HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, July 12, 2010

Pemimpin PAS Selayaknya Sederhana

Pemimpin PAS :
Ambillah Gaya Hidup
Yang Sederhana


1. Sebaik - baik perkara ialah pertengahannya [ sederhana ]
خير الأمور أوسطها.
Tidak melampau [ ifrat ] dan tidak terlalu bermudah - mudah . [ tafrit ] .

2. Sederhana adalah lambang keutuhan dan kemuliaan peribadi . Pemimpin yang hidup dalam kesederhanaan adalah pemimpin yang berjiwa besar justeru ia tidak dipengaruhi oleh nafsu tamak dan gelojoh .

3. Pemimpin yang mengambil gaya dan cara hidup secara sederhana juga merupakan pemimpin yang hebat justeru ia tidak terpedaya dengan bujukan nafsu dan syaithan untuk bermudah - mudah atau meringan - ringankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba terhadap tuhannya .

4. Kini rata - rata pemimpin PAS menang pilihanraya menjadi wakil rakyat samaada diperingkat DUN atau parlimen malah ada yang bergelar Menteri Besar dan exco kerajaan negeri . Alhamdulillah , ianya satu penghormatan dan kepercayaan rakyat kepada PAS . Namun berwaspadalah , agar lifestyle kalian masih kekal utuh dalam frame seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , berakhlak dan sederhana .

5. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan cara hidup orang lain apatah lagi musuh . Sekalipun kalian memang layak dan memiliki kekayaan melalui cara yang benar dan halal , namun ambil lah hukum wara' atau zuhud dalam kepimpinan dan penampilan kalian . Usah bermewah dengan harta yang dimiliki tetapi tidaklah sampai kelihatan selekeh , lusuh dan tidak ceria . Sederhanalah dalam segalanya .

6. Wara' bukan bermaksud berjalan tunduk tanpa mendongak wajah dan zuhud pula bukan bermakna selekeh tanpa set pakaian yang baru dan kemas . Tetapi wara' dengan maksud tidak berlebih - lebih menggunakan nikmat kekayaan halal yang kita miliki sementara zuhud pula ialah menggunakan nikmat kekayaan yang dimiliki tanpa hati terpengaruh dan terpaut padanya.

7. Gerakan Islam seperti PAS selayaknya mendokong feqh wasatiah [ kesederhanaan ] ini dalam usaha mendapatkan tempat di sisi Allah swt dan menarik sokongan rakyat kepada perjuangan suci yang didokong . Rata -rata manusia tidak senang dan muak dengan manusia yang berlebih - lebihan dalam penampilan gaya hidup serta menunjuk kaya dan mewah mereka.

8. Feqh wasatiah bukan hanya dipakai dalam aliran pemikiran dan prinsip hidup tetapi juga dalam penampilan , cara dan gaya hidup [ lifestyle ] . Janganlah setahun dua jadi wakil rakyat , perubahan ketara dan mendadak berlaku dalam hidupnya seperti membina rumah besar , memiliki kenderaan baru dan mahal .

9. Bukanlah salah memiliki rumah luas dan kenderaan yang baik , tetapi bersederhanalah . Jika tidak , pemimpin PAS akan kehilangan haibah [ kehebatan ] dan quwwah [ kredebiliti ]. Sifat dan amalan sederhana mendekatkan pemimpin PAS dengan rakyat marhain. Mudahnya amalan bersederhana ini ialah mengambil sesuatu seperlunya . Jika ia perlukan rumah 5 bilik dengan jumlah keluarganya yang ramai maka milikilah , ia menepati keperluan . Demikianlah kenderaan , jika perlukan kenderaan yang baik kerana keperluannya berjalan jauh saban hari mengambil undangan amal islami yang diperjuangkan , maka ambillah justeru ia menepati keperluan . Apa yang tidak disenangi ialah berlebih - lebihan dari had keperluan dan bermewah - mewah .

10. Kita tidak mahu menjadi pemimpin parti yang petah mengungkap serta meriwayat contoh zuhud dan wara'nya Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz , Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Ust Azizan Razak , walau mereka dipuncak kuasa tetapi tetap :

  • tinggal di kediaman asal yang serba sederhana ,
  • nilai pakaian mereka seperti rakyat awam ,
  • mereka mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan sehariannya ,
  • keraian mereka tidak mewah
  • elaun mereka dikembalikan kekantung pembendaharaan negeri
tetapi malang , jika kita sendiri gagal untuk mencontohinya .


9 comments:

Anonymous said...

Bermegah dengan nombor plet kereta PAS 12 pun riak juga. berapa harga nombor plet tuh?

Sha-na.Szied said...

assalamualaikum..maaf encik anonymous,tolong faham konsep bersederhana...

hussin said...

salam ustaz,

saya cadangkan ustaz hantar artikel ini sebagai surat peribadi ustaz kepada individu2 yang ustaz menulis kerananya sebagai peringatan kepada mereka.

ustaz lebih maklum siapa2 mereka. selamat berjuang.

hussin said...

salam ustaz,

"Melayu : Marilah Kita Bersatu atas Nama Islam"

merujuk kepada artikel di atas (saya tak dapat memasuki linknya), saya cadangkan supaya ustaz dan kepimpinan pas elakkan dari menulis/bercakap pasal "bersatu" ni. ia bukan masanya walaupun dilihat penting. malah penting buat masa ini bukan bagi pas. ia penting bagi kesinambungan kuasa umno. itu realitinya. janganlah gelojoh sangat lompat ke atas papan catur umno. apakah masih tidak faham dengan silat harimau umno?

bukankah unity government sudah ditutup dengan 'pas tidak mahu nmendukung biawak hidup'? jadi apa perlu muzakarah bab pas dituduh sesat oleh shafie afdal? siapa dia tu? takkan itu pun pas tak faham? lekeh betullah pas ni, shafie afdal pun tak tak kenal.

bukan semua perkara yang dilempar umno perlu pas sambut. hubaya hubayalah. adakala pas perlu diam sahaja. diam itu kan lebih baik dari berpolemik perkara2 remeh dan merugikan?

harap ustaz tidak bakulsampahkan cadangan saya ini. bagaimana ustaz dan kepimpinan lain melihat pentingnya melayu bersatu, saya juga begitu. tetapi cuma satu ustaz, tunggulah selepas pru13. bukan sekarang.

janganlah lagi dok serabut dengan nak bincang dengan umno pada masa ini. gunakan masa dan tenaga untuk perkara yang lebih besar. bukankah pas mahu jadi parti dominan dalam pakatan rakyat? mana yang lebih penting, perkasakan pas atau layan shafie afdal dan mereka2 yang sekandang dengan beliau?

tolonglah...

Sutera Biru said...

Memang wajar bersikap sederhana..menjauhkan diri dari sifat takabur dan lalai hingga alpa pada urat urat perjuangan. Yang hebat hanya Allah, tiada guna kaya raya..namun Allah tidak redha padanya..
Saya pohon izin untuk dikongsi artikel ini untuk tatapan semua..

Sutera Biru said...

Pimpinan amat wajar bersederhana jauh dari sifat takbur dan asing dari rakyat..Saya mohon keizinan untuk kongsikan kepada semua

Sutera Biru said...

Pimpinan amat wajar bersederhana jauh dari sifat takbur dan asing dari rakyat..Saya mohon keizinan untuk kongsikan kepada semua

Anonymous said...

Salam ustaz...

saya mmg percaya & minat dgn PAS...akan tetapi sy tidak suka kerana PAS bkn la parti yg dominon di dlm PR sebaliknya Anwar Ibrahim yg kelihatan mendominasinya...

seperti yg kt maklum, Anwar bukan la seorg yg boleh di percayai...Beliau juga adalah seorg perasuah dan gila kuasa semasa di dlm UMNO...Adakah individu seperti ini yg kita mahu nobatkan sebagai PM?...tidak sama sekali...dan sy rasa pendapat sy ini dikongsi oleh ramai peminat PAS....

Saya amat berharap PAS dapat menjadi peneraju di dlm PR & bukannya sebgi pengikut spt mana sekrg...Insyaallah sy akan sepenuh hati menyokong PAS, sekiranya PAS selaku parti Islam mendominasi PR dan seterusnya hanya pemimpin yg betul2 islam, tinggi akhlak dan budi pekertinya shj yg layak menjadi PM ke7 kelak...

ALLAHUAKBAR!!

Anonymous said...

Everything, everything.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive