HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 5, 2009

Hala Tuju PAS. vol 1

Apabila kita bercakap mengenai hala tuju PAS selayaknya kita melihat terlebih dahulu matlamat, objektif, misi, visi dan manhaj perjuangan yang digerakkan oleh PAS. Namun begitu, sebelum saya membawa sahabat semua jauh ke dasar dalam membincangkan hala tuju PAS ini, apakah ianya satu hala tuju yang baik, terang, nyata serta tidak meragukan atau sebaliknya, hala tuju yang pudar, kabur lagi meragukan. Maka terlebih dahulu saya menjelaskan bagaimana kedudukan diri saya dalam isu ini.

Harap sahabat dapat bersabar meneliti perbahasan yang mungkin sampai kepada lima siri atau lebih [ Hala Tuju PAS vol (1) - (2) - (3) - (4) - (5)... ], kerana saya tidak mahu menulis terlalu panjang untuk satu-satu posting di samping saya juga berdepan dengan kekangan waktu yang telah dianyam dengan pelbagai aktiviti dakwah dan jihad yang lain.

Manhaj Pemikiranku

Apabila saya menegur dan mengkritik bukan saja saya mesti bersedia untuk menerima respon balas (dalam bentuk penghujahan positif atau negatif) dari pihak yang dikritik, tetapi juga saya mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang dilontarkan. Malah saya jua mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujjah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.

Ia tidaklah bermakna hanya saya yang benar. Berkemungkinan besar saya salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali saya berbeza pendapat dengan pihak lain, apa yang saya harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar.

Inilah prinsip yang akan terus saya "genggam" bersama sedikit nikmat ilmu anugerah Allah.

Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik, justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin.

Namun begitu, selamanya saya tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang saya tidak bersetuju dengannya. Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta, kekeliruan maklumat, tuduhan tanpa bukti, fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan.

Lantaran itu, sebagaimana saya mesti tabah, terbuka dan berhati-hati dalam menatah kalimah bernada kritikan, saya juga sangat mengharapkan pihak lain (yang dikritik) tidak cepat melatah, berjiwa besar, jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah, tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan.

Saya percaya jika yang dikritik itu bertaraf sarjana, sebagaimana ia tidak mudah tewas hujjah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa.

Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal (sebab kita boleh tidak menerimanya), justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang sarjana.
الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنةأولئك الذين هدا هم الله و أولئك هم أولوا الألباب
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna. - Surah az Zumar: Ayat 18

Sikap tidak menghormati hujjah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin "teruja" dengan pencapaian ilmunya atau anugerah kesarjanaannya. Soalnya, apakah hujjah dari pihak kita sahaja menepati ciri-ciri ilmiyyah sedang hujjah dari pihak lain dinilai picisan biarpun sarat dengan hujjah dan dalil ?

Saya suka membawa pendekatan para sarjana agong dalam sejarah peradaban Islam. Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu, terutama dalam isu-isu yang tidak menjejaskan aqidah.

Ilmu dan tawadhu' (merendah diri) menjadi asas disiplin tersebut disamping mereka mengetengahkan adab-adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti.

Lihat sahaja bagaimana imam-imam mazhab mengendalikan khilaf dikalangan mereka. Biarpun mereka menafikan sekeras-kerasnya hujjah pihak lain, tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii;
كانَ أفْقَهُ النَّاسُ فِىْ كِتابِ اللهِ وَ سُنَّةِ رَسُوْلِهِ
Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya [Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn 312. Karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari]

Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut;
ما عرفتُ ناسِخَ اْلحَدِيْثِ مِنْ مَنْسُوْخِهِ حَتَّى جَالَسْتُ الشَّافِعِى
Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama as-Syafii. [Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn 312. Karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari]

Mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketaqwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain. Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujjahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.

Saya akur, bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghela ke arah khilaf. Perbedaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbedaan manhaj dan method, jurang usia, perbedaan zuruf (suasana), perbedaan kefahaman dan (maslahah) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf.

Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ianya sihat malah terlalu sihat andainya para ilmuan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.

Manhaj Perjuanganku

Sepanjang saya melibatkan diri dengan Parti Islam SeMalaysia PAS, bersama pengalaman gerak kerjanya mendepani segala cabaran dan isu ummah menjadikan saya sangat sayang terhadap perjuangan islam yang suci ini.

Walaupun PAS adalah sebuah parti politik, pada saya ia adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan tanggungjawab kearah mendaulatkan syariah Ilahi di atas tanahair ini. Justeru itu, hingga saat ini saya tidak pernah merasakan saya orang politik.

Sebaliknya saya hanya seorang anggota sebuah gerakan Islam yang menjalankan tugas untuk mendaulatkan syariat Allah, memartabatkan ummah, berdakwah memahamkan masyarakat dan gerakkerja politik adalah sebahagian dari tugas yang wajib saya laksanakan.

Dasar perjuangan PAS sangat jelas, segalanya untuk Islam. Saya antara yang diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyyah anggota parti, bukan sahaja bertanggungjawab ke atasnya tetapi sangat masak terhadap perjalanan parti ini.

Modul dan manhaj yang digunakan adalah untuk melahirkan anggota atau jundi yang ikhlas berjuang dan faham tanggungjawab serta amanah melaksanakan tugas sebagai pejuang islam atau ansarullah.

Saya sangat pasti akan ketulenan sumber dan keaslian maraji’ (tempat dan bahan rujuk) perjuangan Islam bersama PAS yang saya dokong ini bahawa ia bersih dari segala penyimpangan aqidah dan penyelewengan fikrah yang membawanya keluar dari manhaj ahli Sunnah wal Jamaah.

Saya tidak dapat nafikan, dalam jumlah keanggotaan yang mencecah setengah juta ahli, tentu sahaja ada anggota parti yang “kebal tarbiyyah” dan “tidak makan saman”, namun mereka masih menjalani proses pengambilan skema tarbiyyah secara berperingkat. Biarpun tidak secara rasmi, tetapi ia akan banyak mempelajari selok belok perjuangan melalui keistiqamahannya bersama perjuangan ini.

PAS sangat tegas terhadap sebarang penyelewengan dan penyimpangan yang merosakkan prinsip perjuangan Islam dokongannya. Pemimpin atau ahli parti yang terlibat akan dikenakan tindakan melalui proses tata tertib dan disiplin parti.

Lantaran itu, bukti sangat diperlukan dalam apa jua tuduhan dan prasangka bahawa PAS dan anggotanya menyeleweng dari perjuangan Islam dan manhaj ahli sunnah wal jamaah. Sebagai contoh, tuduhan atau tanggapan bahawa hala tuju PAS tidak jelas dan meragukan . Melemparkan tanggapan negatif dan memasang prasangka tanpa asas bukti adalah suatu yang sangat mengecewakan dan pasti mengguris perasaan saya.

Apalagi menuduh PAS akan bersekongkol dengan UMNO dan BN atau menuduh Dato' Seri Tuan Guru Presiden mengadakan hubungan sulit dan ingin membawa PAS masuk UMNO. Secara prinsipnya saya melihat tuduhan itu sangat tidak benar dan tidak pula mempunyai asas kecuali dilihat sebagai “melepas geram” terhadap kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Presiden.

Persoalannya, apakah wajar rasa tidak senang umum terhadap individu dalam parti lalu menjustifikasikan parti. Boleh menuduh, tetapi disiplinnya menuntut bukti dan saksi.

Nasihat saya untuk diri saya dan buat rakan-rakan seperjuangan jua mereka yang memimpin saya dalam parti ini agar konsistan dengan amal Islami bersama akhlak murni yang menjadi asas keperibadian seorang pejuang.

Kita pejuang bukan pemberontak. Kita pendakwah bukan penghukum. Responsif terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Hulurkan tangan “membimbing” biarpun lidah tegas menentang dan menegur kezaliman. Yang hak dikata hak dan yang batil dikata batil.

Sampaikan salam perjuangan dan persahabatan kita buat madu’u serta bukalah pintu enggagement kita buat semua. Namun pintu harus ditutup buat pengkhianat yang mengkhianati perjuangan suci ini. Tegurlah saya andai saya silap, bimbinglah saya andai saya tersasar dan bantulah saya andai saya benar. Apa yang saya cari, ialah damai buat ummat ini.

76 comments:

Anonymous said...

USt Nasha Tantawi

Tak payah cakap berbelit-belit la. Straight to the point. Halatuju yang dimaksudkan oleh Husam adalah

1. Adakah PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat untuk satu tempoh masa?
2. Adakah PAS akan masuk BN?
3. Adakah PAS akan keluar Pakatan Rakyat dan berjuang bersendirian?

Ura-ura kemasukan PAS ke dalam BN bukannya satu fitnah, sebaliknya ia diakui sendiri oleh TG haji Hadi


1. Bukan Fitnah TG Hj Hadi, memang betul TG Hadi mengaku nak bawak PAS masuk BN.
2. TG Hadi kata nak buat kerajaan perpaduan, then orang tanya, apa dia kerajaan perpaduan, TG hadi bagitahu, kerajaan tanpa pembangkang. TG Hadi konsisten dengan statement ni kat mana-mana
3. Kerajaan tanpa pembangkang adalah PAS masuk BN. Itu dia kerajaan perpaduan. Budak darjah dua pun tahu benda tu.
4. Memang lah orang PAS marah, bila ada usaha nak bawa PAS masuk BN. Gila la orang PAS tak marah. Kenapa salahkan orang PAS, kenapa tak salahkan TG Hadi.
5. Kerajaan tanpa pembangkang adalah slogan sama Tun Razak pada tahun 1970. Tapi DAP dan Parti Buruh tak masuk BN. PAS dan Gerakan aje masuk BN.
6. Sebab itu orang UMNO sokong gila kerajaan perpaduan. Apa lagi fitnah. Dah terang lagi bersuluh
7. Muktamar kali ni penentu, halatuju PAS, adakah pergi ke BN ataupun kekal di Pakatan Rakyat.


Masalah halatuju Islam Dll, Najib pun cakap nak bawak Islam. Isunya sekarnag ni adalah masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sesetengah pimpinan PAS yang berdegree FPI memang terpengaruh dengna idea kerajaan perpaduan ni. Sebab diorang memang nak masuk BN. Sebab ada personal problem dengan Pakatan Rakyat.

Kerajaan tanpa Pembangkang ni adalah idea Tun Razak masa nak bawa masuk PAS pada tahun 1970-an dahulu. Skrip sama sahaja. Ingat tak??

Tak payah corner-corner dah

Anonymous said...

USTAZ,

saya pun kecut perut dengan akhlak komentator di sini dalam hal khilaf ini...kalau betol mereka ahli pas, ia suatu fenomena yang sungguh mendukacitakan.

secara pribadi saya melihat 'ia suatu kegagalan yang menyakitkan'...rupanya apa yang dicapai selama ini dalam kerjasama dgn pkr, dap dan siri kegemilangan memenangi pilihanraya' hanya sekadar 'keghairahan' dan keseronokan menumpaskan lawan.Ia kosong dari peningkatan amalan islami.Ia seperti langsung tidak membawa aspirasi mendaulatkan ajaran agama yang suci ini. Lihat saja pada emosi mereka ketika mempertahan pandangan dan menolak pandangan....dilahirkan dalam bahasa yang jauh dari adab dan akhlak seorang da'ie.
Saya sangka budaya 'lidah berbisa' ini digunakan ketika hendak menyakiti UMNO dan BN saja, rupanya ketika berkhilaf sesama anggota jemaah juga buruk sungguh cara mereka.
Ada yang mengaku pernah mengikuti usrah ustaz dan ustaz nik juga turut kasar budi bahasanya....

saya rasa sangat sakit dan sedih kerana kita makin jauh dari ayat Allah yang pernah memuji sahabat sebagai 'mereka ini sangat keras terhadap kafir dan kasihkan sesama mereka".

semoga Allah tetapkan kesabaran dan menurunkan keputusan yang terbaik utk kita.Kalau pun sebagai kemungkinan balasan dosa dan kesalahan kita....kita harapkan Allah kembali memperteguhkan kita semua dan menghadirkan orang yang ikhlas utk memikul perjuanganNya utk bersama kita...

Anonymous said...

Saya tak nampak banyak kelebihan utk 'agama ' ini selama berada dlm pakatan. kekuatan cuma mungkin setakat boleh menang pilihanraya...tapi kekuatan utk membawa agama ini, semakin sukar saya rasa. Tak banyak beza rupanya pkr dan umno....keduanya tidak ada aspirasi utk betol-betol memperjuangkan agama.

saya memilih pas berjuang bersendirian....supaya ahli pas yang dah tak selesa dgn cara pas boleh pilih masuk pkr atau dap.Husam Musa juga boleh bawa profesionalismenya dalam pkr dan boleh bawa halatuju yang diidamnya dalam pkr.

Biar pas dengan cara Islamiknya dulu di bawah lembayung ulama,....kita tak menang banyak pilihanraya tapi kita boleh tetap gigih bekerja untuk mencari redha yang esa.

Soal menang p/raya itu dalam tangan Allah...tapi soal bekerja utk menang pilihanraya itu hak kita dan kita dinilai dosa dan pahala utk itu
Kalau dulu ahli kita selesa dan bangga dgn getar sura Allahuakhbar, tapi sekarang turut teruja dan semangat jadi menggila dgn laungan makkal sakti...

Ya Allah, kalau ikatan dalam PR atau ikatan dalam BN membawa kami jauh dari rahmat Mu...putuskan Ya Allah, putuskan dgn cara apa sekalipun....

PAS For All said...

"Lantaran itu , bukti sangat diperlukan dalam apa jua tuduhan dan prasangka bahawa PAS dan anggotanya menyeleweng dari perjuangan Islam dan manhaj ahli sunnah wal jamaah. Sebagai contoh , tuduhan atau tanggapan bahawa hala tuju PAS tidak jelas dan meragukan . Melemparkan tanggapan negatif dan memasang prasangka tanpa asas bukti adalah suatu yang sangat mengecewakan dan pasti mengguris perasaan saya.

Persoalannya , apakah wajar rasa tidak senang umum terhadap individu dalam parti lalu menjustifikasikan parti . Boleh menuduh , tetapi disiplinnya menuntut bukti dan saksi"

--------------------------------------

Terima kasih ustaz.

Sangat sesuai ustaz berikan nik abduh nasihat ini. Menuduh secara rambang tanpa bukti dan saksi. Hingga sekarang artikel nik abduh tidak habis diperkatakan.

Harap nik abduh dan roslan sms insaf lepas baca artikel ustaz ni.

TErima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

itula yg pelik, bila kita tegur tulisan nik abduh dan usta din sebab banyak prasangka, habis dikatakan kita kurang beradap, kurang islamla dan sebagai, apa beza?

soalnya jgn buat kerja kerja bodojh lain kali demi untuk menegak pendirian yg tak semestinya betul

Dr. Muhamad Faisal Ashaari said...

Ust Din, Teruskan perjuangan.

Kepada anonymous, apa perlu takut utk serlahkan identiti anda kalu betul anda ikhlas.

Pres kata kerajaan perpaduan, tapi duk masih lagi nak bawa PAS masuk BN. Kenapalah masih lagi tak faham.

Kadang2 sebahagian orang PAS ini terlebih bijak, nak pimpinan ceritakan semua strategi PAS kepada semua orang.

Ukuran perjuangan bukan masuk BN atau tidak. Tetapi menguntungkan Islam atau tidak.

جاج محمود كتيريه said...

أستاذ نصرالدين ...

جلس بهاوا هالاتوجو فاس اياله " الله غايتنا"

تيدق فرلو بربلية2 سمادا هوسام انق للاكي حاج موسى اتو تؤ كورو حاج هادي .

معاف , كيت تيدق فرلو كالوة تنتغ كمان هالا توجو فاس سبب هاث هوسام انق للاكي موسى دان فواك2 بليو سهاج يغ تيدق تاهو هالاتوجو فارتي اين

الله غايتنا.....

Anonymous said...

Abu Irfan...
awak cakap asalkan untung saje ye...
jgn jadi PAK KADOK la....menang sorak kampung tergadai...bawa PAS masuk BN akhirnya PAS yg akan puteh mata..
jgn asyik kejar untung...

Farid Hilmi Embong said...

Nampak gaya Ust Nash Tantawi kita pun 'play safe' ni....Ust...mohon jelaskan 'stand' anda di mana? ke takut dok sebelah TGHH, nanti Husam yg menang awak takkan dapat apa2..kalau dok sebelah Husam, dia kalah nanti ..awak jugak yang akan kering kontang....kesian puak2 Pemuda PAS..dpt Timb. Ketua pun yg jenis berbelit-belit, (org kelate kato berkelot-kelot)..'play safe' nak jaga bodi...

muhafaza73 said...

Anonymous,

yela ko sorng je yg syg banget pd PAS tp TGHH tak...ckp jela mcm tu..ko sorng jela yg syg pd islam TGHH tak...ckp berbelit2 mcm parpu kari wat pe..ikut Husam la tu..naib presiden yg x tau pape sbb byk tdo dlm meting...

Anonymous said...

Anonymous Said

"Saya sangka budaya 'lidah berbisa' ini digunakan ketika hendak menyakiti UMNO dan BN saja, rupanya ketika berkhilaf sesama anggota jemaah juga buruk sungguh cara mereka."

Jawapan: Nak tahu siapa dia yang buruk perangai bila berlawan sesama sendiri, tengok geng mana yang buat antihusam.blogspot.com . Satu website yang penuh fitnah dan kebencian. Then, tengok siapa dia yang buat reverse intelligent pada website erdoganmalaya.wordpress.com . Geng mana yang buat. Geng Muzakarah la. Takkan Husam Musa punya bodoh buat website angkat dia sendiri jadi presiden PAS. Ini akhlak geng Muzakarah. Sebab hari-hari belajar dengan UMNO macamana nak jatuhkan PAS dari dalam.
Then, tengok macamana perangai Nik Abduh, bahasa dia, sesat, bodoh dan berbagai maki hamun yang keluar dari blog dia. tarbiyyah apa ke kebendanya nih.

Tak payah berselindung pada bahasa suci la. Tengok betul-betul, geng mana yang tidak ada akhlak. Tapi berlindung di atas nama kepimpinan ulamak. Tak malu.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya sanjung pendirian Ustaz dalam hal tuduh menuduh, iaitulah jika membuat sebarang tuduhan, Si penuduh perlu memberikan bukti dan keterangan bagi meyokong tuduahnnya. Inilah dia prinsip Islam yang turut menjadi ikutan sejagat dalam mana-mana sistem sekalipun termasuk dalam sistem undang-undang Inggeris dengan maximnya "He who asserts must prove".

Tapi janganlah double standard pulak. Kalau kepada Dato Husam ustaz meneriakkan prinsip ini, kenapa dalm kes Ust Nik Abduh yang turut melemparkan tuduhan kepada pembantu-pembantu ayahandanya, tidak kedengaran atau kelihatan pula suara Ustaz menuntut Ustaz Nik Abduh memberikan nama dan bukti bagi meyokong tindakannya?

Bukan setakat tidak kedengaran suara dari ustaz mengingatkan Nik Abduh tentang tanggungjawabnya mengemukakan bukti bila menuduh, bahkan secara beria-ia Ustaz menyokong tulisan Nik Abduh tersebut.

Setakat yang saya semak memang tidak ada, tapi kalau ada mungkin ustaz boleh kemukakan semula disini dan saya meminta maaf atas pemerhatian saya yang silap.

Begitu juga bila Roslan SMS meminta pembantu-pembantu TGNA pulak supaya tampil membela diri. Jelas kenyataan Roslan SMS ini bertentangan dengan prinsip Islam di mana beban pembuktian (burden of proof) adalah terletak kepada Si Penuduh (Al-Muddaiey), dan bukannya ke atas orang yang dituduh. Sekali lagi saya tidak mendengar sebarang ulasan atau teguran dari ustaz terhadap kekanda Ustaz tersebut.

Harap dapat dengar apa penjelasan Ustaz dalam hal ini. Saya minta maaf terpaksa mengomen di sini disebabkan tulisan ini dibuka kepada umum dan poin ini juga saya perlu bangkitkan kepada umum untuk pencerahan dan penjelasan. Semoga kita dapat membuang segala kekeruhan yang berlaku.


ABDULLAH ABDUL KARIM

Anonymous said...

Anonymous Said

"Saya tak nampak banyak kelebihan utk 'agama ' ini selama berada dlm pakatan. kekuatan cuma mungkin setakat boleh menang pilihanraya...tapi kekuatan utk membawa agama ini, semakin sukar saya rasa. Tak banyak beza rupanya pkr dan umno....keduanya tidak ada aspirasi utk betol-betol memperjuangkan agama.

saya memilih pas berjuang bersendirian....supaya ahli pas yang dah tak selesa dgn cara pas boleh pilih masuk pkr atau dap.Husam Musa juga boleh bawa profesionalismenya dalam pkr dan boleh bawa halatuju yang diidamnya dalam pkr."

Jawapan: Ini lagi seorang. Buta mata hati. Anwar Ibrahim dah sebut dia nak laksanakan hudud selepas memerintah. Depan DAP dia sebut tu. Nak apa lagi. Husam Musa pun cakap benda sama depan Khairi. Kulasegaran dalam DAP pun kata bahwa DAP tak ada masalah dengan HUDUD. Apa yang tak islamiknya Pakatan Rakyat. Buka mata sikit sheikh. Jangan terpengaruh dengan propaganda UMNO

Lagi satu nak berjuang sendirian. UMNO pun tak ingin PAS masuk BN. UMNO cuma nak PAS buat kacau dalam pakatan rakyat dna keluar dari pakrtan rakyat dan berjuang sendirian. Bila PAS keluar pakatan rakyat, pakatan rakyat hancur. UMNO dan BN akan berkuasa 20 tahun lagi. Kenapalah susah snagat nak nampak benda nih.

Lagi satu ideologi berjuang tak nak memang. Inilah ideologi yang digemari oleh musuh-musuh Islam. Kalau tak nak menang, jangan ikut parti politik, berjuang melalui NGO. Baru tak ada menang kalah. Kalau berjuang melalui parti politik ada menang dan kalah

Anonymous said...

Abu Irfan

Orang tahu la, strategi apa ke bendanya. Kerajaan perpaduan tu memang agenda nak masuk BN. Kerajaan tanpa pembangkang adalah helah nak masuk BN. Sebab sesetengah pimpinan PAS ada personal problem dengan PKR. Itu aje. Tok sah nak konar-konar la. Sebab itu JK PAS pUsat tak tahu dan TG Hadi tarik balik. Itu bukan strategi tapi keputusan peribadi geng Muzakarah dan beberapa kerat dalam PAS yang berlindung atas nama kepimpinan Ulamak.

Anonymous said...

Kepada Mahmud Katiriah

Halatuju PAS memang ALLAH Ghayatuna. Tapi bebrapa orang pimpinan PAS yang akan bertanding akan bawak halatuju baru iaitu UMNO Ghayatuna. Sebab itu, media UMNO gila-gila punya sokong Ust Nasa Mat Isa dan Kerjaaan perpaduan. Kenapalah susah sangat nak nampak benda nih. Bukak mata sikit. Jangan tidur lagi. Pleaseee. PAS dalam bahaya.

nujum pak belalang said...

exco pemuda yg brkiblatkan 16 sept dh muncul..

Anonymous said...

Farid Helmi embong

Sebenarnya TGHH tak ada masalah langsung. Yang ada masalah ada Ust Nasa Mat Isa dan penasihat TGHH. Geng Muzakarah UMNO ni sja aje jadikan TGHH sebagai punch beg, perisai diorang sepaya diorang selamat dari kritikan. Yang kesian TGHH yang menjadi speaker diorang. TGHH yang dikritik. Diorang selamat.Itulah sikap tak bermoral geng Muzakarah UMNO dalam PAS.

Anonymous said...

Muhafaza73

Jangan sembang secara emosional. Tengok dengan hati terbuka. Apa halatuju PAS lepas ni. Kepada BN atau kepada Paktan Rakyat.

Husam orang yang paling serius dalam meeting dan dalam buat kerja. Sangat menjaga masa dan sangat berdisiplin. Sebab itu, geng yang tak kuat iman, tak boleh manipulate Husam untuk dapatkan habuan dunia.

Anonymous said...

Nujum Pak Belalang

Ini lagi satu, suka sangat label-label orang. Dengar dulu hujah orang, jangan label. Mana ada dalam silibus usrah PAS, kita kena label orang dulu sebelum dengar pandangan orang. Islam mengajar mendengar pandagan orang lain walaupun iblis (Hadith tentang fadilat ayat kursiy)

Geng Muzakarah memamg macam ni, kerja label orang, lawan ulamak la, erdogan la, macam mamcam lagi.

nujum pak belalang said...

klu lu masa x jd 16 sept tmpoh hari mcm ni pnya smangat mcm yg lu & the geng dok serang TGHH skrg ni wa respek la tp lu x brbunyi pn malah duk snjung DSAI lg..tp lu jgn lupa krajaan Perak jatuh sbb DSAI gak so bg wa padan muka DSAI & lu & the geng yg sewaktu dgn nye...

KHAS utk SDR ABDULLAH KARIM

muahafaza73 said...

anonymous..

yeke..hebat tui datuk paduka husam ye...msti masa meting pusat ko ada..

Orang Pulau said...

Nujum Pak Belalang,

Cuba ko baca btol2 isu sebenar yang dibangkitkan oleh Abdullah Abdul Karim tu. Nape ko melalut sampai TGHH plak.

Baca dengan hati dan aqal bai. Jangan nak merapu tak tentu pasal.

kekalutan ini dicetuskan oleh NIK ABDUH

Anonymous said...

Alahai, Nash Tantawi ni cakap belit-belit konon tak mahu ngaku orang politik tapi cakap berniat politik. Politik diri sendiri la tu, itu pasal takut cakap terus terang. Orang cari makan la katakan, nanti takde tempat pulak, miss pangkat, miss syoruuu. Sebab ada pangkat ni lah senang cari makan sana-sini, ceramah berhasil... Apa kata takde pangkat, takde gelaran, ada ke orang datang panggil ceramah... zero laa tak masyuuuukkkk.

nujum pak belalang said...

orang pulau,

lu pn knya bce ngan hati & akal beb..sbb ble ckp hal nik abduh bkn ke brkait dgn isu pokoknye..tu la jgn duk pulau lama2 mai lu dtg tanah besar wa bw lu jln2 mkn mee celup...

marhain said...

isu muzakarah dan kerajaan perpaduan tak abis2 ditimbulkan. macam ada dikalangan mereka yang timbulkan isu masih buat2 tak paham dgn pandangan ust nasa. mgkn ada yang mahu lebih dr itu..... jgn kerana kita mahukan sesuatu kita sanggup gadai prinsip perjuangan islam. dahlah tuan2. bila berlaku dua puak dalam jemaah, yang tepuk tangan bukan orang lain, anwar dan konco2nya yang ada dikalngan ahli pas terlampau taksub dengan idenya. Bukan pas yang hilang halatuju, tp sebahagian ahli yang tak sedar diri telah hilang arah.

nujum pak belalang said...

marhain,

wa kna stuju dgn apa yg lu tulis wlau pn ada yg x stuju yg dpa smua dh di mainkn oleh TG DSAI..

Nujum Tahi Belalang said...

Kalaulah semua ustaz dalam PAS berfikiran macam ustaz hasrizal saifulislam.com, tentunya telah lama dakwah dan syiar islam berkembang di Malaysia.

Ini ramai yang jumud dan tertutup. Tahu nak label orang sahaja.

Anonymous said...

KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Insan Hina said...

kepada sapa-sapa yang tidak memahami perjuangan PAS,tak payah nak komen yang merapu-rapu.

Gunakanlah pertimbangan akal dan rujukan kitabullah.

sapa2 yang sengaja menimbulkan perpecahan dikalangan ulamak,tunggu saja kehancuran yang akan Allah turunkan kpdnya.

abu yusuf said...

Salam,

kita semua pejuang Agama Allah..

kita semua sayang kepada PAS.

kita semua bersuadara.

masing-masing antara kita ade hujah yang kuat-kuat untuk membawa hala-tuju PAS.

sembentara kita menunggu muktamar akan datang, kita kumpul hujah...nanti hari muktamar kita sama-sama bahas.

InyaAllah keputusan mesyuarat adalah yang terbaik.Yakinlah...

...........

p/s ; apabila kita mendapat sesuatu berita janganlah kita terus berhujah ape yang kita dapat itu, sebaliknya kita lihat dahulu sumber berita yang kita dapat itu.. sebab kita takut berlaku fitnah..kita orang-orang mukmin mesti berhati-hati dengan kata-kata kita.

saya sedih, kenapa antara kita ade yang mempersendakan pimpinan tertinggi.

Hormatilah semua pimpinan kita,Dua orang tuan Guru,Ustaz Nasrudin Tantawi, Husam Musa, USt Nasaruddin Mat Isa, ust Nik Abduh dan semua pimpinan kita.. pimpinan kita semua baik-baik.

Janganlah sebab kita,boleh terbantut proses dakwah.

Islam tetap tinggi..Allahuakbar...

........Maaf.....

nujum pak belalang said...

tahi belalang,

mana lbh afdal lu amik pndngan dr sorng je @ rmai..wa ingat elok lu tnya ust hasrizal nnt dpt jwpn..sbb insyaallah jwpn ust x mcm lu pkir

Syed said...

nujum pak belalang said...
klu lu masa x jd 16 sept tmpoh hari mcm ni pnya smangat mcm yg lu & the geng dok serang TGHH skrg ni wa respek la tp lu x brbunyi pn malah duk snjung DSAI lg..tp lu jgn lupa krajaan Perak jatuh sbb DSAI gak so bg wa padan muka DSAI & lu & the geng yg sewaktu dgn nye..
Aku Jawab: Pak Belalang, 16 Sept tu target. Boleh jadi berjaya, boleh jadi tidak. Biasa la. Amenda masalahnya. Bukannya haram pun tetapkan target. Kerajaan Perak jatuh sebab BN beli ADUN PKR, itu dia pointnya, apa kena mengena dengan DSAI pulak. Takkan DSAI nak kantoikan parti dia sendiri.

Syed said...

muahafaza73 said...
anonymous..

yeke..hebat tui datuk paduka husam ye...msti masa meting pusat ko ada..
Aku Jawab: Aku ada la masa tu. Sebab itu aku tahu.

Syed said...

nujum pak belalang said...
orang pulau,

lu pn knya bce ngan hati & akal beb..sbb ble ckp hal nik abduh bkn ke brkait dgn isu pokoknye..tu la jgn duk pulau lama2 mai lu dtg tanah besar wa bw lu jln2 mkn mee celup...
Aku Jawab: Pak Belalang, baca dengan akal la tahu Nik Abduh dah menyalahi hokum Islam. Tuduh orang sembarang-sembarang. Orang yang taksub, akan terus memuja kesalahan orang yang disukainya.

Syed said...

marhain said...
isu muzakarah dan kerajaan perpaduan tak abis2 ditimbulkan. macam ada dikalangan mereka yang timbulkan isu masih buat2 tak paham dgn pandangan ust nasa. mgkn ada yang mahu lebih dr itu..... jgn kerana kita mahukan sesuatu kita sanggup gadai prinsip perjuangan islam. dahlah tuan2. bila berlaku dua puak dalam jemaah, yang tepuk tangan bukan orang lain, anwar dan konco2nya yang ada dikalngan ahli pas terlampau taksub dengan idenya. Bukan pas yang hilang halatuju, tp sebahagian ahli yang tak sedar diri telah hilang arah.
Aku Jawab: Marhain, apa benda yang tidak faham. Kamu yang tidak faham. Paper UMNO dah main isu ni berapa lama. UMNO aje yang suka kerajaan perpaduan. Pasal apa pemimpin PAS terhegeh-hegeh yang membuntuti UMNO. Ada deal belakang ke? Tak ada orang taksub dengan Anwar, tapi kita hormat sesame rakan seperjuangan. Bukannya jadi pembelot macam Ust Nasha Mat Isa. Nak masuk UMNO, masuk sendiri, jangan bawak parti.

Syed said...

nujum pak belalang said...
marhain,

wa kna stuju dgn apa yg lu tulis wlau pn ada yg x stuju yg dpa smua dh di mainkn oleh TG DSAI..
Aku Jawab: Orang UMNO aje yang tidak suka DSAI ni. Amenda masalahnya DSAI? Nampak sangat nujum Pak belalang cybertroopers yang dibayar oleh UMNO untuk memperkukuhkan blog kerajaan perpaduan Nasarudin Tantawi. Ada deal belakang ke?

Syed said...

Anonymous said...
KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku Jawab: Orang tak betul, nak timbulkan provokasi. Tanya Ust Nasa Mat Isa,, masuk BN bukannya kerajaan totally secular yang rasuah ke? Habis tu, kenapa ada usul kerajaan perpaduan?

Syed said...

Insan Hina said...
kepada sapa-sapa yang tidak memahami perjuangan PAS,tak payah nak komen yang merapu-rapu.

Gunakanlah pertimbangan akal dan rujukan kitabullah.

sapa2 yang sengaja menimbulkan perpecahan dikalangan ulamak,tunggu saja kehancuran yang akan Allah turunkan kpdnya.
Aku Jawab: Insan Hina, Akal dan rujukan kitabullah mengharamkan kita bersama-sama dengan puak rasuah dan bunuh orang macam Najib Antantuya. Sebab itu kita kena haling PAS daripada masuk BN.

Syed said...

nujum pak belalang said...
tahi belalang,

mana lbh afdal lu amik pndngan dr sorng je @ rmai..wa ingat elok lu tnya ust hasrizal nnt dpt jwpn..sbb insyaallah jwpn ust x mcm lu pkir
Aku Jawab

Pak Belalang: Cuba sebut yang mana salah daripada pandangan Ust Hasrizal?

Syed said...

Abu Yusuf,

Kita hormat pandangan pimpinan selagi mana mereka tidak mengkhianati parti dan menipu ahli. Kalau pimpinan menipu ahli, mengatakan tidak ada pertemuan dengan UMNO dalam gelap, tetapi akhirnya dikantoikan dengan Pak Lah Badawi, macamana nak berikan penghormatan???

Syed said...

Insan Hina

Kena ingat, dalam Hadith, banyak celaan pada ulamak akhir zaman yang tidak jujur. Merekalah makhluk terburuk di bawah kolong langit. Dalam riwayat lain, ulamak jahat lebih teruk daripada anjing. Ini hadith yang bagitahu. Jangan ingat orang yang mengaku ulamak tu maksum

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Definasi 'Ulamak' Bangsa Melayu

Orang Melayu
Ulamak = Ustaz

Orang Melayu Islam
Ulamak = Ustaz + Tok Guru

Orang Islam Melayu ?
Ulamak = Orang yg berilmu/pakar dalam sesuatu bidang.

Yang mana betul ?

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Buat Akhi yang mulia Abdullah Karim

Kalau Akhi lihat sokongan ana kpd Ustaz Nik Abduh pada artikel yg ana tulis dan baca baris demi baris , Akhi akan dapat lihat betapa ana sokong adalah sokong bersyarat .

Saya sokong jika ada pendedahan untuk mendedahkan yang salah , krn yg salah tidak boleh dilindungi tetapi pendedahan itu mesti benar dan ada bukti .

Akhi Abdullah boleh lihat kembali artikel ana yg bertajuk :Penjelasan Ustaz Nik Abduh : dalam artikel ini ana sebut ( Akhi boleh cek semula ) :

" Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya ."

dan juga di penghujungnya saya tulis juga khas untuk Nik Abduh :

" Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya ."

olh krn itu , sesiapa shj yg perlukan bukti boleh berjumpa direct dgn ustaz Nik Abduh dan beliau telah dipanggil ke tribunal PAS Kelantan dan juga Dewan Ulama' PAS Kelantan , Ustaz Nik telah tampilkan bukti atau hujjahnya di situ .

Wallahua'lam

Anonymous said...

syed ni nampak pandai dan matang hujahnya.
Saya rasa anda tak sesuai dlm pas dan anda akan kecewa dalam pas sebab pas nak join UMNO.Pantang datuk nenak kita kalau join dgn UMNO ni..jadi utk kurangkan kecewa anda baik anda masuk pkr je..memang sesuai, berdakwah dalam pkr...anwar ibrahim satu-satunya tokoh yang akan memperjuangkan islam di malaysia. TGNA dan TGHH tak boleh diharap...tak profesional. Biarkan pas kalo nak join UMNO. elok anda perteguhkan pkr dan DAP. saya yakin anda sesuai berada dalam PKR bukannya pas.
Pas ditubuhkan oleh ulamak-ulamak. Biarkan pas dengan imej ulamak. Anda bergeraklah dalam PKR....ajak anwar ibrahim tendang pas keluar...biar golongan bijak dan cintakan keadilan seperti anda yang ada dalam pakatan rakyat(PKR dan DAP)...jangan sayangkan pas, anda patut sayangkan pkr....masa depan nak jatuhkan BN akan terbentang luas jika anda duduk dalam PKR...anda pasti berjaya jika wala' dan thiqah pada anwar...yaa malysia baru. Percayalah anda sangat tak sesuai dah nak berada dalam pas.....anda sangat-sangat sesuai berada dalam parti anwar.....pilihlah pkr..pilihlah pkr....tinggalkan pas. jangan nak habiskan masa dok sibuk muhasabah ulamak pas ni...baik awak jadi ulamak dalam pkr....bawa lah aspirasi awak dalam pkr....awak sesuai keluar pas....awak akan bahgaia keluar dari pas.Saya rasa nak muntah bila awak nak selamatkan pas yang dah nak hanyut ni dengan awak mencerca pemimpin tertinggi pas dan ulamak dalam pas....tak sesuai kalao awak berbuat demikaian selagi awak mengaku pas...baik awak masuk pkr lepas tu awak boleh hentam pas sesedap-sedapnya...ya masuklah pkr....anda pasti bahagia.

Anonymous said...

ya syed...memang ada hadis yang mencela ulamak akhir zaman, dan celaan itu bukanlah untuk anda. sebab anda bukan ulama. Jadi celalah ulamak akhir zaman sebab anda faham yang nabi suruh cela.....pantas dan tinggi sungguh ilmu anda....sampai begitu sekali teliti anda dengan ulama sampai anda tahu detail segala perbuatan mereka. dan anda rasa ulama seperti TGNA dan TGHH adalah ulama akhir zaman yang patut dicela kerana pengkhianatan mereka.hisss saya yakin dgn keberanian anda...mesti anda orang ikhlas dan sangat banyak jasa dalam pas...dan anda pasti rajin solat hajat dan qiamullail sehingga boleh lihat lemahnya ulamak pas dan kuatnya hujah anda dan anda begitu yakin untuk menentang tindakan mereka.Mereka adalah ulamak yg dah tak faham kehendak ahli jemaah, sedangkan anda sangat ikhlas nak berjuang untuk islam di malaysia.Atas ketinggian ilmu anda ini anda memang bijak dan layak mungkin untuk syurga..ulamak bukan maksum, tapi anda pasti benar dalam tindakan anda ini....anda sangat berilmu dan rapat dgn Allah. kalau tidak mana mungkin anda ada keberanian seperti ini ???....kedua ulama besar dalam pas itu sudah tua dan tidak relevan lagi...biarkan orang berilmu dan berpandangan jauh seperti anda pula yang membawa hujah dan halatuju pas.....anda pasti sudah banyak mengalami pahit getir dalam meneguhkan perjuangan pas...berbading kedua ulamakitu....mereka nampak khianat dan akan menjatuhkan pas.nanti....tidak setia pada kawan.
Allah ajar nabi musa berdakwah dengan lembut pada firaun tapi bagi anda kita tak mungkin ada sikit pun kompromi dgn UMNO yg khianat...takkan kita nak biarkan dia khianat kita lagi ?..NO WAY...biarpun kita beribu kali khinat dgn Allah kemudian Allah ampunkan bila kita taubat, tapi jangan kita ampun kan UMNO dan bukak peluang kpd UMNO...NO WAY. PKR dan DAP lebih adil dan bagus.....anwar is our PM to be....jangan sesekali kita hilangkan semangat setiakawan kita pada PKR....hidup tuan syed, tolak ulama'...

marhain said...

to syed said

saya rasa dah cukup tazkirah dr anonymous tu, mmg nmpk anda yang paling ikhlas berhujah sehingggakan terasa mcm anda berjuang pas masa dalam perut ibu lg.kira2 lg lama dari tok guru hj hadi berjuang dalam pas ni. mgkn anda ni memang seorang yang alim dan lebih alim dari majlis syura ulama. sebenarnya penjelasan dari pimpinan tentang muzakarah masih menyebabkan hati anda masih tak puas.Sebenarnya anda terikut sama utk memprcayai keseluruhan cerita seolah2 memang tghh, ust nasa dan pengikut2 tegar ni nak bwk pas masuk umno. memang ada ke kenyataan dr tok guru nak bwk pas masuk dan ikut telunjuk umno? jgn bangang sgt nak menilai pimpinan kita. tu yang saya sebut mgkn anda lebih tahu sbb anda dah lama berjuang waktu dalam perut ibu lg. sedarlah wahai syed said... jgn buat2 lebih tahu drp org lain ttg perjuangan islam ini. ramai org yang menentang tok hhadi, dikalangan org mgkn dpt tarbiah dan separa tarbiah. tp tak phm ttg konsep berjamaah. sebnrnya sape yg lebih2 ungkit pasal isu muzakarah ni media umno ke atau dikalangan pimpinan pas yang memang jenis tak thiqah pd presiden dan tak wala kptsn syura? Mgkn anda dikalangan mrk itu?

Syed said...

ANONYMOUS sAID

"Biarkan pas kalo nak join UMNO. elok anda perteguhkan pkr dan DAP."

Aku Jawab: Memang betul, ada gerakan nak bawak PAS masuk BN. Ini dia buktinya.

Anonymous Said
"Saya rasa nak muntah bila awak nak selamatkan pas yang dah nak hanyut ni dengan awak mencerca pemimpin tertinggi pas dan ulamak dalam pas....tak sesuai kalao awak berbuat demikaian selagi awak mengaku pas...baik awak masuk pkr lepas tu awak boleh hentam pas sesedap-sedapnya...ya masuklah pkr....anda pasti bahagia."

Aku Jawab: Ini pattern orang kecewa dalam PAS apabila perancangan diorang nak bawak masuk PAS dalam BN didedahkan. Kita pulak ditendang. Bukan dia yang kena tendang. Pelik. Pastu, main benda-benda emosi. Tak hormat ulamak la. Cerca ulamak. Itu bukan isunya. Tak ada kena mengena. Isunya sekarang adalah bagaimana nak memastikan PAS tetap kekal dengan perjuangan asalnya menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Bukannya masuk ke dalam UMNO. Tolong jangan emosi dan melalut pada isu yang tidak ada kena mengena.

Syed said...

Anonymous Said

"Jadi celalah ulamak akhir zaman sebab anda faham yang nabi suruh cela.....pantas dan tinggi sungguh ilmu anda....sampai begitu sekali teliti anda dengan ulama sampai anda tahu detail segala perbuatan mereka. dan anda rasa ulama seperti TGNA dan TGHH adalah ulama akhir zaman yang patut dicela kerana pengkhianatan mereka.hisss saya yakin dgn keberanian anda..."

Aku Jawab: Ini perangai geng muzakarah. Suka putar belit kenyataan orang lain. Lepas tu main emosi tak tentu pasal. Macam pondan. Aku tak tujukan hadith tu secara khusus, tetapi Nabi SAW tujukan hadith tersebut kepada ulamak yang jahat. Sebagai peringatan kepada kita, jangan ingat setiap orang yang ada degree FPI tu maksum dan terpelihara dari dosa., bahkan ada di antara mereka yang menyalahgunakan agama atas kepentingan peribadi. Aku tulis panjang, ko bagi kesimpulan aku kutuk dua tok guru. Ko lah orang paling putar belit dan pengadu domba zaman sekarang. Lebih teruk dari Abdullah Bin Ubai. Inikah dia hasil usrah yang ko ikut selama ni. Sapa ajar?

Aku tak pernah kata tolak Ulama', Ok. Aku ulang balik. Tolong jangan putar belit. Then,jangan cuba kaitkan perjuangan PAS yang Islamik dengan Ideologi Paragmatik Sekularis Nasionalis UMNO yang sesat. Jangan cuba dekatkan dan jangan cuba rapatkan. Jangan cuba nak buat muka kesian untuk rapatkan PAS dengan UMNO supaya PAS masuk Barisan Nasional. Inilah dia tangan halus, tali barut UMNO yang ada dalam PAS. Yang cuba buat muka kesian kat orang bila masa dia dah nak rebah.

Syed said...

Marhain Said

"Sebenarnya anda terikut sama utk memprcayai keseluruhan cerita seolah2 memang tghh, ust nasa dan pengikut2 tegar ni nak bwk pas masuk umno. memang ada ke kenyataan dr tok guru nak bwk pas masuk dan ikut telunjuk umno? jgn bangang sgt nak menilai pimpinan kita."

Apasal pulak tak ada. Ini bukan tuduhan. Tapi pengakuan TGHH. TGHH yang kata nak buat kerajaan perpaduan. Kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa pembangkang. Tanpa pembangkang tu, PAS nak masuk BN la, amenda lagi. Apasal susah sangat nak faham ni.

Anonymous said...

Salam ustaz.

Kami sentiasa mendoakan ustaz dan diri kami semua agar terus larut dalam perjuangan. Seeru ala barakatillah!

Anonymous said...

tuan syed,
saya tak tau ada gang muzakarah dan ada gang 'masuk UMNO aku marah' dalam pas ni...jadi anda dipuak mana ?tak pa, kat mana pun saya tetap bersama anda...sebab saya yakin dgn kebijaksanaan anda.

saya bersetuju dgn anda....TGHH kata nak bawa pas masuk UMNO...cisss...jadi marilah kita cela dia....sebab ini salah sama sekali, mana boleh masuk UMNo...yang boleh adalah kita kena masuk pakatan rakyat jer, kan ini yang kita belajar dari kitab ? Jadi inilah yang dikatakan ulama jahat...kita kena tolak ulamak jahat, macamana tolak ulamak jahat ??...kita tolak ulamak jahat dgn cela ulamak jahat seperti yang sedang anda buat ini. Mana-mana ulamak yang ada hasrat nak bekerja dgn UMNO adalah ulamak jahat, yang baik hanya yg nak kerja dgn PKR...nilah yg kita belajar dalam usrah.
Dalam usrah kita diajar supaya berani mengkritik ulamak dan mengkritik pimpinan. Dalam usrah kita diajar suburkan buruk sangka kita dgn pimpinan kalo kita tengok tindakan mereka tidak kena dgn selera kita. Kita sebnarnya lebih arif strategi kerja berbanding mereka...dalam usrah kita diajar mencela mereka jika kita rasa mereka salah, sebab mereka manusia macam kita...tidak maksum, bahkan mereka mungkin lebih dungu dari kita maka kita bolehlah merendahkan kedudukan mereka dgn tulisan dan kata-kata kita....kalo kita rasa depa memang salah.Inilah yg kita terima dari usrah...

Dalam usrah kita diajar bahawa org lain adalah seperti 'abdullah bin ubai' dan kita pulak laksana sahabat rasulullah jika ada orang yang tidak sependapat dgn kita..
Dalam usrah kita diajar supaya sakiti ulamak kita dgn kata-kata yang celupar jika kita rasa mereka salah...dalam usrah juga kita belajar ulamak mungkin salah tapi kita ni...errr...err... tak mungkin kita salah. Pandangan dan gerak hati kita, perasaan dan hasrat perjuangan kita akan benar sentiasa....jadi yakin dan beranilah membawa hujah sekalipun hujah kita kelihatan sangat 'merendahkan' ulamak yang menjadi pemimpin tertinggi kita sekarang. Kerana kita sedang BENAR ni...sedangkan ulamak 'mungkin sedang salah ni.

saya makin yakin dgn tuan syed...menulis lah lagi. Ceritakan apa-apa saja hasil yg diperolehidalam usrah, kerana anda sedang pamirkan sikap paling, hebat dan benar sekali. sya yakin anda tak mungkin salah...seperti anda, saya yakin yang ulama atau presiden sedag salah, jadi adalah yg lebih layak utk kami thiqah....

ramai ahli jemaah yg sedang baca ni...dan ramai yang bersetuju dgn saya...

ayo...tulis lagi wahai sahabat dijalan ALLah

Syed said...

Anonymous said...

tuan syed,
saya tak tau ada gang muzakarah dan ada gang 'masuk UMNO aku marah' dalam pas ni...jadi anda dipuak mana ?tak pa, kat mana pun saya tetap bersama anda...sebab saya yakin dgn kebijaksanaan anda.

Aku Jawab: Inilah dia geng Muzakarah UMNO. Bukan nak bincang elok-elok. Main sindir-sindir pulak. Entah mana satu point dia, aku tak tahu. Semuanya prasangka, dan tuduhan. Ikut perangai Nik Abduh tu. Masa bila pulak aku kutuk TGHH. bagitahu, mana statement aku kutuk TGHH. Dan mana statement aku mengikut kesemua apa yang ko sebut di atas. Sebut satu-satu, wahai pemfitnah.

Anonymous said...

Tahniah... walaupun Ust Nasa tak rasa sebagai ahli politik. Ust dah jadi ahli politik berjaya, memutar belitkan suasana dengan hujah awak tu.

saya rasa ust Nasa bakal jadi pemimpin tertinggi PAS dengan idea dan cakap2 sebegini. budaya cantas-mencantas dah makin menjadi pula dalam PAS macam UMNO.

saya sarankan apa kata Ust. Nasa bertanding jawatan Naib presiden.

better for you not to continue your 2 vol. Diam lebih baik daripada bercakap...

Anonymous said...

aik...tuan syed...ayahnda marah ??...hai sebijik macam perangai Abdul Wahud...

yang ni tuan syed tulis :
Aku Jawab: Marhain, apa benda yang tidak faham. Kamu yang tidak faham. Paper UMNO dah main isu ni berapa lama. UMNO aje yang suka kerajaan perpaduan. Pasal apa pemimpin PAS terhegeh-hegeh yang membuntuti UMNO.

errr...ini sedang muhasabah pemimpin pas dgn bahasa yang dipelajari dalam usrah.

ni lagi...
Aku Jawab: Pak Belalang, 16 Sept tu target. Boleh jadi berjaya, boleh jadi tidak. Biasa la. Amenda masalahnya. Bukannya haram pun tetapkan target. Kerajaan Perak jatuh sebab BN beli ADUN PKR, itu dia pointnya, apa kena mengena dengan DSAI pulak. Takkan DSAI nak kantoikan parti dia sendiri.

16 sept boleh pulak salah yer...kalau muzakarah UMNO belum cuba dah confirm salah.... NO and NEVER sebab Allah memang tulis kat kitab NO MUZAKARAH DGN UMNO ??...jadi this one pliz we cannot buka jalan...
..errr camtu ke tuan syed ??

ni lagi :
Kita hormat pandangan pimpinan selagi mana mereka tidak mengkhianati parti dan menipu ahli. Kalau pimpinan menipu ahli, mengatakan tidak ada pertemuan dengan UMNO dalam gelap, tetapi akhirnya dikantoikan dengan Pak Lah Badawi, macamana nak berikan penghormatan???

errr maksudnya kita jangan bagi 'penghormatan' lagi pada pimpinan pas yg jumpa UMNO ni ?...ini khianat...errr sebab apa khianat ??...sebab kita fikir ia khianat.Walaupun pun alasan, jawapan dari tuan presiden kita tetap rasa ini khianat....apa dewan ulamak kata pun kita tak mau dengar...yang penting kita dah nilai ini khianat...kitalah yang paling tau dan paling benar....maka kita berseru pada semua orang supaya jangan menghormati ulamak ini dalam pas....KITA TURUNKAN MEREKA !!

tuan syed...anda benar dan usrah anda hebat...

Anonymous said...

ada bukti ke nik abduh buat tuduhan melulu ?..tuan sued ada bukti ker ???....macamana tuduhan melulu tu ???...tuduhan tanpa bukti ??tuan syed ada bukti yang apa nikabduh tulis tu karut dan melulu...ade bukti ? sekarang saya yakin tuan syed tidak mebuat tuduhan melulu kepada nikabduh...

....isu nikabduh ni kita 'perati' nanti...meh kita lihat sapa yang kenaa ....

antara tuan syed dan nikabduh, sapa yg lebih b'tanggunjawab dgn tulisannya.

dia dah dipanggil oleh tribunal.....kalo kena tindakan apa-apa.....CONFIRM dia melulu, tapi kalo penerangannya diterima ???...tuan syed nak kata apa yer ????...tak pa, wait n see

Anonymous said...

Cara sesetengah forumers berhujah di dalam blog ini seolah-olah menjadikan dua tok guru memang confirm nak masuk UMNO. Then,mereka juga berhujah bahawa UMNO lebih baik daripada Pakatan Rakyat. Harus diingat, kejahatan UMNO tidak perlu diungkit lagi. Bukan sahaja kepada Islam, tetapi juga kepada bangsa Melayu dan negara ini. tidak ada sebab mengapa PAS harus kembali kepada UMNO. Dua tok guru sangat arif tentang perkara ini.

Jangan cuba nak kaitkan tok guru dengan UMNO dalam blog ini. Kedua-dua mereka sangat sedar tentang jenayah UMNO terhadap umat Islam di negara ini.

Syed said...

Anonymous Said

"16 sept boleh pulak salah yer...kalau muzakarah UMNO belum cuba dah confirm salah.... NO and NEVER sebab Allah memang tulis kat kitab NO MUZAKARAH DGN UMNO ??...jadi this one pliz we cannot buka jalan...
..errr camtu ke tuan syed ??"

Aku Jawab: Aku rasa dah berbuih dah aku jawab. Tapi kelompok pro UMNO ni memang suka putar belit kata orang. Hati dah keras macam binatang ternak kata quran. Sapa kata muzakarah salah?? Masa bila pulak aku kata salah?? Yang salah adalah usaha bawak PAS masuk BN, kemudian dijenamakan usaha itu di atas nama muzakarah atau kerajaan perpaduan. Susah sangat ke nak faham?

Syed said...

Anonymous Said

"errr maksudnya kita jangan bagi 'penghormatan' lagi pada pimpinan pas yg jumpa UMNO ni ?...ini khianat...errr sebab apa khianat ??...sebab kita fikir ia khianat.Walaupun pun alasan, jawapan dari tuan presiden kita tetap rasa ini khianat....apa dewan ulamak kata pun kita tak mau dengar...yang penting kita dah nilai ini khianat...kitalah yang paling tau dan paling benar....maka kita berseru pada semua orang supaya jangan menghormati ulamak ini dalam pas....KITA TURUNKAN MEREKA !!"

Aku Jawab: Ini bangsa orang yang tidak objektif bila menulis. Ikut suka emosi. Entah mana point, aku pun tidak tahu. Yang banyak nyer adalah tuduh, tuduh, tuduh. tak hormat ulamak la, nak turunkan ulamak lah, bencikan tok guru lah, tidak beradab la. Tolong jangan bawak lari tajuk.

Heyy, semua benda yang kita bincang kat sini, tidak ada kena mengena dengan sikap anti-ulamak, ataupun anti tok guru. Tidak ada. Faham. Kita tengah bincang tentang usaha nak bawak PAS masuk BN. Dan ada melibatkan segelintir pimpinan PAS. Adapun, yang tidak terlibat, alhamdulillah, mereka mulia. Kalau yang terlibat, itulah yang dihujahkan sekarang.

Syed said...

Anonymous Said

"ada bukti ke nik abduh buat tuduhan melulu ?..tuan sued ada bukti ker ???....macamana tuduhan melulu tu ???...tuduhan tanpa bukti ??tuan syed ada bukti yang apa nikabduh tulis tu karut dan melulu...ade bukti ? sekarang saya yakin tuan syed tidak mebuat tuduhan melulu kepada nikabduh..."

Ini lagi satu, kata tarbiyyah kuat sangat, takkan tak belajar dalam Usrah. Ustaz tak ada ajar ke kaedah Islam di dalam membuat tuduhan.

Al-Bayyinatu Ala man Muddae' wal yaminu ala man ankara.

Beban pembuktian adalah bagi penuduh, dan bersumpah itu untuk yang dituduh.

Nik Abduh yang tuduh, Nik Abduh lah yang kena bawak bukti. Dan dia kena nyatakan dalam terang siapa yang buat. Kalau dia tak bawak, dia kena tarik balik tuduhan dia. Ia dianggap fitnah. Dekat sama dengan kaedah Qazaf.

Bukannya aku yang kena buktikan tuduhan dia salah. Benda simple macam ni kena terangkan jugak ke? Dalam usrah belajar apa yek? Ooh ye, belajar pasal taklid dan taksud kepada individu.

Anonymous said...

Ustaz Din yang dikasihi,

Alhamdulillah, jika inilah sikap yang diambil maka jelas terserlah kebijaksanaan Ustaz. Namun, saya fikir hingga ke hari ini syarat (iaitulah mengemukakan bukti)yang Ustaz letakkan dalam menyokong Nik Abduh mungkin masih belum ditunaikan oleh Ustaz Nik Abduh.

Bagi saya, kalau tuduhan sudah dibuat secara terbuka, maka pembuktiannya juga harus dibuat secara terbuka juga bagi mengelakkan prasangka dan fitnah. Kalau niatnya dari awal tidak ingin mengemukakan bukti, atas apa alasan sekalipun, kenapa memilih untuk mendedahkan di dalam blog?

Kenapa tidak Ustaz Nik Abduh mengadukan perkara ini secara direct dengan membuat aduan kepada pimpinan tertinggi atau Majlis Syura Ulamak?

Maka, selagi tidak ada bukti yang dikemukakan oleh Si Penuduh, saya tetap beranggapan apa yang dituduh oleh Ustaz Nik Abduh adalah suatu fitnah.


ABDULLAH ABDUL KARIM

Karim Pak Lah said...

Salam,

Ok...go Pak Lah Karim. Belasah ustaz ni habis2. Dorangla yg menggagalkan rancangan 16 sept Anwar. Kita dh percaya dan berusaha hidup2 tapi dorang buat hal. Hidup Pak Lah Karim, calon ketua Pemuda Pusat.

Anonymous said...

Kepada Karim PakLah

Sudahlah emosi tak pasal. Abdullah Karim tulis elok-elok, kamu emosi pulak. Berhujahlah dengan cara baik dan berhemat. Semua orang dalam PAS ikhlas di dalam mencari mardhotillah

Karim Pak Lah said...

Salam,

Bohong....Kalau dulu, mungkin. Tapi sekarang tidak lagi.

Gi tanya Husam, dia dapat tak komisyen balak berjuta2???

Gi tanya Dr Lo' Lo', dia dapat tak sumbangan dr Husam berpuluh ribu dan dia guna beli Storm. Alih2 kaum kerabat dia yg pakai Storm tu.

Wallahua'lam.

Syed said...

Karim Pak Lah

Kalau Husam ada terima komisyen, pergi la repot SPRM, apasal repot kat dalam blog ni plak.

Dr Lo Lo pakai storm baru? Untuk pengetahuan, setiap ahli Parlimen, dapat sekurangnya satu AP, atau pakej kereta murah. Orang tak pertikai la bila ahli parlimen beli kereta baru, sebab diorang dapat diskaun tinggi. Sama macam Ust Nasha Mat Isa beli CRV baru, orang tak pertikai. Tapi orang pertikai macamana USt Nasha beli rumah kat Bandar Seri Putra harga RM 1 juta. Cuba tanya pada Ust Nasha, dari mana dapat duit?

Anonymous said...

Bagus Karim Paklah. dah terdedah tembelang kamu.

Sekali lagi kamu menuduh satu benda yang serius. Kalau kamu ni betul menjunjung hukum Islam, sila kamu bagi bukti bagi tuduhan kamu ke atas Husam dan Dr Lolo.

Jika kamu gagal, maka jelaslah kami ni kaki fitnah dan adu domba. Entah2 kamu ni cybertrooper UMNO yanf sengaja nak pecah belahkan PAS.

Ahli PAS sekalian (tak kira geng mana) teruslah berhujah, tapi jangan ambil kira pemfitnah mcm Karim Paklah ni!!

Pemuda Gombak

wan said...

Abdullah karim..... Kalau betul ustaz semacam buat kesalahan dengan husam. pergilah belasah dia dalam blog kamu sendiri.

tak pernah aku tengok trend baru macam ni, satu geng satu dewan attack dalam blog sahabat sendiri.

Cuba gak tengok seluruh isi Ustaz Din tulis tu. Siap ada dalil untuk tegur Husam.

Syed said...

Sdr Wan

Abdullah KArim tidak attack Ust Din. Tetapi bebahas dengan bahasa dan cara yang baik. Inilah budaya yang kita nak terapkan dalam PAS. Berbahas dengan baik. Jangan terlalu tertutup sangat, bila pandangan tidak sama, kita anggap attack.

Begitu juga, bila ada pandangan tidak sama dengan pres, terus kita label orang itu tidak wala atau hnedak menjatuhkan pres. Saya ingat, pola berfikir lama seperti ini perlu dibuang daripada PAS.

Anonymous said...

tuan syed...tuan syed..akhirnya tuan syed dan kengkawan telah kembali ke pangkal jalan.Siapa yang timbulkan isu 'muzakarah' di sini ?? siapakah yang Sebelum ini mempersoalkan ulamak yg konon nak bawa pas masuk UMNO ? siapa yang kat sini menolak tepi penjelasan ulamak ttg isu muzakarah ni...errr atau muqabalah dgn tuduhan ulamak/TGHH dan ust nasa jangan nak berdalih ler...guna jalan belakang ler....guna jalan gelap ler ?? sapa ?? siapa yang menterjemahkan negara perpaduan sebagai bawa pas masuk UMNO ??..sapa ???...sapa kat sini yang naik hangin gila kerana yakin dgn 'tafsiran' mereka betol walaupun belum tentu betol sebetol betolnya...

sapa kat sini yang menulis seolah-olah dua ulamak besar dalam pas itu sedang nak bawa pas masuk UMNO ???
'mereka' seperti tuan syed itulah yang memanaskan isu ini kemudian bila kita bersikap 'menyokong'....tetiba kata kita mengarut pula....

woii, syed....saya ni pun tolak UMNO....tak bersetuju sebarang kerja dgn UMNO kerana saya faham apa itu 'kerja' dalam UMNO.....tapi saya takkan menolak seperti cara awak menolak sehingga lupa adab dan akhlak sebagai ahli jemaah.

Bawalah hujah menolak dgn cermat, hikmah dan ilmiah supaya orang terima dengan mudah....tapi anda lupa diri sehingga pemimpin tertinggi pun anda rasa sanggup 'nak ludah'...

anda takut pakatan rakyat punah...anda takut UMNO boleh kerja dgn pas....tapi anda tak takut akhlak anda terhadap ulamak yang macam sampah...

Sikap memandang rendah 'golongan ustaz dan ulamak'.....mengutuk ustaz ustaz pas....apa cerita ?.....ustaz nik buka cerita isu di kelantan...pembantu ayah dia...awak lebih angin ni pasai apa ?...awak 'pembantu ' ayah dia ke ?...biar depa anak beranak setel....ingat TGNA nak tengok aje ke ??

so jangan ghairah sangat bersuara...kalau anda sendiri main hentam kromo atau main sedap tafsir je....bukankah ini sikap orang yg melulu ??

Syed said...

Sdr Anonymous

TGNA ana tak tuduh apa-apa ye. Tolnong betulkan statement anta.

Anonymous said...

Cik Wan,

Bila pulak Dolah Karim tu tuduh Ust Din buat salah kat Husam? Kalau anta baca betul2 komen Sdr Dolah tu, dia sebenarnya menyokong saranan Ust Din supaya sesiapa yang kata PAS ni tak jelas halatujunya (samada Husam atau mana-mana orang lain) supaya mengemukakan bukti dan hujah.

Tapi dolah persoalkan kenapa hanya bila Husam atau sesiapa shaja yang buat tuduhan mcm tu yang Ust Din mintak kemukakan bukti. Padahal bila Ust Nik Abduh menuduh pembantu TGNA lagakan TGNA dgn TGHH tanpa Ust Nik Abduh bagi sebarang bukti dlm blognya, kenapa Ust Din tak tegur benda yang sama.

Itulah isunya di sini. Janganlah anta nak putar belit pulak. Dolah tak pertikaikan pun teguran Ust Din kpd Husam, cumanya dia tegur sebab dia rasa Ust Din double standard. Bila Husam tuduh, Ust Din beria minta bukti. Tapi bila Nik Abduh tuduh tanpa kasi bukti, Ust Din sokong plak.

Cik Wan lain kali baca betul2 hujah orang. Jangan nak main tibai aje.

Suratkhabar Baru

Unanonymous said...

Kepada Anonymous

Saya sendiri tidak faham apa awak tulis. Berbelit-belit. tidak tahu mana point. tengok macam tuan syed, faktanya jelas, dan ayatnya tidak beragam Straight to the point. Patutlahm tuan syed kita susah nak jawab apa awak tulis., Sebab saya sendiri tidak faham apa yang awal tulis. Tolong tulis proper sikit

penawarrindu said...

" Bahawa sesungguhnya menjadi kewajipan kepada kita sekalian bagi meneruskan perjuangan kita ini selama ianya tetap memperjuangkan dasarnya yang dinyatakan didalam Fasal 3 Perlembagaan Pas itu.Kerana berjihad dijalan Allah bagi menegakkan agamanya(Islam) adalah satu dari tuntutan Islam terhadap penganutnya" - Ustaz Hassan Shukri .Kertas Kerja Bertajuk Kefahaman kepada konsep Perlembagaan Pas dan tindakanya.

Yang telah dibentangkan di Ijtima' PAS Kedah pada 19.2.1983.
lagi di penawarrinduku.blogspot

muslimat said...

Teguhkan pendirian dan mohon bantuan dari Yang memiliki segala kekuatan sekiranya yakin menjunjung kebenaran.Penilaian manusia tidak sama dengan penilaian tuhan, maka utamakan penilaian Tuhan sekalipun manusia mencela..

Perjuangan ini memang suatu tuntutan tapi ia masih sebagai 'pilihan'.Maka jika ini suatu pilihan maka terimalah segala cabaran sekalipun kesan calarnya sungguh berbisa.

salam perjuangan untuk ustaz dan semua ahli gerakan yang ikhlas berada dijalanNya..

salam perjuangan utk ustaz...

achoksabah said...

saya setuju dengan pandangan syed..terus kepada point..

bagi saya, kerajaan perpaduan adalah kerajaan yg mana menggabungkan semua parti politik..ianya sama seperti pembentukan barisan nasional dahulu..BN sebenarnya adalah kerajaan perpaduan yg menggantikan perikatan yg hanya dianggotai oleh umno,mca,mic..

harini, bila ada idea kerajaan perpaduan dikemukakan, maka orang ramai melihat ianya seolah-olah ingin membawa semula pas kedalam BN..

maka,ramai lah ahli2 yg tidak bersetuju dengan idea ni,kerana mereka sedar UMNO BN ni terlalu busuk untuk dicampuri..

adakah kerana ahli pas yg tidak mahu bersama kebusukan umno ini wajar dituduh sebagai tidak wala??wajarkah kita kata mereka ni menghina tok guru hanya kerana mereka tidak suka bau busuk umno???wajarkah kita menuduh mereka sebagai anti ulama hanya kerana bencikan umno????wajarkah kita tuduh mereka ini nak melaga-lagakan tok guru kerana mereka bencikan umno???

achoksabah said...

bagi aku la..idea kerajaan perpaduan ini bukan idea tok guru haji hadi..ini semua idea bangang roslan sms je..roslan sms ni lah yg sebenarnya pembantu-pembantu yg memberikan idea tak betul pada Tok guru Haji Hadi..buktinya seperti dibawah..

1.idea kerajaan perpaduan=isu ni menjadikan ahli pas berpecah belah,hatta pimpinan sekalipun..

2.kekalahan terengganu pru 12=korang tuduh pembantu tok guru nik aziz ni pemuja syaitan,tapi merekalah yg berhempas pulas memberikan kemenangan kepada kerajaan islam kelantan,,di terengganu apa jadi??dapat 8 kerusi je???kalau lah penasihat TGHH memberikan nasihat yg betul,rasanya kerajaan islam sudah terbentuk di terengganu..

muslimat said...

salam ustaz,

saya tahu ramai yg alergik dgn perkataan perpaduan, kerana ia dipopularkan oleh BN dan sangat sinonim dgn UMNO, sedangkan perpaduan, bersatu padu juga amalan yang dituntut dalam islam..

cuma yg jadi masalah, bila sebut kerajaan perpaduan...ramai yg faham bawak pas masuk UMNO, sehingga ditawarkan penjelasan pun tidak dihiraukan kerana 'angin dah penuh' satu badan...semuanya kerana alerjik dgn perkataan 'perpaduan'...

kena habaq kat presiden suruh tukar nama kut ustaz....'kerajaan perpakatan'....baru depa boleh tenang...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive