalam keadaan berat (sukar); dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam).
Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (surah al-Taubah : ayat 41)
Keluarga
haraki sayugianya mempraktiskan perintah Allah dengan penuh
tanggungjawab dan kesedaran. Tiada lagi alasan dan helah melepaskan diri
dari kewajipan perjuangan. Semua komponen keluarga haraki yang terdiri
daripada suami, isteri dan anak mesti memberi intima’ (penglibatan)
kepada gerakan Islam. Namun pada masa yang sama, perjuangan ini mestilah
diurus dengan ilmu dan feqhnya yang betul.
Noktah
pertama, kita mesti bertolak dengan ilmu yang mantap supaya kita tidak
melakukan sesuatu dengan cara yang tidak betul termasuklah perjuangan.
Perjuangan juga mempunyai feqhnya yang tersendiri. Lantaran itu kaedah
yang kita guna pakai dalam perjuangan Islam ini antaranya ialah :-
الغَايَةُ لا تُبَرِّرُ الْوَسيلَة
“Matlamat tidak menghalalkan cara.”
Sebagai
contoh, seorang pejuang yang meninggalkan keluarganya untuk turun ke
medan juang mestilah terlebih dahulu meninggalkan nafqah atau
perbelanjaan yang mencukupi bagi sepanjang tempoh ia berada di medan.
Jangan sampai anak isteri terpaksa menadah tangan mengemis ke sana
kemari untuk mencari sesuap nasi, sedang suaminya berjihad di medan.
Termasuklah soal keselamatan. Pejuang mesti memastikan terlebih dahulu
keadaan isteri dan anak dalam keadaan selamat sebelum ditinggal pergi.
Meskipun perginya seorang pejuang ke medan adalah urusan jihad, namun ia
tidak boleh mengabaikan keselamatan isteri dan anaknya.
Setelah langkah ikhtiar diambil sebaik mungkin, maka barulah bertawakkal kepada Allah. Firman Allah :-
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
“Apabila engkau telah berazam (dengan segala ikhtiar yang dilakukan) maka bertawakkal lah kepada Allah...” (surah Aali-Imran : ayat 159)
Seperkara
lagi, suami juga tidak boleh terlalu lama meninggalkan isteri kesepian
di rumah meskipun atas urusan jihad. Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam
dari Umar al-Khattab bahawa ketika beliau meronda negerinya di waktu
malam, beliau terdengar rintihan seorang perempuan :-
تَطَاوَلَ هَذَا اللَّيْلُ وَاسْوَدَّ جَانِبُهْ
وَطَالَ عَلَى أَلاَّ خَلِيلَ أُلاَعِبُهْ
فَوَاللهِ لَوْلاَ خَشْيَةُ اللهِ وَحْدَهُ
لَحُرِّكَ مِنْ هَذَا السَّرِيرِ جَوَانِبُهْ
وَطَالَ عَلَى أَلاَّ خَلِيلَ أُلاَعِبُهْ
فَوَاللهِ لَوْلاَ خَشْيَةُ اللهِ وَحْدَهُ
لَحُرِّكَ مِنْ هَذَا السَّرِيرِ جَوَانِبُهْ
“Malam
ini benar benar terasa panjang dan sebahagiannya telah berlalu begitu
saja. Kesepian tiada kekasih untuk bercanda ria. Demi Allah, jika tidak
kerana takut kepada Allah yang Maha Esa. Nescaya tepian ranjang ini akan
bergegar...”
Lalu
Saidina Umar menghampiri wanita seraya bertanya kemanakah suamimu?
Lantas ia menjawab, “...ia telah lama pergi berperang di jalan Allah.”
Saidina
Umar pulang ke rumah dan bertanya kepada puterinya Saydatina Hafsah,
“berapa lamakah seorang perempuan boleh menahan dirinya dari melakukan
hubungan asmara (setubuh) dengan suaminya?”
Hafsah menjawab, “4 bulan, lebih daripada itu kesabarannya akan berakhir atau hanya tinggal sedikit...”
Sejak
itu, Saidina Umar sebagai ketua negara menetapkan peraturan bahawa
seorang pejuang hanya boleh berpergian ke medan jihad tidak melebih 4
bulan. Kemudiannya pejuang itu wajib pulang mendapatkan isterinya yang
kesepian dan memerlukan sentuhan suaminya yang dicintai.
Justeru
keluarga haraki mesti bijak mengurus dan merencana antara urusan
perjuangan, dakwah dan aktiviti amal Islami di medan dengan rumahtangga
dan ahli keluarga. Jangan sampai kita sibuk berdakwah ke hulu dan ke
hilir mengajak masyarakat kembali kepada Islam, rumahtangga sendiri
hilang seri, huru hara dan terabai. Pendidikan anak-anak terabai lalu
pelajarannya merosot dan gagal. Rumah bagaikan tongkang pecah, seluar
dan baju dalam tersidai di kerusi ruang tamu, pinggan gelas berselerak
tidak ubah seperti stor barang terpakai. Kononnya sibuk berjuang dan
mengurus urusan ummah, malangnya urusan rumah sendiri failed. Situasi
ini menjadi fitnah kepada jamaah dan perjuangan Islam.
Islam
mementingkan disiplin. Begitulah selayaknya pejuang Islam. Mempunyai
disiplin yang tinggi. Utamakan kebersihan, kekemasan, keceriaan,
ketenangan dan kebahagiaan rumahtangga, nescaya kelak ia akan
membekalkan energy dalaman buat seorang pejuang untuk beraksi di medan.
Ceria di rumah maka bersemangatlah ia di medan juang. Kusut di rumah
jawabnya sugul lah ia di medan juang. Akhirnya, sentuhan perjuangan
menjadi hambar, strategi perjuangannya tumpul malah tindakannya serba
tidak menjadi.
Bagi
mujahidah (pejuang wanita) pula terdapat feqh perjuangan tersendiri
yang mesti dipatuhi. Antaranya, seorang isteri sebelum siap turun ke
medan juang sedang ia terpaksa keluar dari rumahnya, maka pada asasnya
terlebih dahulu ia perlu mendapatkan izin dari suaminya (kecuali dalam
keadaan yang sangat mendesak di mana tenaga muslimah sangat diperlukan
pada waktu itu untuk kesinambungan perjuangan Islam atau suasana yang
kritikal dan huru hara seperti negara sedang diserang oleh musuh).
Selayaknya
pula, encik suami mengizinkan isterinya melibatkan diri dengan
perjuangan Islam dan aktiviti amal Islami justeru telah dipertegaskan
berulangkali bahawa perjuangan adalah satu kewajipan yang mesti ditunai
oleh semua. Sabda Nabi sallallahu’alaihi wasallam :-
إذَا اسْتَأْذَنَكُم نِسَاؤُكُمْ بِاللّيْلِ إلَى الْمَسْجِدِ فَأْذَنُوْا لَهُنَّ
“Apabila isteri kamu meminta izin kepada kamu pada malam hari untuk pergi ke masjid, maka izinkanlah mereka.” (Riwayat al-Bukhari)
Al-Hafiz
Ibnu Hajar rahimahullah telah menaqalkan ucapan Imam Nawawi
rahimahullah, “berdasarkan hadis ini, diambil dalil bahawa isteri tidak
boleh keluar dari rumah suaminya kecuali dengan izin suami, kerana
perintah untuk memberi izin tersebut ditujukan kepada para suami.”
(Rujuk Fathul Bari, 3/266)
Inilah
asas kenapa kita menegaskan bahawa pembentukan rumahtangga haraki
mementingkan pasangan yang saling memahami dan memiliki fikrah Islam
yang syumul. Ia adalah supaya kerja Amal Islami ini tidak tergendala.
Mahram Sebagai Pengiring
Seorang
muslimah pasti mengetahui betapa tingginya nilai maruah dan kehormatan
mereka sebagai seorang pejuang. Tidak mungkin Islam membiarkan para
mujahidahnya turun ke medan yang ganas dan berisiko tinggi tanpa
memelihara maruah dan kemuliaan dirinya. Islam mensyariatkan mahram bagi
menemani dan mengiringi mujahidah beraksi.
Sejurus
mendapat izin dari encik suami yang memahami betapa perjuangan ini
memerlukan penyertaan dan pengorbanan isterinya, maka mujahidah ini
mesti merancang siapakah mahram yang perlu dibawa untuk mengiringinya ke
medan. Terlebih afdhal ia diiringi oleh encik suami, namun jika encik
suami berhalangan, maka penyertaan mahram yang lain diperlukan. Nabi
sallallahu’alaihi wasallam berkhutbah :-
لا
يَخْلُونَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إلاَّ وَمَعَهَا ذُوْ مَحْرَمٍ، ولا
تُسَافِر ُالْمَرْأَةُ إلاَّ مَعَ ذِيْ مَحْرَمٍ. فقام رجلٌ فقال : يا
رسولَ اللهِ إنَّ امْرَأَتِي خَرَجَتْ حَاجَّة، وأنِّي اكْتُتِبْتُ في
غَزْوَةِ كذا وكذا. قال : اِنْطَلِقْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِك
“Janganlah
berdua-duaan lelaki dan perempuan kecuali bersamanya mahram, jangan
bermusafir seorang wanita kecuali ditemani mahramnya. Lalu bangun
seorang lelaki lantas bertanya, Ya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam
sesungguhnya isteriku telah keluar untuk mengerjakan ibadah haji sedang
aku telah disenaraikan di medan perang begitu dan begini. Rasulullah
sallallahu’alaihi wasallam bersabda : berangkatlah kamu dan tunaikan
ibadah haji bersama isterimu.” (Muttafaqun Alaihi)
Andai
tiada mahram dari kalangan lelaki, maka sekurang-kurangnya 2 orang
muslimah diperlukan bagi menggantikan tempat mahram lelaki. Bagi
muslimah yang terlibat aktif dengan gerakan Islam, tidak selayaknya
menganggap ini sebagai kesukaran. Sebagaimana kita boleh mengatur
jentera muslimah turun ke berdakwah dan menjalankan gerak kerja amal
jamaei, kenapa sukar bagi mujahidah mencari team atau pasukan yang sedia
membantunya turun ke medan.
Amal
Nisa’, Skuad Khas Muslimah atau Briged Amal Muslimah atau apa jua nama
boleh dibentuk dalam sayap perjuangan muslimah bagi mengatasi masalah
mahram kepada pejuang-pejuang muslimah yang turun ke medan. Sangat tidak
manis, malah terdedah kepada fitnah dan bahaya yang tidak dijangka bagi
muslimah yang ke hulu dan ke hilir berjuang berseorangan tanpa mahram
menempuh perjalanan yang jauh dan kadangkala terpaksa meredah gelap
malam. Tambahan mutaakhir ini, situasi negara kita sangat terdedah
kepada jenayah dan mungkar. Perjalanannya bukan sahaja tidak selamat,
bahkan dalam situasi begini, ianya tidak direstui syariat.
Berbeza
situasi yang hanya melibatkan perjalanan yang dekat, pula diyakini
selamat seperti menghadiri markaz dalam kampung yang jaraknya hanya
berselang 4 atau 5 buah rumah, maka tidaklah syariat Islam mengetatkan
hukum mahram ke atas mujahidah yang mahu menjalankan tanggungjawab
perjuangannya. Namun, izin suami tetap diperlukan kerana bimbang ketika
itu, isteri diperlukan oleh suami sementelah suami baru pulang dari
musafir yang jauh. Usahkan keluar dari rumah, berpuasa sahaja perlu
mendapatkan izin dari suaminya. Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi
wasallam :-
لا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلا بِإِذْنِهِ
“Tidak halal bagi wanita berpuasa (puasa sunat) sedang suami ada bersamanya melainkan dengan izin suami.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keluarga Haraki Asas Kekuatan Gerakan Islam
Kekuatan
sebuah gerakan Islam banyak bergantung kepada kualiti anggotanya. Sama
ada pemimpin atau ahli biasa, mereka adalah anggota yang
bertanggungjawab untuk memastikan gerakan Islam ini mempunyai energy
yang tinggi mendepani ganasnya cabaran yang dihadapkan oleh musuh Islam
dan bonekanya.
Anggota
gerakan Islam juga bertanggungjawab penuh bagi mengukuhkan benteng
dalamannya dari pelbagai rupa virus yang boleh melumpuhkan organ dalaman
perjuangan ini. Selain daripada aneka aktiviti dalaman gerakan Islam
untuk mentarbiyah dan membentuk anggotanya, keluarga haraki bagaikan
kilang yang melahirkan tunas-tunas baru perjuangan. Berfungsi sebagai
mata rantai perjuangan dan meneruskan kesinambungannya
“Rumahtangga Haraki” sangat berbeza “pattern”nya
dengan rumahtangga biasa. Lagi bertambah jauh dengan rumahtangga yang
huru-hara dan tunggang terbalik atau kacau bilau dengan pertelagahan,
curiga mencurigai antara satu sama lain, pukul sana, maki sini, menjerit
jerit saban ketika dan sebagainya.
Rumahtangga
haraki adalah sebuah rumah bertanggakan perjuangan Islam. Orientasinya
adalah perjuangan Islam. Persekitarannya juga adalah perjuangan Islam.
Justeru itu, matlamat pembentukan keluarga haraki, objektif dan hala
tujunya juga adalah berpaksikan perjuangan Islam.
Perjuangan
Islam memerlukan pejuang yang faham, ikhlas, berilmu, sanggup berkorban
untuk Islam, kental mendepani cabaran, fizikal yang mampu
merealisasikan aktiviti amal Islami, aktif dan mempunyai wibawa
kepimpinan yang hebat. Ertinya, keluarga haraki mesti memenuhi kriteria
tersebut.
Saturday, April 30, 2016
Bagaimana PAS Berjuang?
Saturday, April 30, 2016 | No Comments |
Menjawab persoalan ini, terlebih dahulu kita kena kenali PAS melalui objektif, hala tuju, dasar dan matlamat penubuhan serta perjuangannya.
Objektif penubuhan PAS termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal ke 5 di bawah tajuk “Tujuan PAS” ialah :-
Objektif penubuhan PAS termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal ke 5 di bawah tajuk “Tujuan PAS” ialah :-
- “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”
- “Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara”
Hala tuju PAS atau arah mana PAS bergerak bagi mencapai matlamat perjuangan ini boleh difahami dan dihayati melalui usaha-usaha amal Islami yang dilakukan oleh PAS sebagaimana yang tertera dalam Fasal ke 6 Perlembagaan PAS di bawah tajuk “Usaha-Usaha PAS” :-
- Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
- Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
- Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
- Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
- Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
- Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
- Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
- Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
- Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
- Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
- Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
PAS tegak di atas dasar perjuangan yang jelas dan bersifat qate’i. Ia tidak akan diubah atau dipinda lagi. Ubah dasar ertinya tiadalah lagi erti perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini. Justeru itu dasar ini bukan sahaja diperjuangkan malah wajib dipertahankan.
Rujuk Perlembagaan PAS Fasal ke 3 :-
“Dasar PAS ialah Islam”
Matlamat PAS pula terbahagi kepada dua. Pertama ialah matlamat semasa atau matlamat jangka pendek. Matlamat semasa ini juga boleh disebut sebagai objektif iaitu suatu yang menjadi jawapan kepada “kenapa” dan “mengapa” PAS berjuang? Menjawab persoalan “kenapa” dan “mengapa” tersebut, ia telah dimuktamadkan oleh Perlembagaan PAS melalui Fasal ke 5 di bawah tajuk tujuan-tujuan PAS. Sementara bahagian kedua ialah matlamat akhir atau matlamat jangka panjang. Ia adalah matlamat yang bersifat abadi dan kekal. Matlamat jangka panjang ini adalah manifestasi dari apa yang disebut sebagai seruan PAS sepertimana yang ditintakan dalam Fasal ke 4 Perlembagaan PAS iaitu “Seruan PAS ialah Allahu Akbar”.
Kesimpulan mudah, matlamat akhir kita hidup di bumi fana’ ini ialah mencari atau mendapatkan Mardhatillah (Keredhaan Allah). Justeru itu salah satu dari lima slogan pejuang Islam sepanjang zaman telah memuktamadkan matlamat akhir sebagai “Allahu Ghaayatuna” bermaksud “Keredhaan Allah Matlamat Kami”. Slogan ini bukan sahaja menjadi lafaz yang diungkap pada bibir tetapi wajib mendarah-daging di dalam jiwa setiap para pejuang Islam. Lima slogan tersebut ialah;

“Allahu Akbar” ertinya Allah Yang Maha Besar, Yang Maha Agung dan Yang Maha Berkuasa mengatasi segalanya. Justeru itu, hidup mati kita sebagai manusia amnya dan sebagai muslim khasnya mestilah kembali kepada Allah. Kembali dengan redha Allah bukan kembali dengan murka Allah. Membesarkan hak-hak Allah dalam erti kata memperjuangkan risalah-Nya.
Kesimpulan mudah, matlamat akhir kita hidup di bumi fana’ ini ialah mencari atau mendapatkan Mardhatillah (Keredhaan Allah). Justeru itu salah satu dari lima slogan pejuang Islam sepanjang zaman telah memuktamadkan matlamat akhir sebagai “Allahu Ghaayatuna” bermaksud “Keredhaan Allah Matlamat Kami”. Slogan ini bukan sahaja menjadi lafaz yang diungkap pada bibir tetapi wajib mendarah-daging di dalam jiwa setiap para pejuang Islam. Lima slogan tersebut ialah;
الله غايتنا
“(Keredhaan) Allah Matlamat Kami”
القرآن دستورنا
“Al-Quran Perlembagaan Kami”
الرسول قدوتنا
“Rasul Ikutan Kami”
الجهاد سبيلنا
“Jihad Jalan Kami”
الموت في سبيل الله أسمى أماننا
“Mati Di Jalan Allah Cita-Cita Tinggi Kami”
PAS Adalah Gerakan Islam
PAS tentu sahaja berbeza dengan parti-parti politik yang lain. Justeru PAS adalah sebuah badan, jamaah atau gerakan yang ditubuhkan untuk melestarikan perjuangan Islam di bumi bertuah ini. Para alim ulama’ PAS terdahulu lantas berijtihad dengan mengambil pendekatan atau langkah berjuang secara aman dan damai. Iaitu “Muwaajahah Silmiyah” (berdepan dengan pihak lawan secara aman), bukan secara perang, revolusi atau subversif.
Bermula dari situ, PAS akhirnya didaftarkan sebagai sebuah parti politik bagi membolehkan ia berjuang jauh ke hadapan mengambil lunas demokrasi lalu menyertai pilihanraya untuk bersaing secara aman dan sihat ke arah mendapatkan kuasa dan mandat rakyat.
Memahami asal usul PAS, jelas kepada kita bahawa PAS tidak terhenti orientasinya sebagai sebuah parti politik semata-mata sebagaimana parti politik yang lain. Sebaliknya PAS melunaskan kesyumulan perjuangan Islam secara seimbang dan sepadu dengan tiga aplikasi yang telah menjadi identiti PAS.
Anggota PAS sama ada pemimpin mahupun ahli biasa bertanggungjawab menggerakkan wadah perjuangan Islam ini menerusi tiga aplikasi tersebut secara seimbang dan sepadu melalui portfolio yang telah ditetapkan dalam organisasi PAS. Dasar, matlamat, objektif, halatuju dan aktiviti PAS diterjemahkan secara bijak dengan tiga aplikasi perjuangannya :-

- Tarbiyah
- Dakwah
- Siasah
Intima’ atau penyertaan ahli PAS akan diisi dengan pentarbiyahan berasaskan silibus yang telah ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. Tarbiyah secara langsung direalisasikan melalui aktiviti seperti usrah, tamrin, liqa’ fikri, mukhayyam, kuliah, ceramah, ziarah dan taklimat khas. Tarbiyah PAS juga boleh dikecapi secara tidak langsung melalui ujian atau tribulasi yang dihadapkan kepada PAS tanpa henti di sepanjang tempoh perjuangannya. Bunuh, buang daerah, penjara, jauh perjalanan dan cabaran getir semasa berjuang menjadi sunnah atau tabiat perjuangan yang terpaksa didepani dengan tabah dan sabar oleh semua anggota PAS.
Tabiat atau sunnah perjuangan ini telah ditatah oleh Allah di dalam wahyunya. Tiga daripadanya (penjara, bunuh dan buang daerah) termaktub di dalam firman Allah;
Tabiat atau sunnah perjuangan ini telah ditatah oleh Allah di dalam wahyunya. Tiga daripadanya (penjara, bunuh dan buang daerah) termaktub di dalam firman Allah;
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir merancang untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang.”
Sementara dua daripada tabiat perjuangan tersebut (jauh dan sukar) terdapat di dalam firman Allah;
Sementara dua daripada tabiat perjuangan tersebut (jauh dan sukar) terdapat di dalam firman Allah;
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
“Jika perjuangan ini suatu destinasi yang dekat dan satu perjalanan yang hampir, nescaya mereka akan mengikutmu (wahai Muhammad saw) tetapi ianya jauh dan terlalu sukar dirasakan oleh mereka.”
Sebagai sebuah Gerakan Islam, dakwah juga menjadi prioriti kepada PAS. Memahamkan rakyat mengenai Islam dan memposisikan Islam pada tempat yang selayaknya adalah urusan PAS yang utama. Mementaskan dakwah di arena politik bukan suatu yang mudah bahkan sentiasa berdepan dengan fitnah. Namun ia adalah satu kewajipan dan perjuangan yang mesti direalisasikan dengan penuh hikmah, tegas dan tabah mendepani cabaran semasa.

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat (pengajaran) yang baik, dan berbahaslah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah (petunjuk).”
Justeru itu, PAS tidak memisahkan orientasi politiknya daripada kerja-kerja dakwah. Malah dakwah adalah sarana dan mekanisme utama PAS dalam menggerakkan agenda penyelesaian dan perubahan yang total menepati perintah Allah dan Rasul-Nya. Prinsip dakwah adalah menggamit madu’u (sasaran dakwah) dan bimbing mereka ke jalan yang benar agar selamat dari murka Allah. Ia mengatasi sempadan warna kulit, bahasa lidah dan fahaman politik. Realiti ini membuatkan cabaran sentiasa sukar dan realiti sentiasa rumit buat PAS.
Sebagaimana dakwah kepada non-Muslim untuk memahamkan mereka mengenai Islam yang sebenar adalah suatu yang sukar justeru ia di luar sempadan Muslim, maka begitulah dakwah rentas sempadan parti politik bagi memahamkan mereka bagaimana Islam mengemukakan “solution” yang betul dalam pergolakan politik tanahair, adalah sukar dan penuh cabaran. Inilah perjuangan. Malah perlembagaan PAS turut menggariskan tugasan murni ini sebagai usaha yang mesti dilakukan oleh PAS, rujuk: (Fasal ke 6 Perlembagaan PAS).
PAS mesti menemui semua orang dan berusaha menyampaikan risalah perjuangannya kepada seberapa ramai manusia yang boleh dan seberapa banyak ruang yang mampu dengan pelbagai variasi penampilan dan kaedah pendekatan. Bersikap matang, berjiwa besar dan berlapang dada antara spirit yang mesti dimiliki oleh seluruh kepimpinan dan ahli PAS bagi menjayakan aplikasi dakwah di pentas politik yang mempunyai 1001 sudut ancaman dari musuh politiknya.
Manakala politik atau siasah adalah sebahagian daripada Islam sementara Islam adalah dasar perjuangan PAS. Justeru itu PAS mengambil pendekatan untuk menyertai pilihanraya bagi memanfaatkan ruang demokrasi yang ada bagi membolehkan Islam dapat didaulatkan di bumi bertuah ini. Namun, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sistem demokrasi dan pilihanraya yang berlangsung di Malaysia ini juga bukanlah diamalkan secara patuh syariat 100%. Walaupun begitu, ini satu-satunya ruang untuk perolehan kuasa politik secara aman.
Melalui ijtihad politik para alim ulama’ terdahulu, untuk memimpin kebangkitan dan gerakan perubahan rakyat secara “muwajahah silmiyah” iaitu berdepan secara aman, maka PAS mengambil keputusan menyertai pilihanraya untuk manfaatkan ruang yang masih ada guna mengembangkan risalah perjuangan Islam. Tanggungjawab PAS sangat mencabar. Bukan sahaja untuk memenangkan perjuangan Islam tetapi terpaksa jua mengislahkan sistem politik negara agar bebas dari politik kotor dan jahiliyah.
Budaya Politik Matang dan Sejahtera
Bertolak dari noktah ini, PAS membudayakan seni politik matang dan sejahtera ke arah membina mindset baru di pentas politik Malaysia. Satu budaya politik yang bersendikan syariat dan akhlak Islami. Sekaligus memulihkan iklim politik tanahair dari jerebu politik wang, politik fitnah, politik emosi, politik dendam, politik maki hamun, politik benci, politik perkauman, politik kesat dan kasar kepada mengamalkan politik kasih sayang, politik fakta, politik realiti, politik bestari, politik harmoni, politik taqwa, politik akhlak, politik dakwah, politik kebenaran, politik matang dan sejahtera.
Cabaran ini tidak mudah untuk direntas oleh PAS. Selain daripada masyarakat awam dan pihak lawan politik, PAS juga mesti berdepan dengan usaha mematangkan ahli dan penyokong sendiri agar menghayati malah mempraktiskan budaya politik matang dan sejahtera bersendikan syariat dan akhlak Islami ini. Matlamat jangka panjang perjuangan PAS (ghayah) ialah menggapai Mardhatillah “keredhaan Allah”. Ertinya politik PAS mestilah menjurus kepada redha Allah. Kita tidak mahu sekali-kali terjebak dalam politik mungkar yang memulangkan kemurkaan Allah kepada kita. Lantaran itu kita wajib menjauhkan diri dari politik maki-hamun, fitnah dan sebagainya kerana ia adalah mungkar.
Berdiri di atas tunjang ini juga, politik PAS ditegakkan atas prinsip Islam yang kukuh. Kita sekali-kali tidak akan meninggalkan Islam semata-mata mencongak kemenangan sementara di dunia. Maksudnya PAS tidak hanya memburu kemenangan di Putrajaya tetapi juga PAS mahu menang di Akhiratjaya. Matlamat jangka pendek perjuangan PAS (hadaf) ialah memenangi setiap pilihanraya yang disertai agar dapat membentuk kerajaan ataupun paling tidak, PAS boleh membawa suara Islam ke Dewan Rakyat, Dewan Negeri juga Dewan Negara.
PAS juga mempunyai dasar tersendiri mengenai hubungan dengan pihak non-muslim dan juga pergerakkan atau pertubuhan yang tidak berteraskan Islam dalam apa jua pendekatan (Tahaaluf, Ta’awun dan Tafahum Siasi) .
Tahaaluf Siasi (kerjasama politik yang diikat dengan terma syarat dan janji sepakat yang tertentu), Ta’awun Siasi (kerjasama politik berasaskan kesepakatan tertentu dalam hala tuju yang sama) atau Tafahum Siasi (persefahaman politik yang dijalin secara mesra saingan tanpa sebarang terma syarat) antara ijtihad politik PAS yang boleh diaplikasi mengikut kesesuaian semasa.
Penglibatan PAS di pentas politik tidak menjarakkan PAS daripada “enggagement” dengan pelbagai pihak. Tidak sahaja parti-parti politik, PAS juga mengambil sikap mesra ngo dan tokoh-tokoh seperti ahli akademik, pejuang bahasa, aktivis sosial dan lainnya.
Pendekatan terbaru PAS dalam mengemudi politik tanahair ialah membentuk Blok Ketiga dan ianya menjadikan lanskap politik Malaysia kian menarik setelah meletakkan rakyat lebih selesa untuk memilih. Mereka tidak lagi terhad untuk memilih salah satu antara dua. Bahkan PAS kini menjadi bahan perhatian yang “terlajak laris” untuk diperkata dan diberi perhatian oleh semua pihak kawan dan lawan. Situasi ini meletakkan PAS lebih strategik dalam menentu iklim politik negara selepas hujan politik yang lebat kembali reda.

Perjuangan PAS Memartabat Politik Matang dan Sejahtera
Saturday, April 30, 2016 | No Comments |
Transformasi imej yang sedang diolah oleh PAS bagi mendepani cabaran perjuangan dan persekitaran politik semasa hari ini telah mula menarik perhatian umum. Banyak maklum-balas telah kami terima untuk menambah baik dan mengemaskini agenda pemerkasaan parti dan transformasi imej. PAS menyambut mesra pelbagai pandangan dan saranan, sementara itu PAS terus memacu perjuangan dengan membudayakan politik matang dan sejahtera dalam semua gerakkerja dan pendekatannya.
“Politik Matang dan Sejahtera” ialah sebuah budaya berpolitik yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan, berlandaskan al-Quran dan Sunnah, sesuai dengan realiti masyarakat, bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredhaan Allah.
Terdapat pandangan sinis dilemparkan kepada PAS kononnya hari ini baru nak matang? Apakah orang terdahulu tidak matang? Apakah usaha pimpinan terdahulu tidak betul?
Transformasi imej ini adalah tindakan dan pendekatan semasa PAS mendepani cabaran. Ia bukan satu tindakan untuk menafikan apa yang dilakukan oleh mereka terdahulu. Sebaliknya pendekatan dan tindakan pimpinan atau generasi terdahulu adalah terbaik dan sesuai pada zaman mereka. Semoga Allah melimpahkan ganjaran sewajarnya atas usaha mereka memperjuang dan mempertahankan Islam bersama PAS, jua diampunkan segala kesalahan mereka terdahulu.
Islam mengajar kita menghiasi diri dengan akhlak terhadap generasi terdahulu.

Firman Allah;
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata; Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.” (surah al-Hasyr: ayat 10)
PAS adalah sebuah gerakan Islam yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan mengambil ruang demokrasi untuk menyampaikan dakwah Islam serta mendaulatkan syariat di bumi Malaysia ini. PAS tidak memilih gerakan revolusi atau gerakan subversif sebaliknya PAS mengambil pendekatan secara aman dan damai untuk menjana kemenangan dalam pilihanraya bagi memiliki kuasa politik ke arah merealisasikan perubahan pada dasar dan sistem negara.
Strategi umum “Muwajahah Silmiyah” dalam pendekatan PAS untuk memenangi pilihanraya berpaksikan kepada dua nokhtah;
- Memenangi hati rakyat bahawa PAS parti yang terbaik
- Meyakinkan rakyat bahawa PAS mampu memerintah
Justeru, kematangan dan kesejahteraan politik yang dipersembahkan oleh PAS untuk menjayakan strategi umum “Muwajahah Silmiyah” tersebut adalah dengan mempraktiskan wahyu Allah;
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
“Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lunak terhadap mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (surah Aali-Imran: ayat 159)
Hayatilah sifat dan sikap yang digariskan oleh Allah dalam ayat di atas. Kita biasa dengar orang berkata politik itu kotor. Malah mereka tidak percaya kepada ahli politik. Walhal, yang kotor itu ialah sebahagian ahli politik kerana mereka gagal berpolitik berasaskan akhlak Islami, ataupun mereka mewarisi subjek politik peninggalan penjajah yang nyata sebenarnya terpisah dari nilai dan didikan wahyu Allah.
Tentu sahaja politik warisan penjajah adalah berteraskan politik penaklukan, permusuhan, peperangan, perebutan kuasa, bolot kekayaan yang kemudiannya menelurkan budaya politik perkauman, politik fitnah, politik emosi tanpa kawal, politik kebencian, politik retorik, politik persepsi, politik menghalalkan cara, politik syak wasangka, politik kemasyhuran, politik keras kepala, politik angkuh dan 1001 jenis politik negatif yang mempalit stigma “politik itu kotor”.
Kini PAS sedang mengorak langkah untuk menerajui anjakan budaya politik negara, daripada politik konvensional tinggalan penjajah kepada meletakkan prinsip politik Islam berteraskan panduan al-Quran dan Hadis Nabi. Langkah ini adalah membersihkan politik negara dari budaya negatif dan digantikan dengan budaya politik yang matang dan menepati syara’.

Negara kita perlu anjakan budaya politik ini demi pembinaan tamadun atau peradaban yang hebat pada masa depan. PAS mengambil tanggungjawab ini dengan penuh sedar bahawa negara tercinta ini memerlukan perubahan yang total dan optimis bahawa ia boleh dilakukan dengan baik dan berkesan di bawah sinar petunjuk wahyu Allah dan sunnah Nabi-Nya sallallahu’alaihi wasallam.
Realiti Budaya Masyarakat Malaysia
Menganalisa kedudukan sosio-budaya masyarakat Malaysia, kita dapati secara umumnya ia terbentuk dengan sifat lemah-lembut dan sopan-santun, sesuai dengan sejarah kemasukan Islam dan kemerdekaan negara. Justeru itu, rata-rata rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya ini mulai bosan serta jemu dengan karenah dan budaya politik yang agresif, kasar, kesat, fitnah, adu-domba dan akhirnya membawa kepada perpecahan serta benci membenci antara satu sama lain.
Ternyata negara sangat memerlukan anjakan budaya politik kepada yang lebih matang, sejahtera, bertanggungjawab dan harmonis. PAS sebagai sebuah parti politik Islam sangat memahami realiti ini lantas segera memposisikan diri untuk menerajui budaya politik matang dan sejahtera. Pendekatan ini adalah lebih sesuai bagi PAS sebagai sebuah gerakan tarbiyah, dakwah dan siasah serta dalam masa yang sama, pendekatan ini lebih dekat di hati masyarakat.

Terlalu banyak kepentingan yang boleh diraih melalui amalan budaya politik matang dan sejahtera, paling menonjol ialah;
- Mengekang berlakunya ketidakadilan
- Mengelak penyalahgunaan kuasa
- Menghindari ketidakstabilan politik
- Menghindari kemelesetan ekonomi
- Menghindari keruntuhan sosial
- Menamatkan perselisihan rakyat
- Mengurangkan pembaziran masa
- Mengelakkan campurtangan asing
- Menggalakkan budaya politik ilmu
- Menyuburkan budaya politik fakta
- Mendidik rakyat buat keputusan berasaskan maklumat yang benar
Marilah kita hayati sejenak firman Allah dari petikan surah al-Nuur ayat 55. Betapa politik yang berpaksikan kepada iman dan amal soleh akan mengutuhkan kedudukan dan mengukuhkan kuasa.
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
Kriteria-Kriteria Politik Matang dan Sejahtera
Politik matang dan sejahtera yang diterajui oleh PAS sewaktu mengemudi halatuju perjuangan Islam dewasa kini dikemukakan dengan beberapa kriteria yang mesti difahami, dihayati serta dipraktiskan oleh setiap anggota parti sama ada pemimpin ataupun ahli biasa.
Kriteria Pertama : Bertunjangkan Prinsip
Perjuangan PAS bukan sekadar mendepani UMNO dan BN. Tidak juga sekadar berpada untuk mendapatkan Putrajaya dari tangan UMNO dan BN. Perjuangan PAS adalah jauh lebih besar dan penting dari itu. Ia adalah sebuah perjuangan untuk menyebarkan risalah Islam, menyelamatkan ummah dari perangkap jahiliyyah dan mendaulatkan syariat Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas tanahair tercinta ini.
Terdapat kekeliruan apabila ada pihak-pihak tertentu yang berhujjah, kita mesti menang dulu. Jangan gopoh untuk bercakap hal Islam dan jangan tergesa-gesa untuk memperjuangkan Islam. Apa yang penting buat masa ini ialah memburu kemenangan walau dengan apa cara sekalipun. Kita mesti menang dan selepas menang barulah kita boleh bercakap mengenai pelaksanaan Islam. Kalau tidak menang, bagaimana kita mahu melaksanakan Islam?
Hujjah sebegini mampu mengelirukan sebahagian dari kita dan akhirnya lari meninggalkan PAS kerana tidak berpuas hati dengan “kedegilan” PAS untuk terus bercakap mengenai Islam secara terbuka termasuk usaha untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan. Menyingkap kekeliruan ini, marilah kita meneliti Manhaj Nabawi, bagaimana Nabi kita Muhammad sallallahu’alaihi wasallam berjuang? Apakah Baginda sallallahu’alaihi wasallam memburu kemenangan dengan meninggalkan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh Baginda sallallahu’alaihi wasallam?
Kriteria Pertama : Bertunjangkan Prinsip
Prinsip perjuangan PAS pasti sahaja berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah. Justeru itu, apa jua keputusan PAS mestilah menepati syarak. Ini adalah prinsip yang tidak boleh bertolak-ansur padanya. PAS menolak sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan “matlamat menghalalkan cara”. Sebaliknya hanyalah cara yang halal akan digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam.Tindakan bertunjangkan prinsip akan menyelamatkan PAS dari situasi flip-flop ketika membuat keputusan dan tindakan. Malah lebih tegas, ia mesti konsisten di atas prinsip Islam yang diperjuangkan, meskipun dilihat sebagai tindakan yang tidak popular di kalangan pengundi mahupun parti-parti politik. PAS tetap akan mempertahankan prinsip-prinsip Islam atau keputusan politik yang disepakati bersama selagi tidak melewati kerangka syarak.
Perjuangan PAS bukan sekadar mendepani UMNO dan BN. Tidak juga sekadar berpada untuk mendapatkan Putrajaya dari tangan UMNO dan BN. Perjuangan PAS adalah jauh lebih besar dan penting dari itu. Ia adalah sebuah perjuangan untuk menyebarkan risalah Islam, menyelamatkan ummah dari perangkap jahiliyyah dan mendaulatkan syariat Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas tanahair tercinta ini.
Terdapat kekeliruan apabila ada pihak-pihak tertentu yang berhujjah, kita mesti menang dulu. Jangan gopoh untuk bercakap hal Islam dan jangan tergesa-gesa untuk memperjuangkan Islam. Apa yang penting buat masa ini ialah memburu kemenangan walau dengan apa cara sekalipun. Kita mesti menang dan selepas menang barulah kita boleh bercakap mengenai pelaksanaan Islam. Kalau tidak menang, bagaimana kita mahu melaksanakan Islam?
Hujjah sebegini mampu mengelirukan sebahagian dari kita dan akhirnya lari meninggalkan PAS kerana tidak berpuas hati dengan “kedegilan” PAS untuk terus bercakap mengenai Islam secara terbuka termasuk usaha untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan. Menyingkap kekeliruan ini, marilah kita meneliti Manhaj Nabawi, bagaimana Nabi kita Muhammad sallallahu’alaihi wasallam berjuang? Apakah Baginda sallallahu’alaihi wasallam memburu kemenangan dengan meninggalkan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh Baginda sallallahu’alaihi wasallam?
Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam pernah mendapat tawaran yang hebat dari Utbah bin Rabiah mewakili Kerajaan Kuffar pada masa itu. Kata Utbah (Abal Walid) ;
يا ابن أخي، إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا الأمر مالا جمعنا لك من أموالنا حتى تكون أكثرنا مالا، وإن كنت تريد به شرفا سودناك علينا، حتى لا نقطع أمرا دونك، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا؛ وإن كان هذا الذي يأتيك رئيا تراه لا تستطيع رده عن نفسك، طلبنا لك الطب، وبذلنا فيه أموالنا حتى نبرئك منه
“Wahai anak saudaraku, jika engkau berjuang ini kerana mahukan harta, kami sedia kumpulkan harta-harta kami dan diserahkan kepadamu sehingga engkau menjadi orang paling kaya di kalangan kami. Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi pemimpin, kami sedia lantik engkau jadi pemimpin sehingga kami tidak memutuskan sebarang keputusan melainkan mendapat persetujuanmu. Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi raja, kami sedia menabalkan engkau menjadi raja yang memerintah kami. Jika sekiranya engkau dirasuk suatu yang engkau sendiri tidak mampu menghadapinya, kami sedia menyediakan tabib untuk merawatmu dan kos ditanggung oleh kami sehingga engkau sembuh.” (Sirah Ibnu Hisyam)
Jika teori menang dulu (matlamat material) itu suatu yang praktis dan rasional, pastinya Nabi sallallahu’alaihi wasallam menerima tawaran menjadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan. Tetapi Nabi sallallahu’alaihi wasallam menolak semua tawaran untuk berkuasa sebaliknya terus bersama Islam yang diperjuangkan oleh Baginda sallallahu’alaihi wasallam.
Hayati jua peringatan Baginda sallallahu’alaihi wasallam. Jangan sekali-kali tinggalkan Islam dalam apa jua posisi kita. Memburu kepentingan politik jangan sampai melunturkan nilai pegangan dan amalan Islam. Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam ;

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ
“Ketahuilah sesungguhnya roda Islam itu berputar. Maka berputarlah bersama al-Kitab (Islam) sekira-kira bagaimana ia berputar. Ketahuilah sesungguhnya al-Kitab dan Pemerintah dua perkara yang berbeza. Maka jangan memisahkan diri dari al-Kitab (Islam). Ketahuilah sesungguhnya kamu akan mendepani pemerintah yang memerintah untuk kepentingan mereka bukan untuk menjaga kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari mereka, mereka akan bunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu. Lalu sahabat berkata; Ya Rasul Allah, (apabila kami bertemu dengan situasi begini) apa yang harus kami lakukan? Nabi sallallahu’alaihi wasallam menjawab; Jadilah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi Isa ibnu Maryam, jasad mereka digergaji, digantung pada kayu salib (namun mereka tetap bersama Islam). Mati dalam keadaan taat kepada Allah lebih baik dari hidup derhaka kepada Allah.” (Riwayat al-Tabarani)
Perjuangan PAS bertunjangkan nas dan hujjah syarak. Inilah juga prinsip yang menunjangi keputusan dan tindakan PAS. Kita tidak berjuang kerana amarah dan kebencian yang meluap terhadap satu pihak. Bahkan perjuangan kita tidak boleh meniti di atas dendam kesumat meskipun terhadap musuh.
Perjuangan bertemakan Asal Bukan UMNO (ABU) adalah salah justeru ia memberi maksud, asal bukan UMNO maka nasionalis pun tidak mengapa, kapitalis pun tidak mengapa, sosialis pun tidak mengapa, apa yang penting asalkan bukan UMNO. Pendirian sebegini adalah salah. Prinsip yang benar ialah “Asalkan Islam”. “Aslim Taslam”, kamu terima Islam kamu selamat.
Hayati hadis Nabi sallallahu’alaihi wasallam dari Abi Musa al-Asya’ari radhiyallaahu’anhu yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari :-

قَالَ أَعْرَابِيٌّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ ((وفي رواية يقاتل حميةً و يقاتل شجاعةً و يقاتل غضباً)) فمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ. فَقَالَ، مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Seorang A’rabi telah bertanya kepada Nabi sallallahu’alaihi wasallam. Seseorang berjuang kerana mahu mendapatkan habuan harta rampasan perang. Ada yang berjuang supaya dirinya disebut-sebut orang. Ada yang berjuang untuk dilihat kedudukannya. ((Dalam riwayat yang lain : ada yang berjuang kerana mahu dapatkan perlindungan, ada yang berjuang kerana mahu tunjuk berani dan yang berjuang kena marah/benci)). Maka siapakah yang berjuang di jalan Allah? Maka jawab Nabi sallallahu’alaihi wasallam : Sesiapa yang berjuang bagi meninggikan kalimah Allah maka dia-lah yang berjuang di jalan Allah.”
Kriteria Kedua : Politik Dakwah
Kriteria Kedua : Politik Dakwah
PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang berdaftar sebagai sebuah parti politik yang sah bagi membolehkan ia beroperasi di pentas demokrasi negara menepati ijtihad para alim ulama’ terdahulu yang meletakkan konsep perjuangan PAS berasaskan Muwajahah Silmiyah (berjuang secara aman).
Bermula dari noktah ini, PAS berjuang dengan tiga method atau sistem gerakkerjanya secara seimbang dan sepadu iaitu :-
- Gerakan Tarbiyah (pembinaan dalaman)
- Gerakan Dakwah (pembinaan luaran)
- Gerakan Siasah (pembinaan sultah/kedaulatan)
Memanfaatkan ruang-ruang demokrasi yang ada, PAS tampil membawa risalah Islam kepada semua masyarakat sama ada Muslim mahupun mereka yang belum lagi Muslim. Justeru Islam diturunkan oleh Allah untuk diterima dan diamalkan oleh seluruh umat manusia. Siapa jua yang menerima Islam, pasti sahaja ia selamat di dunia dan juga di akhirat. “Aslim Taslam” (kamu terima Islam, kamu selamat dunia dan akhirat)
Bagi umat Islam mereka wajib mengamalkan Islam dan seluruh syariatnya selepas ia menerima dan mengucap dua kalimah syahadah. Sementara mereka yang belum menganut ajaran Islam, mereka tidak boleh dipaksa menganut Islam sebaliknya mereka diberi hak untuk terus menganut agama mereka. Namun mereka boleh berada dibawah sistem pemerintahan Islam sementara hak keselamatan, kebajikan dan beribadah mengikut tatacara agama mereka, menjadi urusan wajib pemerintahan Islam ke atas mereka.
Politik PAS tidak berorientasikan ketamakan kuasa. PAS tidak meletakkan kuasa itu segalanya. Tetapi apa menjadi asas perjuangan PAS ialah berdakwah dan berusaha untuk menyelamatkan manusia daripada api neraka Allah dengan Islam dan mengusahakan agar wujud sebuah pemerintahan dan masyarakat yang terlaksana padanya sistem, dasar dan hukum Islam yang menuju keredhaan Allah. Hal ini sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS fasal 5 di bawah tajuk tujuan-tujuan PAS.
Ini bermaksud, siapa pun yang diberi mandat sebagai pemerintah dan mereka melaksanakan sistem pemerintahan Islam yang adil serta saksama, maka PAS pasti akan mendukung malah membantu pemerintahannya. Justeru perjuangan PAS hanyalah untuk meninggikan kalimah Allah (mendaulatkan syariat Islam), bukan berebut untuk menduduki takhta pemerintahan. Adapun situasi berdepan dengan sebuah pemerintahan yang tidak melaksanakan sistem pemerintahan Islam, PAS akan terus berjuang, berdakwah dan berperanan untuk memastikan Islam dapat didaulatkan. Peranan tersebut dinyatakan seperti berikut;

- Memberi nasihat dan bimbingan secara berterusan, bagaimana Islam itu boleh dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.
- Berjuang menegakkan syariat (amar makruf) dalam apa jua kesempatan dan ruang yang boleh dilakukan oleh PAS pada tahap keupayaan yang dimiliki.
- Menegur, mengkritik, membantah dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) dan menentang kezaliman yang berlaku sama ada dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik. Sekalipun kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah, PAS tegas menyatakan kebenaran.
- Menggerak agenda perubahan total (al-taghyir) ke arah mendaulatkan syariat Allah secara berterusan. Terutama apabila PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang degil dan enggan melaksanakan Islam malah memusuhi Islam.
Peranan-peranan tersebut adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi sallallahu’alaihi wasallam;
أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
“Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.” (Riwayat al-Tirmidzi)
PAS akan terus berdakwah bagi menyedarkan masyarakat dan memimpin kebangkitan mereka ke arah sebuah perubahan yang menepati manhaj perjuangan Nabawi kerana dasar perjuangan PAS ialah Islam, PAS akan sentiasa bersama Islam dan kepentingannya dalam apa jua situasinya, sama ada ketika memerintah ataupun ketika menjadi rakyat di sesebuah negara. Kepentingan politik PAS terhenti di atas Islam yang diperjuangkan demi mencari keredhaan Allah. Kaedah “Matlamat Menghalalkan Cara” ditolak oleh PAS. Meskipun PAS berjuang bersungguh-sungguh supaya menang, namun kalah menang dalam perjuangan ini, PAS tetap memilih untuk bersama Islam.
Memerintah bersama Islam, ke Putrajaya bersama Islam, malah kalah sekalipun PAS tidak akan meninggalkan Islam semata-mata untuk mencongak jalan mudah ke mercu kuasa. Dakwah PAS berterusan dan mensasarkan semua pihak. Mad’u (sasaran dakwah) PAS bukan musuh PAS. PAS tidak memusuhi individu sebaliknya PAS memusuhi kepercayaan dan pegangan yang bercanggah dengan Islam.

Peranan dakwah PAS secara umumnya saling tidak tumpah dengan peranan doktor yang bekerja keras untuk menyelamatkan pesakit dan membebaskan pesakit dari penyakit yang memudaratkan. Doktor tidak pernah memusuhi pesakitnya dan da’i (pendakwah) tidak pernah memusuhi mad’unya (sasaran dakwah). PAS untuk semua dan berjuang menegakkan keadilan untuk semua.
Kriteria Ketiga : Amar Makruf Nahi Mungkar
Kriteria Ketiga : Amar Makruf Nahi Mungkar
PAS menjadi sandaran ummah untuk menegakkan al-Makruf (Syari’ah) dan memerangi mungkar yang berlaku dalam negara kita, sama ada yang melibatkan segmen sosial mahupun politik dan ekonomi. Ia adalah komitmen PAS yang tidak berbelah bahagi.
Justeru inilah tugas yang sewajarnya dilakukan untuk membina “Malaysia Sejahtera” yang selamat, aman dan harmoni serta mendapat keampunan daripada Allah. Bahkan inilah tugas utama sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Peranan ini termaktub dalam firman Allah;
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (surah al-Hajj: ayat 41)
Al-Makruf tidak bermaksud amal kebajikan semata-mata sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan. Sebaliknya al-Makruf adalah merangkumi semua aspek amal Islami yang diperintah perlaksanaannya oleh Allah. Para mufassir sebahagiannya menakrifkan al-Makruf sebagai al-Syari’ah. Justeru menegakkan al-Makruf ataupun Syari’ah dan memperjuangkannya agar ia tegak di atas tanahair kita adalah menjadi tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Ia menjadi solusi utama kepada pelbagai bentuk kegagalan sistem ciptaan manusia.
Seiringan dengan usaha gigih untuk menegakkan al-Makruf, kita wajib mengerahkan kegigihan yang serupa malah perlu dilipat ganda untuk menentang kemungkaran. Lantaran kemungkaran adalah virus yang merosakkan semua usaha menegakkan amal Islami (al-Makruf) di dalam diri kita, masyarakat mahupun negara. Khasnya kemungkaran politik dan ekonomi (tanpa menafikan kesan buruk kemungkaran sosial) mesti dibasmi secara bersungguh-sungguh dan istiqamah serta teliti strateginya, terancang hala tujunya, cermat tindakannya dan berhemah langkahnya.
Politik yang digerakkan oleh PAS sekali-kali tidak akan dibenarkan merempuh sempadan syariat. Politik menghalalkan cara adalah satu contoh kemungkaran politik yang ditentang oleh PAS. Maksudnya kematangan berpolitik PAS tidak hanya memburu kemenangan tanpa peduli batas halal dan haram, sebaliknya ia menjadi prinsip utama bahawa jalur politik PAS adalah berlandaskan “Manhaj Nabawi”.
Kemungkaran yang melanda negara mutaakhir ini semakin parah khasnya kemungkaran politik dan ekonomi. Ummah mesti bangkit melakukan perubahan sesuai dengan arahan Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam ;

مَن رَأى مِنكُم مُنكَرَاً فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَانِ
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, jika sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya, sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Perubahan tidak akan berlaku tanpa kebangkitan ummah melunaskan al-Amru bi al-Makruf wa al-Nahyu an al-Mungkar seperti mana yang ditegaskan oleh Allah;
Perubahan tidak akan berlaku tanpa kebangkitan ummah melunaskan al-Amru bi al-Makruf wa al-Nahyu an al-Mungkar seperti mana yang ditegaskan oleh Allah;
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (surah al-Ra’du: ayat 11)
PAS mengambil tanggungjawab bagi menggerakkan kempen atau dakwah untuk menyedarkan ummah sekaligus memimpin dan memandu gerakan perubahan agar ia berlangsung dengan jaya tanpa mengundang murka Allah.
Kriteria Keempat : Fokus Penyelesaian Islam

Layaknya sebagai sebuah Gerakan Islam, PAS memposisikan dirinya sebagai sebuah parti yang konstruktif. Setiap kelemahan, kesalahan mahupun kepincangan pihak pentadbiran kerajaan mahupun pemerintahannya tidak hanya dibantah atau dibangkang semata-mata, tetapi sebaliknya PAS bertanggungjawab mengemukakan penyelesaian.
Penyelesaian yang berasaskan pedoman syariat dan prinsip Islam adalah kriteria penting bukan sahaja untuk merealisasikan politik matang dan sejahtera tetapi juga menepati aspirasi politik Islam itu sendiri, “Islam itu adalah penyelesaian”.
الإسلام هو الحل
Islam tidak hanya menyelesaikan masalah ritual agama sebagaimana difahami oleh kebanyakan, sebaliknya penyelesaian Islam turut merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Pastinya Islam sarat dengan pelan dan jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang sedang dihadapi oleh negara, pemimpin dan rakyatnya. Sebagai contoh mudah, belenggu yang menjerut politik dan ekonomi negara dewasa kini telah habis forum didebatkan, habis wacana didiskusikan. Sang politikus di pentas debat mereka, para akademik di dewan kuliah mereka dan hamba rakyat di majlis rapat umum mereka, namun negara masih buntu mencari formula menangani kemelut politik dan krisis ekonomi yang kian parah.
Islam sebagai petunjuk dan wahyu dari Tuhan yang Maha Mencipta telah jelas memberi pedoman dan panduan.
Islam sebagai petunjuk dan wahyu dari Tuhan yang Maha Mencipta telah jelas memberi pedoman dan panduan.
Firman Allah;
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
“...Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari kemelut dan krisis yang melanda).”
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
“...Serta memberinya rezeki (menyuburkan ekonomi) sekira-kira ia tidak tahu dari arah mana datangnya rezeki itu. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (surah al-Tholaq: ayat 2 - 3)
“Ekonomi” dan “Politik Taqwa” perlu diperinci, dan dimodulkan secara sistematik lalu diterap-laksanakan dalam penguatkuasaan pentadbiran dan sistem pemerintahan negara. Ke arah membentuk sebuah negara yang aman dan maju namun dalam masa yang sama mendapat keampunan daripada Allah. Ia mesti menjadi satu solusi yang boleh digarap secara lebih halus dan hikmah sama ada secara langsung kepada pihak pemerintah mahupun dikemukakan kepada umum sebagai proses pendidikan politik dan anjakan paradigma seraya membentuk kesediaan rakyat untuk berubah dan keluar dari serkup pemikiran lapuk dan purba.
Bermula dari kepimpinan PAS dan seluruh anggota PAS, juga mesti melangkah dengan jiwa besar dan akal yang hikmah untuk memimpin perubahan dan kebangkitan rakyat ke arah membina “Malaysia Sejahtera”. Tidak hanya memburu “political mileage” tetapi lebih bermaksud untuk memartabatkan perubahan total, maka PAS mengambil tanggungjawab penuh meletakkan keseimbangan dalam perjuangan yang didukung iaitu komited menentang segala kemungkaran dalam ekonomi, politik dan sosial namun dalam masa yang sama kita turut bertanggungjawab mengemukakan pelan dan formula penyelesaian.
Kriteria Kelima : Pertentangan Dasar Bukan Pertentangan Fizikal

Perjuangan Islam tidak memusuhi sosok tubuh dan rupa wajah. Malah nama dan latar belakang kaum, bangsa dan bahasa bukan persoalan. Itu adalah ciptaan dan anugerah Allah yang tiada siapa berhak mempertikaikannya.
Islam datang bukan merubah nama, rupa wajah, kaum, bangsa dan bahasa, tetapi sebaliknya Islam membetulkan kefahaman, meluruskan pemikiran dan memurnikan pegangan hidup agar menepati apa yang dikehendaki oleh Allah sebagai Tuhan yang Maha Mencipta.
Berdiri atas manhaj inilah Islam membimbing dan mendidik manusia biarpun sehodoh mana wajahnya kerana Allah tidak memandang rupa wajah, biarpun sejahat mana perilakunya kerana pintu taubat Allah terbuka luas buat hamba-Nya. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam adalah untuk menyelamatkan manusia dari api neraka Allah bukan meninggalkan mereka terkapai-kapai di tepi jurang neraka jahannam. Islam tidak mengajar umatnya berdengki-dendam. Justeru itu ;

- Allah menghantar Nabi Allah Musa menemui Firaun yang zalim dan kejam untuk mengajaknya beriman kepada Allah menggunakan kalimah yang lunak sedang Allah Maha Mengetahui bahawa Firaun akan kekal kufur sehingga matinya.
- Nabi kita Muhammad sallallahu’alaihi wasallam mendoakan agar Islam diperkuatkan oleh salah seorang dari dua Umar sedang kedua-dua Umar pada waktu itu tegar memusuhi Islam. Sehingga akhirnya Allah memilih Umar Ibnu al-Khattab untuk memperkuatkan Islam sementara Umar ibnu al-Hisyam (Abu Jahal) kekal kufur.
- Hari pembukaan Kota Makkah, Nabi sallallahu’alaihi wasallam membebaskan musyrikin Makkah dari sebarang hukuman balas atau dendam kesumat. Malah dengan penuh kasih sayang Nabi sallallahu’alaihi wasallam berkata (mafhumnya), “Siapa yang berada di dalam rumahnya maka dia selamat, siapa yang masuk rumah Abu Sufyan maka dia selamat dan siapa yang masuk Masjidil Haram maka dia selamat”.
Kita sebagai pejuang Islam sewajarnya menghayati manhaj ini agar perjuangan kita tidak dipengaruhi dendam dan kebencian sehingga kita menjauhkan diri daripada mad’u (sasaran dakwah). Sebaliknya berusaha mendekati semua orang bagi memasarkan Islam yang kita perjuangkan ini. Lihat bagaimana pendekatan Para Sahabat Nabi, saat mereka lemah dan ditindas, mereka berhijrah menemui Najaasyi, raja yang menganut agama Nasrani. Walaupun asal mereka ingin mendapatkan perlindungan di bawah pemerintahan Najaasyi, tetapi akhirnya prinsip Para Sahabat ang dipimpin oleh Jaafar bin Abi Talib pada waktu itu membuatkan Najaasyi akhirnya menerima kebenaran Islam.
Sejarah juga menarik untuk dikaji bagaimana Islam dengan pendekatan para alim ulama’nya berjaya menunduk dan meng-Islamkan bangsa yang menjajah mereka dengan kejam.
Sejarah juga menarik untuk dikaji bagaimana Islam dengan pendekatan para alim ulama’nya berjaya menunduk dan meng-Islamkan bangsa yang menjajah mereka dengan kejam.
- Siapa tidak tahu dengan Dinasti Hulagu Khan yang menghancurkan pusat peradaban Islam Baghdad pada tahun 1258 malah tentera Monggol yang dipimpinnya membunuh dan merogol penduduk Kota Baghdad dengan begitu sadis. Namun ringkasnya, bangsa Monggol yang ganas dan kejam itu kemudiannya menerima Islam agama yang mereka jajah dan menjadi pejuang Islam yang handal dalam sejarah moden.
- Kisah perang salib yang memaparkan bagaimana tingginya akhlak Sultan Salahudin al-Ayyubi yang menghantar tabib merawat Richard The Lionheart yang cedera parah (setengah kisah meriwayat bahawa Salahudin sendiri menyamar sebagai tabib), akhir menyaksikan Richard The Lionheart terpaksa patah balik ke England seraya berkata, “...hari ini kita tewas bukanlah kerana kekuatan jumlah umat Islam tetapi kerana kekuatan akhlak Salahudin al-Ayubi”.
Situasi dan tempat kita berjuang hari ini, tidak lagi menggunakan senjata. Bukan sahaja alim ulama’ kita berijtihad untuk memperjuangkan Islam ini secara Muwajahah Silmiyah (mendepani lawan secara aman) bahkan sememangnya musuh Islam tidak menggunakan senjata untuk menghadapi kita. Sebaliknya mereka menyerang Islam melalui pemikiran, kebudayaan, sosial dan peradaban.
Menghadapi serangan pemikiran ini, kita tidak perlu menghunus pedang atau menghalakan senjata api ke dada musuh, sebaliknya kita mesti menguasai hujjah dan memiliki keupayaan budi bahasa yang tinggi untuk memenangi hati mereka melalui prinsip dan akhlak Islam yang jitu agar mereka menyokong dan mengundi perjuangan Islam di bumi Malaysia ini.
Politik dakwah menjadi salah satu sarana utama dalam mendepani serangan pemikiran. Malah selain dari keutuhan ilmu, kebijaksanaan tindakan dan penguasaan psikologi sangat penting dalam perjuangan Islam di era ini. Ia bukan lagi soal pertentangan fizikal tetapi dasar dan pegangan hidup yang mesti diperbetulkan. Merealisasikan pendekatan ini, kita mesti mendekati semua orang (dengan cara yang tidak bertentangan dengan syara’) bukan menjauhkan diri dan membina benteng antara kita dengan mereka.
Bagaimana kita boleh menjauhkan diri dari mereka? Sedang yang rosak fikiran itu mungkin ahli keluarga kita, jiran tetangga kita, ahli qariah kita dan juga pemimpin negara kita. Tugas kita sekarang ialah selamatkan mereka dari api neraka Allah. Dekati mereka dan sampaikan Islam yang benar kepada mereka. Bimbing dan didik mereka dengan Islam yang benar selama mereka tidak memerangi kita dengan kekerasan dan persenjataan.

Personal Info
"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Follow @nasrudin hassan
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Phone: 019 980 8181
Fax: 019 916 8182
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Follow @nasrudin hassan
Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Phone: 019 980 8181
Fax: 019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com
Popular Posts
-
1 Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada p...
-
PAS adalah gerakan dakwah dan siyasah. Justeru, fikrah perjuangan PAS berkisar pada dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain...
-
1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lag...
-
Bicara Santai Selain Politik. 01 25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017 RUMAHKU SYURGAKU Oleh : Pendekar Sakti 1. Sebahagian masa...
-
Islam adalah “Rahmat Untuk Semua”. Ia adalah cara hidup yang sempurna dan ajaran yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan ummat manus...
-
Saya amat tertarik dengan perkembangan di Turki. Di dalam ijtihad pemerintah, kadar faedah sebenar Turki diturunkan secara beransur-ansur s...
-
PESAKA MERDEKA Bergalang Tanah Bergadai Pesaka Rebah Bangun Lintang Tiarap Terlentang Minum Embun Meniarap Makan Tanah Bumi Pertiwiku Tetap ...
-
Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi ...
-
KHUTBAH ‘IDULFITRI 1435H Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi (KHUTBAH PERTAMA) اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللّ...
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah in...