HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan Melayu: PAS Tidak Perlu Defensif

1. Sehari dua ini isu Perpaduan Melayu seperti "ibu pelaris" bagi media di pasaran . Pelbagai pandangan dan idea dapat dilihat ketika mengulas isu ini . Samaada melewati media arus perdana , media milik parti masing - masing ataupun di media baru [alternatif] .

2. Ada yang setuju 100% tanpa syarat , ada yang tidak setuju 100% tanpa ruang , ada yang setuju tetapi bersyarat .

3. Saya sendiri mempunyai pandangan peribadi dalam perkara ini dan saya jangka pandangan saya bertepatan dengan semangat perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Terdahulu telah saya nukilkan sebahagian pandangan saya melalui posting saya sebelum ini . [klik]

[ Tetapi secara officialnya pandangan saya tidak mewakili parti secara rasmi ] . Justeru itu saya bersedia untuk berdepan dengan pandangan yang berbeza , penuh hormat dan sangka baik .

4. Asasnya saya dirikan pandangan itu bukanlah lahir dari congakkan idea tanpa saya meneliti dan memerhati suara orang ramai terutama mereka [ orang awam ] yang saya temui setiap kali selesai menyampaikan kuliah di masjid dan surau saban hari . Akhirnya rumusan yang saya buat ialah :
  • Ummat Islam mesti bersatu . Rata - rata ummat Islam ialah melayu . Secara mantiqinya ialah melayu mesti bersatu . Namun bersatu atas flatform atau premis Islam . Islam menjadi syarat . Justeru itu saya sangat tidak bersetuju dengan anjuran perpaduan tanpa syarat . Perpaduan itu hanya berjaya dan diredhai oleh Allah swt apabila diikat dengan syarat Islam.
  • Semua pihak mesti kembali kepada Islam . Ayat al Quran yang menganjurkan perpaduan ummah ini telah wujud sejak awal sebelum lahirnya parti - parti politik dalam negara kita . Aus dan Khazraj satu bangsa yang bertelagah di bumi Madinah sejak puluhan malah ratusan tahun . Namun ia disatukan oleh Rasulullah saw dengan kalimah Toiyyibah Laa Ilaahaillallah .
  • Bangsa , material dan kuasa tidak boleh dijadikan premis kukuh untuk perpaduan ummah . Sayang bangsa namun binalah bangsa itu atas agama dan syariat Islam . Sayang material tetapi kawallah material itu dengan kawalan agama dan syariat Islam . Sayang kuasa tetapi bentuklah kuasa itu dengan acuan agama dan syariat Islam .
  • Seperkara lagi ialah , kalau kita bercakap soal perpaduan , kita tidak boleh hanya bercadang untuk bersatu sesama kita bangsa melayu atau ummat Islam sahaja , sementelah lah perpaduan sesama ummat Islam itu hukumnya wajib, tetapi juga mesti ada plan dan perancangan berperingkat untuk bersatu bagi semua bangsa dan kaum , juga berteraskan ajaran Islam [ dalam erti kata lain , melibatkan semua parti bukan antara PAS dan UMNO sahaja dan PAS sekali - kali tidak akan keluar dari PAKATAN Rakyat] . Samaada mereka menganut ajaran Islam [menjadi saudara baru] atau mereka kekal dengan agama mereka tetapi menerima dasar kebaikan dan keadilan yang dibawa oleh Islam .
5. UMNO hulur dan tawarkan perpaduan kepada kita . Saya sarankan agar kita [ PAS ] tidak perlu menolak tawaran itu . Terimalah tawaran untuk perpaduan ummah kerana kita tidak mahu perpecahan , tetapi kita WAJIB letak syarat iaitu Islam . Kerana tanpa Islam , tawaran perpaduan itu sia - sia lantaran ia tidak mungkin dapat dibina dengan baik dan kukuh . Masih segar dalam ingatan saya malah selalu terngiang - ngiang di telinga saya , apabila al Mursyidul Aam PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan segala kerendahan dirinya berkata : "Kalau UMNO terima Islam, PAS ni tak ada pun tak apa !"

6. Dalam kenyataan lain pula , Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu mengulang pendiriannya : "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka, kita bubar PAS" cuma mungkin saya berbeza sikit dengan Tuan Guru dalam menyusun ayat tersebut . kalau boleh saya sebut: "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka , maka bubarlah UMNO , Jom sertai PAS" sebab , masa tu perjuangan UMNO dan PAS telah serupa dan sama . Kalau bubar PAS yang telah sekian lama dibina dengan sistem Islam dan tarbiyyahnya , ikhlasnya saya sebut ia akan merugikan masa kita , kerana membina UMNO baru yang belum memiliki sistem tarbiyyah islamiyyah , akan memakan masa yang lama untuk menjadikan ia mantap .

7. Saya sebut kepada umum dan juga wartawan yang bertanya , jika UMNO ikhlas dan serius mahukan perpaduan sebagaimana tawaran yang berikan , maka sewajarnya UMNO menerima syarat yang diberikan iaitu Islam . Apakah UMNO sukar untuk menerima Islam ? Apakah payah UMNO mahu menerima syarat Islam ? Bukankah pemimpin dan rata - rata ahli UMNO adalah beragama Islam ? Kita bukan letak syarat supaya UMNO bubarkan partinya , cuma kita minta supaya UMNO menerima Islam sebagai dasar perjuangan . Sukarkah begitu ? Kalau sukar , maka sukarlah kita ummat Islam mahu bersatu.

8. Saat itu , jangan lagi dituding PAS tidak mahu perpaduan ! PAS punca perpecahan ! dan sebagainya . Kerana kita mahukan perpaduan . Kita mahu supaya ummat melayu bersatu padu atas dasar Islam dan perjuangannya. Kerana nas al Quran pun kata begitu , bidalan orang - orang tua pun kata begitu . [ Bersatu teguh bercerai roboh ] . Masa tu , jangan sesiapa mengatakan PAS tidak mahu bersatu padu . Bahkan yang tidak mahukan perpaduan ialah UMNO semata - mata kerana tidak mahu menerima syarat mudah yang kita letakkan iaitu Islam .

9. Saya mendoakan agar UMNO menerima Islam . Apabila UMNO menerima Islam maka itu tali Allah yang akan mengikat kita menjadi satu dan kuat . Saya tidak suka UMNO bukan semata - mata kerana namanya UMNO , tetapi kerana dasarnya yang tidak Islam malah banyak perkara bertentangan dengan Islam . Selama UMNO tidak menerima Islam , maka selama itu saya tidak boleh suka dan tidak boleh sokong UMNO . Bukan saya tidak mahu sokong UMNO tetapi saya TIDAK BOLEH sokong UMNO kerana ia tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya .

10. Jika UMNO insaf dan kembali kepada dasar dan prinsip Islam lalu menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya . Melaksanakan al Amru bil Makruf dan an Nahyu anil mungkar yang menjadi sebahagian teras syariat Islam dan berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di dalam negara ini , maka pada waktu itu saya berjanji , saya akan sokong perjuangan UMNO .

Akhirnya . UMNO hanya berdepan dengan syarat mudah untuk menjayakan tawaran perpaduannya itu . Syarat yang saya maksudkan ialah ISLAM . Bagi pihak PAS pula , saya sarankan agar tidak perlu defensif dengan isu perpaduan melayu yang rata - ratanya adalah ummat Islam . Bukan sahaja Dato' Harussani bahkan siapa jua boleh mengusahakan usaha murni mewujudkan perpaduan ummat Islam dalam negara kita selama mana syarat Islam itu menjadi prinsip . Kerana segala usaha hanya menjadi murni dan mulia jika kerana Islam . Kalau tidak menerima Islam ini sebagai syarat , segala cita - cita untuk bersatu itu berkecai . Orang putih kata : No Islam No talk !


31 comments:

Unknown said...

Baru-baru ini timbul lagi isu dan seruan agar umat Melayu bersatu dan kali ini oleh Mufti Perak. Saya merasa banggan dengan pemimpin agama seperti ini kerana beliau juga amat bimbang dengan perpecahan umat Islam yang sedang melanda negara ini yang seolah-olah tidak lagi berpegang kepada semangat persaudaraan Islam.

Orang Melayu yang perihatin juga telah banyak menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)untuk tujuan yang sama. Banyak pula masa terbuang kerana berseminar, bermuzakarah, mengadakan perhimpnan hanya untuk mendesak agar dua pertubuhan terbesar yang mewakili orang Melayu bersatu. Sebaliknya bukan Melayu menubuhkan berbagai NGO, mengadakan seminar, perhimpunan untuk mendesak kerajaan memberikan berbagai kemewahan, faedah dan kemudahan.

Nampaknya umat Islam memang tidak suka bersatu walaupun sebahagian mereka arif dengan tuntutan Allah SWT dalam Al Quraan agar umat Islam itu bersatu dan mereka adalah bersaudara.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10 bermaksud, "Sesungguhnya dan sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Allah juga berfirman dalam surah yang sama ayat 12 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka dengan sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,”

Phenomena ini berlaku hampir diseluruh dunia. Apabila wujud kumpulan-kumpulan dikalangan umat Islam maka perpecahanlah yang berlaku akhirnya. Sehinggakan mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri. Sehinggakan mereka sanggup menjemput kumpulan bukan Islam lain untuk mengalahkan kumpulan Islam yang dimusuhi. Maka tidak hairanlah umat Islam menjadi semakin lemah. Akhirnya mereka dikuasai oleh bukan Islam.

Kini suasana yang sama berlaku di Malaysia. Apa yang menariknya umat Islam negara ini walau dimana mereka berada sangat-sangat cinta dan mengharapkan perpaduan tetapi bukan pemimpin Islam. Kelihatan seolah-olah semakin taksub satu-satu pemimpin itu kepada agenda mempertahankan kedudukan semakin tinggi sikap memusuhi kumpulan lain. Begitu juga mereka sanggup meminta pertolongan bukan Islam untuk menjatuhkan kumpulan Islam yang dimusuhinya. Akhirnya umat Islam di Malaysia kelihatan seolah-olah begitu lemah walaupun bilangan mereka ramai.

Jadi jika kita inginkan perpaduan maka para pemimpin Islam hendaklah menyingkirkan perasaan terlalu sayangkan kedudukan, terlalu taksub kepada ideology dan prinsip. Jika ini sukar berlaku maka saya menyeru seluruh umat Islam turunkanlah mereka ini dan pilihlah pemimpin yang cintakan perpaduan dan sayangkan saudara seagama. Kita tidak ketandusan pemimpin yang lebih berkebolehan dan lebih komited.

Insyallah, jika ini dapat dilakukan masa hadapan umat Islam negara ini akan lebih terjamin, selamat dan sejahtera. Sudah tentu keselamatan dan kesejahteraan ini juga akan dapat dinimkmati sama oleh rakan-rakan bukan Islam.

Suara Umat jalanan

Anonymous said...

salam..kenapa dlm utusan 21-7-2010 lain citer ni...dlm utusan cakap,UMNO, Pas perlu pelan damai...tapi dlm bloq tuan tak de la cakap mcm tu..tapi dlm utsan...diorang kata sumber dlm bloq tuan...harap tuan dpt komen cikit

hussin said...

simplenya. pas sanggup lupakan segala pelanggaran syariat islam oleh umno apabila umno setuju terima islam sebagai syarat. segala pengkhianatan umno tak timbul lagi. maka terus berkuasalah pemimpin umno dengan syarat 'islam' itu. dan adalah beberapa kerat pemimpin pas akan duduk di kerusi menteri, timbalan menteri, jabatan2 kerajaan, glc dan lain2. seronoknya. dan pas pun dengan mudah boleh laksanakan islam yang diperjuangkannya. 59 tahun perjuangan pas akan menjadi kenyataan melayu 'islam' umno. mudahnya...

Anonymous said...

Salam alaikom.
Bila tuan menulis dan menyatakan pendirian tuan "pas tidak perlu defensif' jerat umno telah pun mengena,usia saya sebaya dengan merdekanya negera ini,untuk melihat putaran sejarah, mereka bukan hendakkan menegakkan islam mereka mereka mahu menegakkan nafsu mereka. sekarang mereka mengunakan isu perpaduan memancing orang -orang seperti tuan yang terkenal hebat untuk menyatakan pendapat.Tuan dari dulu sampai sekarang pendapat orang islam itu tidak pernah berbeza sama seperti yang tuan tuliskan jujur iklas dan suka jika bersatu kerana tuntutan agama,itulah yang kita belajar dari dulu sampai sekarang itulah minda kita sebagai orang islam Quran dan Hadith-percaya atau tidak
mereka bukan meruntun tuan untuk bepaduan itu tapi ia meruntun jutaan raayat yang mula sedar untuk sama-sama berjuang dengan kita kembali meyokong nafsu mereka. wassalam walahualam.

ha ha ha said...

Salam Ustaz..

Kalau perpaduan atas nama MELAYU..baik PAS tolak kerana ia suatu kerja sia-sia...kalau atas Nama ISLAM mungkin kita boleh terima ..tetapi ..bolehkah kita menerima tawaran dari mereka yang kufur, Zalim,fasik atau munafik (mungkin ada sedikit keterlaluan, maafkan saya)..

Terpulang kepada ustaz untuk menilai..tetapi keadaan sekarang ini lebih memihak kepada PAS dan PAS telah berjaji untuk Bersama PR..orang mukmin sejati mesti tunduk kepada janji..kalau tidak kita tergolong orang yang fasik (minta di jauhkan allah).

Walaubagaimanapun, kuasa MELAYU tidak akan hilang kerana dalam Parliman ada lebih dari Separuh MELAYU..dan kita harap MELAYU ini membela nasib MELAYU di Parliman. Itu reality..tetapi perlu di ingat bukan Semua Melayu Itu benar-benar ISLAM ..kita berpolitk dan setiap orang politik harus sedar dan akibat yang kita akan lakukan jika tersalah cakap, berhati-hatilah bila bercakap....Wasalammmm

ALBINANJI TRADING said...

Saya setuju dengan pandangan ustaz...NO ISLAM NO TALK...

Unknown said...

Salam 'alaik Ustaz,
saya amat bersetuju dengan pandangan dan semangat yang ustaz tonjolkan demi perpaduan agama dan bangsa. walaupun pucuk pimpinan parti masih berdolak dalik tapi saya percaya ianya dapat diselesaikan dengan cara yang baik. memang tugas pemuda pas amat besar dalam perkara sebegini. bila kata umno atau pas, sudah tentu tidak lari daripada berbangsa melayu dan beragama Islam. kenapa kita boleh bergabung dengan DAP yang jelas menentang agama Islam dan hukum Allah dan menjadikan insan seagama kita sebagai musuh yang cukup dahsyat. kadang-kadang saya pelik dengan pimpinan kita terutama yang cukup 'alim dalam ilmu agama. kadang-kadang hati cukup bimbang dan gundah gulana bila melihat ummat Islam yang berpecah belah dan porak peranda disebabkan oleh kesilapan kita sendiri. moga kesedaran awal ini sebagai rahmat yang besar demi menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.
Sekian.

Anonymous said...

salam..
semoga segalanya berjalan dengan lancar dengan BANTUAN ALLAH SWT...
sy d ajar selagi kita percaya pada ALLAH.. yakin kepada ALLAH...
benda yg manusia rasa mustahil yg mereka lihat dgn mata kasar.. yg meka nilai dgn mata dan hati mereka..akan menjadi tak mustahil.. insyaAllah.. HANYA ALLAH YG MENGETAHUI HATI2 HAMBANYA.. SEMOGA SETIAP PERANCANGAN ADA KEJAYAAN D SEBALIKNYA.. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SETIAP PERJALANAN DAN PERANCANGAN USTAZ DAN PEJUANG2 ISLAM PAS..INSYAALLAH.. WALLAHUALAM..

Nawi Kutan Tengah said...

berpuluh thn yang dulu, ada seorg tua mengajar saya agar pandai2 melihat, mendengar dan menjaga pertuturan. Kerana telah banyak kerosakan disebabkan oleh LIDAH.

dan saya fikir, saya mahu berkata yang sama kepada tuan.

USAHLAH BANYAK MELONTAR PANDANGAN PERIBADI TUAN, KALAUPUN PANDANGAN ITU BAGUS UNTUK JEMAAH. KERANA DISAAT-SAAT SEBEGINI, KITA ORANG MUDA HARUS BANYAK2 BELAJAR DARI YANG SUDAH LAMA BERJUANG.

Anonymous said...

salam.

ustaz,

saya mohon agar ustaz lebih bijak berfikir sebagai ahli politik. ini kerana setiap ayat atau ucapan yang ustaz cakap akan mewakili ketua pemuda pas.

saya swebagai penyokong pas melihat ketidakmatangan ustaz dalam berpolitik. ini lebih2 lagi ketika berhadapan dengan permainan UMNO.

ustaz tak perlu terikut-ikut dengan rentak dan tarian UMNO yang kelihatan jauh lebih bijak berbanding ustaz dalam hal politik ini.

ustaz mesti ingat, UMNO tidak akan menggunakan perkataan perpaduan sekiranya mereka dalam keadaan yang kuat. mereka hanya akan menggunakan perkataan perpaduan jika mereka dalam keadaan hampir terbuang oleh rakyat ramai.

ustaz jangan mudah terpedaya dengan mainan seperti ini.

tunjukanlah sifat berpolitik yang lebih wibawa dan matang dalam dalam berpolitik. bukan begitu mudah tersungkur dengan beberapa perkataan yang digunakan oleh pihak UMNO.

UMNO yang memang bijak berpolitik akan menggunakan segala ruang untuk bernafas. mereka akan mencari orang2 seperti ustaz untuk terus hidup. mereka tahu orang2 seperti ustaz akan mudah terpengaruh dan mudah diserkap.

ustaz pula dalam keadaan ingin menjadi hero atau membuat kenyataan sebagai ketua pemuda pas, tanpa memikir segala risiko terus membuat kenyataan kebelakang dan menguntungkan UMNO.

amat malang bagi sebuah parti politik yang sudah lama bertapak seperti pas tetapi mempunyai pemimpin pemuda yang dangkal dan lemah seperti ustaz.

congakan politik ustaz amat lemah dan terkebawah.

semua orang tahu islam perlu bersatu. tapi bagi umno, perkataan islam dan penghayatan kepada agama tersebut begitu ditakuti oleh mereka. ustaz kena faham semua ini.

saya sebagai pemerhati ingin menasihati ustaz agar lebih berhati2 dalam membuat kenyataan.

dalam berpolitik ini ustaz.. bukannya mudah. kalau ustaz kurang kemampuan, ustaz bolehlah bagi tanggungjawab ini pada yang lebih mengerti.

mungkin ustaz lebih kena jika mentadbir di peringkat yang lain seperti ajk, urusetia dan lain2 tanpa memegang jawatan penting dalam parti. ini kerana jika ustaz membuat apa2 kenyataan pun, ianya tidak akan memberi atau kurang memberi inpak pada parti.

jadi saya harap ustaz tak akan membawa parti kita masuk dalam perangkap sedang dimainkan oleh umno.

saya juga mohon maaf jika komen ini menyinggung perasan ustaz.

semoga parti kita terus maju jaya.

TQ.

Edyes said...

satu persoalan di sini ;

Adakah ustaz mempercayai UMNO melalui regim Najib ?

sokong atau tidak sokong, itu perkara lain... soalan saya adalah seperti di atas.

terima kasih atas jawapan ikhlas.

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Nama pun(ha ha ha) merapu.. lagi nak kufurkan orang..fasiklah zalimlah munafiklah...inikah cara orang beriman berbicara?
2.Bicaranya sungguh hina.
3.Saya harap pemuda PAS dapat adakan SEMINAR mendidik mereka yang tak berAKHLAK ini agar mereka akan lebih berhati-hati apabila memberikan pendapat.

ibnudardak said...

saya sokong pak sheikh, perpaduan bersama islam. saya sokong pas dulu kini dan selamanya. dalam kita tak mahu perpaduan dengan umno yang 100% islam, amalkan islam. kenapa pulak kita bersekongkol dengan pkr dan dap yang tak ada syarat islam langsung. bab ini saya keliru betul nampak sangat bercabangnya lidah pemimpin kita.

dinas said...

Assalamualaikum

Perkara ni merupakan ulang tayang. Sebelum ni PAS hampir berpecah bila pemimpin utama parti terlibat dalam UG. Boleh tak kepimpinan parti melantik TGNA seorang sahaja memberi response dlm masalah ni. Ini dapat mengelakkan manipulasi oleh media2 pengampu.Tolong ler gunakan kepandaian kita di tempat yang lebih bermanfaat dari melayan puak2 AMNOAPCO ni.

pencatat said...

salam tuan,

secara peribadi, saya melihat tuan seorang yg benar, berbicara benar, berpengetahuan... tetapi malangnya tuan dha'if dlm konteks dha'if yg Rasulullah sebutkan kepada Abu Dzar... siyasah ini memerlukan org2 yg tidak dha'if... perhatikanlah susuk almarhum ust Fadhil n tg Nik Aziz, itupon jika tuan di atas timbangan yg betul... kata AlGhazzali, i'rifilhaq ta'rif ahlahu in kunta saalikan toriqalhaq...

Anonymous said...

Benar tuan.
Kita perlu berlapang dada dan bersangka-baik sesama manusia terutama UMNO ISLAM.

Walaupun mereka memulakan langkah pertama, saya rasa kita perlu menyambut dan menghormati salam mereka. Soal ikhlas, kita serah kepada Allah.

Saya rasa mereka ingin melihat ISLAM mekar dibumi Malaysia, cuma kita tidak memberi respon atau membisu apabila mereka melakukan kebaikan. Malah kita menudah dengan pelbagai cara untuk menidak kebaikan yang telah mereka lakukan.
Jadi mereka tenggelam punca.

Biarlah kita bersangka-baik, ini adalah ajaran Islam.

-adam amin-
Jerlun, Kedah

Shamsul Anuar said...

tukartiub.blogspot.com

stewong said...

Saya, ahli PAS bernombor 667768 melihat bahawa ketua pemuda pas sekarang ini amat mentah dalam selok-belok politik. Daya intelek dan skill politik Ketua Pemuda sekarang hanya sesuai sebagai timbalan penolong ketua kampung.

Beliau amat mudah kena konar dengan UMNO. Nampak jerat sikit, terus masuk. Naive.

Saya cadangkan Tuan hanya mengajar sahaja lah.

Niat Tuan mungkin baik. Tapi keupayaan mental Tuan tidak cukup untuk menukarkan niat itu kepada hasil yang baik.

Tuan seperti seorang yang nampak api terus simbah minyak.

Bila ditanya, jawabnya "ehh.. orang lain pun bila nampak api terus simbah apa yang ada dalam baldi, saya pun buat benda yang sama lah.."

Pandangan ikhlas saya, Tuan berhentilah dari menjadi Ketua Pemuda PAS daripada terus menjadi beban pada jemaah.

udeng said...

buta mata tak nampak jalan didunia... tapi kalau buta hati???

nie la masalahnya ngn UMNO nie mereka nie dah buta hati!!! ustaz ingat diorg boleh terima ker ISLAM tu sepenuhnya??? sedangkan kita sendiri bila berbicara ttg perpaduan dgn UMNO lebih dari separuh akar umbi yang menentang...
cuba bayangkan pihak UMNO pulak, kalau Najib kata "kita ubah kepada dasar ISLAM" adakah ustaz rasa seluruh ahli UMNO terutama pemimpi2 yang telah lama makan dan minum dgn duit haram tu nak ikut? silap2 najib yang kena tendang! bagi saya perpaduan dgn UMNO adalah satu perkara yang hampir mustahil walau pon tidak mustahil tetapi saya ulangi ianya HAMPIR MUSTAHIL! mana mungkin pemimpin2 dan ahli2 UMNO yang telah selesa dengan segala macam kemungkaran akan tetiba tunduk kepada ISLAM, hanya ALLAH sahaja yang mampu lakukannya dgn serentak kepada mereka semua.
Ya, mungkin kita boleh kata mereka mungkin boleh berubah secara beransur2 sesiapa yang tidak mahu menerima tak perlu jadi UMNO lagi... tapi mahukan org2 UMNO yang dah 60 tahun bina dan suap UMNO dgn harta benda dan maksiat melihat UMNO sebuah parti terbesar di Malaysia malah jumlah ahlinya lebih ramai dari PAS nak lihat parti mereka berpecah? No I dont think so!

Anonymous said...

SALAM. UST, SAYA SEBAGAI PEMUDA PAS MERAYU PADA USTAZ DAN PIMPINAN PAS YANG LAIN AGAR TIDAK RESPON DGN PROPAGANDA UMNO INI. LETIH KAMI AHLI BAWAH NAK NAK JAWAB BLK DGN PUTAR BELIT MEDIA PERDANA. HARAP UST FAHAM.

Anonymous said...

Salam Ustaz.

Mcm ni saja la..tak perlu berpadu la dengan UMNO ni. Sejarah dah terbukti Ustaz.

Saya faham maksud tersirat ustaz (untuk menyatu padukan umat islam di negara ini) tetapi itu hanya disebelah kita yakni (PAS) ustaz, tapi sebelah depa hanya untuk selamatkan diri.

Saya hanya rakyat biasa, cuma saya tak bersetuju perpaduan pas-umno. Buang masa dan akan meleraikan ikatan PR.

Umno hanya nak bela Melayu, kalau nak bela islam + melayu, dah lama Rosmah pakai tudung.


Islam Hadhari Dah lama Sunyi Sepi,
Islam Perpaduan UMNO-PAS akan Memakan Diri.


Salam.
Mohd Lutfil

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Dlm bab ni biar TGNA atau TGHA saja yg komen yg bawah tak yah la ekkk...dlm isu ni puak2 umno tu akan main2 pelabagai cara untuk tumbangkan PAS.

Harap Ustaz perbetulkan semula.

sembang haroki said...

pas dan umno tak perlu bersatu. yang penting masing2 mestilah menyatakan komiment untuk menegakkan Islam. itu saja... sanggupkah pemimpin umno melakukan sedemikian?

mazlee said...

salam wehdah dan quwah.

isu perpaduan ini harus dibincang setelah UMNO dan barisannya kecundang di medan pilihanraya terdekat.

jika isu seperti ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan tanpa ada satu keputusan yang jelas yang bersifat umum maka ia akan hanya lebih banyak mengundang perpecahan dan kecamukan dalam minda rakyat.

kita ini sekejap bersatu sekejap tak nak bersatu. sekali fikir orang kelantan kata 'dok lekat nyacang'.

biarlah keputusan yang kita buat nanti berdasarkan ilmu, pengalaman, strategi dan paling penting perpaduan dalaman itu hendaklah didahulukan dan kemaslahatan parti diutamakan.

janganlah nanti kita ini lebih kuah dari nasi atau lebih nasi dari kuah. dop dan nok perabih!

Anonymous said...

Hang ni mangkuk laaa dok bagi bola tanggung pasai apa.

pro PAS said...

harus juga di ingat ulama upahan umno dan cybertroopers umno berkeliaran sana sini spt juga upahan mca di malaysiakini skg ini berkeliaran.

saya pasti pejuang PAS sebenar faham tentang umno kerana selama ini siapa yg pernah lalui dizalimi oleh puak umno tidak akan mengelurakan kenyataan spt apa yg ustaz ucapkan.

cukupla ustaz jangan kelrukan lagi keadaan.ana respect ustaz sebagai gologan ustaz tapi belum matang untuk politik.pemuda pas skg pun dah kurang gologan pertengahan dan atasan sebab ustaz,pasti ustaz telah ketahui ini.

Anonymous said...

hati2 ustaz dengan komen2 dari juak umno dalam blog ustaz ini.

falsafah umno yang dlm kesempitan ini ialah assobiah, bukan islam.

faham betul2 ustaz.

umno kalau dah kuat semula, batang hidung ustaz pun dia tak mau tengok dah..

last sekali mereka kata perjuangan mereka betul dan perjuangan pas sesat..macam salah seorang pemimpin umno cakap baru2 ini.

hati2 ustaz..jangan terperangkp kerap sangat...

umno tetap umno ustaz...

Asyraf said...

Membaca artikel ustaz ini membuatkan hati saya berdebar dan debaran itu menjadi-jadi ketika mana membaca komen2 yang akan diberikan dan betullah sangkaan saya, Ustaz akan dihentam...

Komen2 orang tanpa nama ini bagi saya mungkin benar sebagai nasihat atau mungkin benar sebagai pelemah semangat untuk ustaz.

saya sebagai anak buah ustaz akan sentiasa di belakang ustaz selagi mana syariat Islam e2 ditegakkan.

Kadang2 hidup ini perlu dipekakkan telinga, takut2 apa yang didengar itu melemahkan semangat dan menjatuhkan kita.

Bacaan politik orang2 yang tidak berlandaskan Islam adalah dangkal sebenarnya.

Sememangnya benar apa yang dikata, UMNO mungkin akan menggunakan Senjata PERPADUAN untuk memerangkap PAS. kerana mereka tahu ISLAM yang PAS bawa adalah untuk perpaduan.

salahkah PAS dan UMNO berpadu atas nama ISLAM...dan UMNO perlu menerima dasar ISlam yang dibawa PAS.

Laksanakan segala dasar yang dibawa PAS sekian lama. bukannya nak berpadu secara membabi buta.

saya tahu Ustaz tidak akan menulis sekiranya tidak merujuk kitab2 muktabar, dan saya dapat merasai bahawa segala tulisan ustaz sekian lama ini dari ilham dan hati yang tulus demi perjuangan ISlam ini...

Moga2 ISLAM itu tertegak di Bumi Malaysia tercinta ini.

Anonymous said...

Semasa peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
Tindakan Rasulullah yg bersetuju utk pulang dulu ke madinah dan membatalkan niat utk membuat umrah dan haji pun tidak dipersetujui oleh shbt2, bkn sorg tp semua

Ada yang kritik Rasulullah xmatang berpolitik, pendek akal, tak fikir sebab dan akibat walhal keputusan tu adalah yang terbaik utk dakwah Islam

Orang yg rapat dgn Allah, insyaAllah dibimbing tindakan dan idea

kena muhasabah diri sendiri

Nawi said...

anon 24/07 17:31

ambo just nak share sahaja. Sebut pasal Perjanjian Hudaibiyyah, jangan anda pandai2 putar belitkan fakta mengatakan SEMUA SAHABAT TIDAK BERSETUJU untuk pulang ke Madinah tampa menyempurnakan umrah.

anda sepatutnya rangkaikan kisah start dari sebab bertolak ke Makkah, tak bawak senjata pon. berhenti di Hudaibiyyah. Mencari seorg kepala kabilah yg musyrik utk masuk ke Madinah (minta perlindungan). Abu Sufian xbagi masuk Makkah, perjanjian Hudaibiyyah. Nama Rasulullah SAW hanya ditulis sebagai Muhammad bin Abdullah sahaja.. then balik semula ke Madinah..

then kerana gencatan senjata perjanjian hudaibiyyah lah Rasulullah SAW dapat mengembangkan lagi dakwah dan menambahkan kekuatan ummat Islam hingga masuk membuka mekkah dgn 10,000 org..

Kalo benar UMNO mau perkasakan ummat melayu & Islam.. Kelantan sepatutnya menjadi contoh yg terbaik.. sudah 20thn mereka menyekat segala yang boleh disekat..

ambo hanya nak kata..Jangan kita sibuk nak kesenangan jangka pendek utk selamatkan kumpulan2 manusia yg dah lama merosakkan negara ini. walhal kita akan hancur dan tidak akan mampu bangkit utk 50thn lagi..

udeng said...

sauddara aysraf... please refer back to my comment... dan ana sepatutnya paham sifat golongan UMNO nie... walau pon tak semua tapi MAJORITI

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive