HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, August 16, 2009

Jom Sertai Usrah

1. Syabas saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang , meskipun tidak menang tangan menyelesaikan tugas dan amanah mendepani pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir , mereka masih sempat melancarkan projek Jom Sertai Usrah peringkat negeri Pulau Pinang .

2. Usrah sememangnya aktiviti asas bagi sebuah gerakan Islam seperti PAS . Ianya begitu popular pada pertengahan tahun 80an dan awal 90an . Malangnya kini agar suram dan perkembangan mengenai usrah agak pudar . Biarpun masih ada negeri , kawasan dan cawangan yang aktif berusrah , tetapi kebanyakkan peringkat telah mengabaikan usrah .

3. Langkah mempromosikan semula usrah agar ia kembali berfungsi secara berkesan sebagai medium asas mengkaderkan ahli dan pimpinan PAS adalah suatu yang mesti dilakukan secara serius dan dipandang penting oleh setiap peringkat pemimpin dan ahli khasnya pemuda .

4. Tidak perlu saya menjelaskan secara panjang lebar mengenai peri pentingnya usrah bagi sebuah gerakan Islam seperti PAS justeru ia boleh dirujuk kepada manhaj dan dasar pentarbiyyahan PAS yang diwarisi sejak lama dulu . Terlalu banyak buku - buku dan kertas kerja yang tersimpan rapi dalam arkib dan tangan individu pimpinan PAS terutamanya pimpinan veteran seperti sang Murabbi al Fadhil Ustaz Yahya Othman , al Fadhil Ustaz Harun Taib dan lain - lain [ sekadar membawa satu dua contoh ] .

5. Kini Usrah mengalami zaman suramnya. Entah kenapa ? saya pun tidak pasti secara tepat punca dan sebabnya , tetapi yang pasti usrah kini tidak lagi popular seperti dulu dan memerlukan satu langkah jitu untuk mengembalikan semula zaman kegemilangannya sebagai medium atau kilang yang melahirkan anggota PAS samaada ahli atau pimpinan yang benar - benar menepati piawaian sebagai anggota Gerakan Islam .

6. Hari ini , buku - buku yang dulunya sering menjadi teks perincangan khusus di dalam usrah [ seperti Al Istia'ab karya Fathi Yakan , Maaza Ya'ni intimaa'i lil Islam karya Fathi Yakan , Jundullah karya Said Hawwa , Ma'alim Fit Toriq karya Syed Qutb , Risaalatut Ta'alim karya Albanna , Asy Syabab wa Taghyiir karya Fathi Yakan , al Mabaadi' karya Abu A'la Al Maududi dan banyak lagi ] kini tidak lagi menjadi buku yang dicari dan dibaca berbanding dahulu , buku - buku tersebut adalah yang terlaris di pasaran .

7. Saya melihat , usrah antara perkara yang sangat urgent untuk kembali dinobatkan dalam PAS agar ia kembali menjadi satu mekanisme yang mendominasi gerakkerja pengkaderan dan pembinaan fikrah , aqidah serta syakhsiyyah yang mantap . Lajnah Tarbiyyah tidak lagi boleh memandang perkara ini dengan sebelah mata melainkan usrah kembali menjadi medium yang menyemarakkan semua ruh Amal Jamaei .

8. Harapan saya [ dan insyaallah saya akan benar - bnar berusaha untuk memastikan ] , khasnya kepada pemuda di semua peringkat agar menyemarakkan promosi Jom Sertai Usrah demi memartabatkan mekasnisme berkesan untuk melahirkan tenaga upaya mendokong cita - cita perjuangan Islam berasaskan Manhaj Rabbani dan Sirah an Nabawi .

9. Kepentingan kembali mengadakan usrah secara pro aktif ...... , justeru ia menepati keperluan zaman atau era ini . Aliran fikrah sesama anggota mula bergaris seribu menandakan 1000 pula alasan untuk mencetus pertembungan fikrah sesama anggota PAS . Lebih dahsyat apabila nilai ukhuwwah dikalangan ahli dan pimpinan PAS mula luntur dan lebih pilu apabila wehdatul fikr dan wehdatul amal sering gagal diterjemah bila berdepan saat getir dan memerlukan .

10. Bagaimana perlaksanaan berkesan , juga dengan mengambil kira situasi di semua tempat dan peringkat maka usrah adalah tertakluk kepada keperluan dan kewajaran di peringkat - peringkat tertentu . Tarbiyyah tidak bersifat statik cuma apa yang mesti ialah kesediaan seluruh ahli dan pimpinan PAS untuk melibatkan diri dengan usrah . Lajnah Tarbiyyah akan organize secara sistematik dan semua anggota PAS mohon beri kerjasama baik demi menjayakannya . Jom Sertai Usrah .



21 comments:

Anonymous said...

Salam, saya ingin bertanya, adakah dibenarkan oleh PAS jika seseorang yang bukan ahli meyertai usrah. -Mohamed-

Nasrudin said...

W'salam

Jika individu itu adalah individu yang baik dan tidak mencurigai , ia boleh dibenarkan untuk menyertai usrah umum di peringkat pengenalan dan seumpamanya

tetapi tidak boleh diperingkat usrah khusus yang membincangkan perlaksanaan dan rahsia jamaah atau strategi parti

Anonymous said...

Aslmkm Ustaz,

saya cadangkan buat kuliyyah lebih menyeluruh drpd usrah. Kuliyyah semua ahli qariah boleh join dan dapat manfaat ilmu islam. Banyak ayat2 quran dan hadis bercerita keseluruhan kehidupan manusia. UMNO dll boleh dengar dan sambil tu dia org pun boleh fikir. PAS adalah gerakan islam bertunjangkan dakwah.

wassalam.

zamrimustapa said...

Assalamualaikum wbt... al-Fadhil ustaz.. Ana amat berminat utk menyertai program 'Jom Usrah' ini. Bagaimana ana nak hubungi pihak yang berkenaan yg menguruskan program ini diperingkat Pulau Pinang?.. Syukran jazilan...

zamrimustapa said...

Assalamualaikum wbt.. Yg berbahagia, al-fadhil ustaz.. Ana amat berminat dengan program Jom Usrah ni.. Boleh ana tahu, mcmana ana nak berhubung dgn pihak yg mengendalikan program Jom Usrah ini? Sekian, syukran jazilan.

Anonymous said...

usrah sangat penting. penyatuan pemikiran dan ukhwah antara kelebihan usrah selain nilai ilmu. Kepudarannya kerana kita melebihi siasah. Keselesaan sekarang melesukan usrah. ramai masuk PAS melalui pintu siasah berbanding pintu tarbiyyah kita.

cuba tanya pimpinan tertinggi. adakah kamu berusrah?

hmm, cuba jawab..

wan ziarahsufi

Anonymous said...

Syabas pada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Memang usrah sekarang ni dipandang sepi. Saya rasa sebab tu sekarang ni ramai yang sudah tidak faham maksud perjuangan, yang mereka faham hanya kebencian yang buta tuli.

Harap usrah diberi penekanan semula. Saya percaya kekuatan yang timbul dari usrah benar-benar diperlukan oleh PAS buat masa kini.

WUZARA said...

Pentarbiahan inilah yang membezakan antara dakwah kepada Islam dengan dakwah kepada kekuasaan.

Proses pentarbiahan yang dilakukan secara serius dengan kandungan yang diambil dari ijtihad yang paling benar akan melahirkan ahli gerakan Islam yang terikat sepenuhnya kepada hukum Islam, jelas minhaj perjuangan dan berpandangan jauh merentasi zaman.

Sedangkan bagi gerakan Islam yang mengabaikan pentarbiahan, kita akan lihat ahlinya hanya bersetuju dengan slogan2 perjuangan seperti "negara Islam" tetapi mereka sendiri tidak menjaga hukum-hakam. Maka, mereka memperjuangkan negara Islam tetapi kabur tentang hakikat syariat Islam itu sendiri.

Rasulullah menunjukkan kepada kita bahawa pentarbiahan adalah merupakan nadi kepada kelangsungan perjuangan Islam. Para sahabat sentiada menerima pentarbiahan sehinggalah Rasulullah saw wafat. Oleh itu ketidakseriusan tentang perkara ini merupakan kecuaian pemimpin gerakan Islam yang mengakibatkan ahlinya terlepas peluang menerima Islam yang murni.

Unknown said...

Assalamualaikum w.r.t

Saya ingin usulkan [mungkin memang dah ada tapi saya aje yang tak tahu] agar kandungan usrah di bagi silibus yang seragam sbg panduan, mungkin pihak pusat dapat memberi garis panduan apakah perkara2 yg sepatutnya dibincangkan dalam usrah.

Saya baru menyertai usrah dan saya dapati, pada permulaannya di tempat saya lah, nak mula dari mana pun agak kelam kabut, ada yg cadang ini, ada yang cadang itu... akhir sekali mana2 individu yg tak berapa suka perkara yang dibincangkan dlm usrah tersebut tidak bersemangat untuk hadir.

Jadi sekiranya ada garis panduan yang jelas, saya merasakan semua ahli akan bersemangat sebab ia adalah garis panduan dari pusat. Wallahualam.

malaysia baru said...

Waktu di ipt, ada usrah..dan aktif berdakwah.
Bila meninggalkan ipt, mula kerja, tak pergi usrah....
Umat merana.

Anonymous said...

Saya amat rindu nak baca pembelaan saudara terhadap Tok Guru Nik Aziz yang kini bertalu-talu dihina dan difitnah oleh UMNO.

Anonymous said...

Salam dan Terima Kasih kerana membalas soalan saya. Saya teringin sangat nak menyertai usrah ini, kerana saya rasa sangat diperlukan untuk saya ditarbiah dan diberi peringatan dari masa ke semasa. Terus terang saya cakap, saya adalah penyokong UMNO tetapi bukan ahli lagi. InsyaAllah selepas saya pulang ke tanah air mungkin saya akan menyertai mereka. Jadi Ustaz dah tahu sekarang saya penyokong UMNO. Masih boleh kah saya menyertai usrah umum tersebut? Saya berasal dari Pulau Pinang. Jika boleh dimanakah saya boleh menghadirkan diri saya. -Mohamed-

pensel tajam said...

ustaz anonymus tu sb ustaz.hihihihi.

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam ust ,saya kira program usrah perlu diperkasakan di setiap peringkat ,maksudnya kita mahu keterlibatan bukan saja pada mak ayah kita yg p usrah sahaja, malah modulnye perlu di terapkan pada anak2 pimpinann dan ahli ,mudahan modul khusus utk anak2 pimpinan dan ahli dapat memahami kenapa mak ayah dia p usrah pas,ini dapat meningkatkan kefahaman mereka ttg perjuangan yg telah diinfak oleh mak ayah mereka sekaligus menanam benih baru, jundi baru utk memperjuangkan Islam .Selain itu sekurang2 anak2 akan merasai di hargai apabila ada responbility dari pas dalam menjaga hal ehwal mereka walaupn mereka ni x fhm apa yg diperjuangkn Pas .Usaha ini adalah utk mengakar umbikan kekuatan Pas utk terus menempuh mehnah dlm perjuangan kerana fokus mentarbiyyah ank2 pimpinan dan ahli jauh lebih perlu diutamakan bagi menunjukkan sokongan komitmen Pas dalam memberi Islam pada masyarakat dan benih2 baru ini dpt dilentur mudah dalam usaha mengerakkan Pejuangan Islam di masa akan datang.Bersesuaian keadaan Pas yg telah diterima masyarakat baik muslim dan non muslim ,alangkah rugi sekiranya program usrah tidak diperkasakan bagi memperkenalkan dan memahamkan muslim dan non muslim dalam konteks'Islam memainkan peranan setiap aspek kehidupan '.Usrah2 umum ini saya kira boleh diadakan setiap cawangan pas di kawasan masing atas arahan pemuda pusat dan setiap ank ahli yg berpontensi ini dapat dikaderkan dalam usrah2 sir bagi memperkemaskan jati diri ank2 ahli supaya kelak ia dapat ditarbiyyah menjadi individu yg memperjuangkan Islam.Semoga program usrah umum ini menjadi agenda pusat sekaligus mengNYAHkan /menutup mulut mereka2 yg mengatakan pas hanya tahu berpolitik sahaja tidak mentarbiyyah.Semoga Allah memudahkan kerja Islam ini.

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam ust ,saya kira program usrah perlu diperkasakan di setiap peringkat ,maksudnya kita mahu keterlibatan bukan saja pada mak ayah kita yg p usrah sahaja, malah modulnye perlu di terapkan pada anak2 pimpinann dan ahli ,mudahan modul khusus utk anak2 pimpinan dan ahli dapat memahami kenapa mak ayah dia p usrah pas,ini dapat meningkatkan kefahaman mereka ttg perjuangan yg telah diinfak oleh mak ayah mereka sekaligus menanam benih baru, jundi baru utk memperjuangkan Islam .Selain itu sekurang2 anak2 akan merasai di hargai apabila ada responbility dari pas dalam menjaga hal ehwal mereka walaupn mereka ni x fhm apa yg diperjuangkn Pas .Usaha ini adalah utk mengakar umbikan kekuatan Pas utk terus menempuh mehnah dlm perjuangan kerana fokus mentarbiyyah ank2 pimpinan dan ahli jauh lebih perlu diutamakan bagi menunjukkan sokongan komitmen Pas dalam memberi Islam pada masyarakat dan benih2 baru ini dpt dilentur mudah dalam usaha mengerakkan Pejuangan Islam di masa akan datang.Bersesuaian keadaan Pas yg telah diterima masyarakat baik muslim dan non muslim ,alangkah rugi sekiranya program usrah tidak diperkasakan bagi memperkenalkan dan memahamkan muslim dan non muslim dalam konteks'Islam memainkan peranan setiap aspek kehidupan '.Usrah2 umum ini saya kira boleh diadakan setiap cawangan pas di kawasan masing atas arahan pemuda pusat dan setiap ank ahli yg berpontensi ini dapat dikaderkan dalam usrah2 sir bagi memperkemaskan jati diri ank2 ahli supaya kelak ia dapat ditarbiyyah menjadi individu yg memperjuangkan Islam.Semoga program usrah umum ini menjadi agenda pusat sekaligus mengNYAHkan /menutup mulut mereka2 yg mengatakan pas hanya tahu berpolitik sahaja tidak mentarbiyyah.Semoga Allah memudahkan kerja Islam ini.

Anonymous said...

SALAM YA AKH.

Tahniah! agenda seperti inilah yang ditunggu-tunggu untuk sebuah sayap seperti pemuda, kegersangan mendengar laungan usrah sudah terlalu lama, usrah,halaqah,halaqat sudah menjadi terlalu eksklusif bahkan ada yang telah mati, ayuh hidupkan kembali semangat yang masih mengalir.


sementara ada kesempatan diharapkan agar anta mengerahkan seluruh jentera pemuda pas dan pemuda malaysia untuk berusrah, USRAH patutnya dinasionalkan peringkatnya bukan peringkat caw atau negeri, mungkin atas sebab sirr, namun yang pasti ia masih belum menyeluruh, ayuh! anak muda sedia menanti di mana saja untuk menyahut seruan ini! allahuakbar!

Zacharias said...

Saya rasa, penerangan yang diberi Ust Nik Abduh di Seremban baru ini sangat tepat.

1) Usrah umum: memang terbuka, kepada sesiapa ahli mahupun bukan ahli

2) Usrah jentera: khas buat jentera atau mereka yang duduk dalam organisasi.

3) Usrah Alumni/ Uni/ etc: Berstruktur, penambahan kepada usrah jentera tadi.

Tapi betul la ust, tengok bila ust tulis bab usrah, tak banyak komen pun, bab lain laju je. Mungkin boleh buat kayu ukur, seperti ustaz kata, usrah ni dah kurang popular.

Jom Usrah said...

salam ust,

minta promosi jom-usrah.blogspot.com di bawah seliaan Lajnah Tarbiah DPP Negeri Sembilan. N9 dan Penang berbincang sekali untuk menyemarakkan kembali usrah dengan pelancaran Jom Usrah masing-masing

TQ

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak

Orang ISMA said...

Saya cadangkan PAS membuat module usrah yang lebih jelas beserta objektif umum khusus yang ingin dicapai sepertimana yang ISMA buat siap dengan soalan penilaian (Asas-asas Islam, Keluasan Islam). Munkin ustaz boleh tengok buku tu. Setiap buku ada beberapa jilid. Namun PAS yang lebih faham waqi' di Malaysia boleh sesuaikan dgn keadaan atau boleh sahaja pakai module usrah ISMA..insyaAllah setakat ini saya tidak nampak pertembungna antara bahan yang dibawa dalam ISMA dan PAS. =)

Hopefully semua ahli PAS bersedia ditarbiyah dengan penuh keseriusan. Usrah itu adalah nukleus perjuangan.

Anonymous said...

Keluar di jalan Allah (Fisabilillah..) 4bulan, 40 h, InsyaAllah...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive